Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, June 13th, 2005 |
|
||||||
|
Cheh! Hujung minggu ni mmg boleh dikatakan agak membarakan diri aku la. Ini semua disebabkan oleh perkara2 yg berkait-mait dgn tv dan juga media hiburan yang mengkaciwakan aku. Segala2nya bermula dgn AF3. Macam cipan je. mmg aku masih lagi tak sempat nak menulis apa2 pasal AF3 sbb dua minggu lopeh aku punya kehidupan mmg macam kureng hidup sket. Dalam ujung minggu ni je la yg aku boleh tgk bebetul sket. Baru je nak kenal2 dgn bebudak tuh. Tup2 minggu ni si Elliza kena keluar. Marah betul la makcik. Tak puas lagi aku menengok Elliza kat diari AF, daahhh ilang.. Muka mamat2 jambu yg sore macam hamm-hamm tu tak plak terkeluar. Mmg la penonton AF ni sungguh pandai mengundi. Ni ha nak pesan sket kat Astro.. Utk AF4 tahun depan, toksah la memperabih masa nak mengambik pelajar2 pompuan. Fokuskan la utk mengambil pelajar2 lelaki yg muka masing2 tu jambu2 belaka. Sebanyak mana pun aku mengundi pelajar perempuan yang berbakat. mmg kompom takkan menang punya lah. Paling terer pun dapat no 2. Lagi la bila dah tgk peratusan undi pelajar selepas konsert tuh. Pergh... berentikan je la AF3, dah tau dah sapa yg boleh menang. Adehhh... poyo! Ni aku tulis ni sure ada gak la yg membaca dan berkata... "ala sekapal, kalau kau nak pelajar yg kau sokong menang, afundi la, jgn kedekut duit...! Sukati org lain la nak undi bebudak yg diorg sokong.." Jawapan aku... "Dah kalau aku dan beberapa kerat je memperabih 50hengget satu konsert, berbanding dgn tiga ribu org yg memperabih 30hengget satu konsert... apa maknanya tu? Membazir je.." Mmg poyo. Kalau ada sesapa yg tak puashati dgn pendapat aku.. takpe... janji aku suka dgn pendapat aku.. huhuuu OK, habis satu kesakitan hati aku.. hari ahad malam (malam tadi) sekali la aku merasa bengkek... ini semua pasal 8tv tak tayangkan cerita the OC. Dua minggu dah beb!! Apa cerita??!! AKu tau la episod yg mendatang nih ada adegan Marissa hampirrrrr topless... tapi jgn la sampai semua2 cerita tu tak ditayangkan... Ini sudah tidak adil labu!! Paling2 pun kasik can la aku melahu tgk muka diorg berdua. Potong je la mana adegan yg tak patut.. jgn sampai langsung tak tayangkan. Ni aku takkan terkejut la kalau tetiba, bila OC ditayangkan semula, watak Alex dah jatuh ke dalam laut. Arghh.. marahnya makcik. Huh.. sabo sabo.. dahlah.. malas dah aku nak melalut lagi. Menambah kemarahan makcik aje.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||||
|
There is someone I should love, At times I feel very lonely, But my needs are all filled, By the person I should love. There is someone I should love, At times I bear very deep wounds, But they are all healed, by the person I should love. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||