Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Saturday, May 28th, 2005

Subject:Aku ni.. dah cat-cat agaknya!!
Time:4:08 pm.
Mood:nak balikkk!.
pergh, hari sesabtu ni pun kena datang keja jugak?! haru-biru-ka sungguhla aku rasakan hidup aku. Sepatutnya hari ni boleh bergegolek dgn buah hati. Cian buahati tinggal kat rumah ye? hehe, tapi rasanya sat2 tadi dia baru je call aku, bgtau yg dua baru je balik dr sogo. eceh... tinggal sorang siap leh jenjalan lagi ye. heheh

aku ni tgh dalam keadaan bengkek nih. Ada sorang mamat kat opis ni kemain bangang lagi dok mengacau aku tanya soklan yg bebukan. Rasa nak je kusepak muka dia. Kalau pompuan tu lain la jugak kan. iye lapompuan kan insan yg lembut, mana bleh sepak2. heheh (dasar lesbian!!)

Hmm... tapi mamat ni ada la tanya aku soklan gila, yg perbualannya berbunyik begini
mamat gila
ni akak engkau ke? *sambil membelek gambo aku dan chefdiva yg terpampang atas meja nih*

aku comel
tak. kawan.

mamat gila
tinggi nya dia nih

aku comel
mestilah *dalam hati:aku kan suka pompuan tinggi*

mamat gila
kau ni, ada ke letak gambo dgn pompuan kat atas meja. letaklah gambo dgn lelaki.

aku comel
*malas nak layan*

**

Agaknya dia rasa dia charming la kot dok menyebuk2 layan aku. Sbb aku mmg tau mamat gila ni pernah la ala2 berjaya menambat hati salah sokrang opismate aku ni satu masa dahulu. Tapi tolonglah jgn nak buat charming depan muka aku. Nak termuntah rasanya.

kengkadang aku terpikir la jugak sesikit bertanya diri sendiri. Macamana agaknya rasa terjatuh hati kat lelaki? Apa plak rasanya time sibuk2 nak buat majlis bertunang, majlis kawin. Mmg aku akui aku tak pernah merasa detak2 kuch2 hota hai dgn lelaki yg kuat. tak pernah jugak rasa ingin mengandungkan anak seorang lelaki. kengkadang tu bila berborak dgn bebudak pompuan lain, diorg cam mudah betul nak merapat dgn lelaki, menggelakkan lawak2 poyo yg bertujuan nak mengorat tu. Sedangkan aku? meluat ada la dgn bebenda tu. Mmg, aku kengkadang nak rasa ada sedikit sexual attraction dgn mana2 lelaki hensem yg aku terserempak kat shopping kompleks. Tapi akhirnya, aku hanya akan terasa..oh, mamat tu hensem! Abih, finito... toing toing.

Tu la, dalam erti kata lain, itu lah kecacatan yang aku alami. Itulah salah satu nikmat dunia yang aku tak dapat nak rasa, iaitu, daya tarikan dgn kaum yang berlainan jantina, yang boleh membuatkan seks tu jadik halal, yang boleh diterima dgn baik oleh masyarakat dan oleh keluarga aku.

Jadi bila ada yg bertanya, "Kalau nampak lelaki, takkan kau tak rasa apa2?"
jawapan aku, "Memang, setakat ni mmg kalis. Langsung tak rasa apa2."
Tapi kalau nampak perempuan cantik.. berdebo2 jantung, bila nak bercakap lidah pun jadik kelu. Rasa cam nak berpeluh seluruh badan, dan sedaya upaya cuba menjaga tangan dan mata drpd terrrrrpandang ke tpt2 yg terlebih menonjol. Ah! mmg payah nak kontrol.

Mungkin boleh ada jugak yg kata, sama la kot, apa yg aku rasa kat pompuan, dgn apa yg org pompuan stret rasa kat lelaki. Mungkin sama kot... Tapi aku masih tak boleh rasa keseronokan nak mengadakan majlis kawin, nak nikah, nak thrill2 kengkonon tunggu malam pertama. Thrill tu yg aku jeles tu.. Argh jeles, jeles...
Org senget cam aku ni, kalu dah kompom nak komit, terus je la tinggal sesama, takyah nak majlis2, kuar2 duit bagai.... Mmg lah aku tidak normal. Tapi tolong jangan humban aku ke rumah org2 sakit jiwa..


Nota kaki ayam:
Penulisan ini hanyalah berdasarkan rasa jeles penulis setelah menghadiri byk majlis kawin, dan membeli hadiah kawin, tapi masih tak dapat buat majlis sendiri dan tak dapat lagi merasa jadik raja sehari lah kononnya! Sekian, harap maklum.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.