Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Thursday, May 19th, 2005

Subject:Resume aku seorang senget
Time:7:11 pm.
Mood:haruuu.
Haiyak... sebenonya mmg dah berkali2 aku bukak lembaran utk mengapdet blog, tapi hari2 tak sempat nak tulis apa2 pun. harapnya hari ni ada la jugak tertulis benda yg dah lama aku teringin nak tulis. Hah, sblm tu, sementelah aku ni pun dah lama tak menulis, mari kita bagi status update utk minggu ini (pergh, cakap cam projek manager la plak...).

Dalam minggu ni, tetiap pagi aku akan dikejutkan oleh kiauan kucing aku yg gamaknya tak pernah bosan dan sakit tekak mengiau setiap ketika. Poyo.. poyo. dan aku sedang dalam proses menghabiskan novel Fingersmith. Best la plak membaca walaupun bukunya mak aih ai tebal sungguh la. Aku jugak sudah selamat menonton anime Utena yg versi movie punya. Mmg versi movie jauhhhhhhhhhhhh lebih lesbian bbdg versi siri TV. Ending anime tu, dua org perempuan yg dalam keadaan tak pakai baju berbaring dan jugak berkissu. Best... mmg best! Muahahah. Tapi disebalik bebenda yg best, ada jugak yg tak best, iaitu, opismate aku yg seksi lagi cun itu hanya ada dua minggu sahaja lagi di opis nih. Dah dapat keja kat tpt lain. Alahai... berkerak balik la mata aku lepas nih.

Nih, cerita2 pasal bekerja2 kat tpt lain nih, teringat la plak aku pasal satu dokumen yg sungguh la diperlukan utk mencari kerja ni. Tak lain tak bukan dokumen yg diberi nama resume. hehehe.. tapi tu yg buat aku terpikir dan terdiskas la plak dgn gelpren aku. Rasanya kenapa la plak bila nak mencari keja je kena ada resume. Agak2 la, kalau mencari pasangan pun kena ada resume, kompom parah jugak tu. Maka dari diskusi poyo kami berdua, aku pun kengkonon sesaja la plak tergatal nak menulis resume kat blog nih. Tapi ini bukannya resume mencari keja, tapi ia sebenarnya boleh digunapakai utk mencari awek di dalam pasaran gelap. Iyo la, aku kalu cari awek kat pasaran biasa, ingat boleh jumpa ke??? Jangan la harepsss.. hehe. Moh la kita sesama baca aku merapu...


SEKAPAL


+BIODATA DIRI+

Nama Penuh:
Sir Kapal al-Poyo

Nama Hensem:
Haruka Tenou

Umur:
28 tahun

Alamat Surat Chenta:
Kuala Lumpur - Selangor

Alamat e-Mail chenta:
onlymichiru@yahoo.com

Jantina:
Perempuan

Orientasi Seks:
Lesbian


+KELEBIHAN dan KEBAIKAN+

* Bersifat poyo selalu dan kelakar orangnya.
* Jari lebih bijak berkata2 berbanding lidah dan mulut.
* Penyabar dan tak berapa reti nak marah orang.
* Boleh bawak keta, motor dan beskal
* Boleh makan pelbagai jenis makanan (sesuai dibawak dating la kiranya nih)
* Sungguh ingat nama penuh mana2 pompuan yang diminati
* Mata dan tangan tak gatal

+PENGALAMAN MENYENGET+

  • Mula jatuh chenta sejak berumur 11 tahun sehinggakan makan tak kenyang dan tidur pun tak lalu. Sampai periksa pun dapat nombor corot.
  • Memiliki hubungan pompuan/pompuan yang boleh dikatakan serius sewaktu hingus masih mengalir dan peksa SPM pun tak lepas lagi.
  • Menjadi pengunjung tetap bilik warden setiap minggu sebab disyaki homoseksual dan berjaya menangkis segala tekanan dan stress warden poyo sehinggakan boleh lulus SPM walaupun result korok.
  • Pernah membuatkan tiga orang perempuan yang stret dan berbuipren termasuk dalam kancah yang melebihi kuch2 hota hai
  • Meluaskan pengetahuan mengenai kesengetan dengan berkawan mawan sesama bebudak senget di tpt yang lain dr Malaysia
  • Boleh bau mana bebudak pompuan berlagak cam kawan biasa tapi sebenarnya kapel



+CIRI2 KESENGETAN+
* Ada bela kucing
* Tinggal serumah dan sebilik dengan seorang perempuan
* Memiliki koleksi siri Buffy yg mana episod ada Tara&Willow sahaja
* Taknak miss tgk The OC musim kedua bermula drpd episod kesembilan
* Ada satu Musim DVD The L Word
* Memiliki kesemua buku Sarah Waters
* Bercita2 untuk membawa Truck bila ada bajet
* Tak berminat tgk lelaki
* Ada koleksi DVD dan buku cerita bawah katil yang ber'rated' L
* Tak gemo bela kuku panjang
* Otaku & antisosial
* email guna nama watak anime senget

+LATIHAN YANG DITERIMA+
* Tido sesama partner sejak berumur 19 tahun
* Latihan penyamaran mencilok2 kuar bilik kat asrama utk bertenet kat bawah ampai

+EX GELPREN+
err... takyah la bubuh kat resume, buat bocor rahsia je....

+PENCAPAIAN SENGET yang membanggakan+
Berjaya mengkalkan perhubungan dengan partner selama hampir 10 tahun walaupun dah hampir 2 kali macam nak terbalik... Yeahh! Hidup aku.. muahaha

+EXPECTED SALARY+
Once a week pun jadi la..


kuikuikui...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.