Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, May 12th, 2005 |
|
||||||
|
Tgk jam sket.. ha, skrg ni dah ala2 kol lapan malam. Tgk jugak keliling aku? haha... aku masih kat opis lagi. Cenggini la keadaannya org yg dok kat kelumpo nih. Dah memalam buta pun tak balik2 umah lagik. Masih dok bertapa kat opis. hehehe.. Aku ni sebenarnya keja masih lagi banyak. Benda yg aku patut buat aku buat lagi. keja2 yg sunat muakkad dan yg lagho pandai plak nak buat eh? ah poyo hidup ini kurasakan. Tapi rasanya gf aku lagi la haru. Pasai apa, dia lagi teruk, nak buat keja2 lagho ni pun tak sempat. At least aku ni boleh la jugak mamblog, membaca sinopsis the L word, membrowse wallpaper baru, mendengo lagu himegoto vandread, dan lain2 lagi. Cian buahati saya. Sibuk keja ye? takpe, kita dapat gaji nnt kita pi mkn kat Hartz cikan buffet ye sayang. aku ni pun, tak abih2 makan je. Idup untuk makan beb! Ha, apa mau cerita? Meh sini. Mai dedekat sket. Apa? nak ngumpat? huish.. takde takde.. org kat kalu nak mengumpat kena la bertempat. hehehe... ok ok, aku ni nak bercerita sedikit pasal kekurang-pandaian aku pasal bahasa. Mmg agaknya dah ditakdirkan aku ni sungguh lembab balajar bahasa. Bahasa ibunda kureng fasih, bahasa cucunda lagi la haru. Er, aku ni sebenarnya masih kurang kefahaman mengenai bahasa Malaysia/Melayu. Antara bebenda yg aku masih kompius ialah perbezaan di antara perumpamaan, simpulan bahasa dan jugak peribahasa. Tapi setelah dipikir2 balik, aku cuba jugak la membezakan tiga benda tuh. W/bagaimanapun, takrifan aku ini mungkin membolehkan aku dibantai oleh che'egu2 BM dan jugak penulis handalan, serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan kalau ada fakta yg salah tu, anggap je la aku budak poyo yg tak tau nak tulih apa lagi kat blog ni. Pada pendapat aku yg tak dapat A1 utk BM SPM dulu, dan jugak tak buat apa2 research utk penulisan blog yg ini, simpulan bahasa merupakan bahasa yang disimpulkan yang seterusnya memberikan makna yang tersirat. Idea untuk mendapatkan simpulan bahasa ini mungkin datangnya daripada manusia1 yg suka mengata org depan2. Nak mengata, tapi kalau boleh taknak la org tu tau yg dia sebenarnya tgh mengata. Contohnya seperti berat tulang, kaki bangku, telinga kuali, batu api, dan jugak beruk mat-yeh. Dasat org melayu nih, nak mengata pun beralas. Iye la, cam aku kata tadi, mengumpat biar bertempat, mengata biar rata. heheh. Hah jap, ayat aku tu pun tergolong dalam bebenda bahasa jugak kan? tapi bukannya simpulan bahasa la kot. Sbb pada pendapat aku, ia terlalu panjang untuk disimpulkan. Kalau bahasa tu panjang, peribahasa la kot tu ek? kalau lah aku tak silap, peribahasa ni macam.. 'alang2 menyeluk pekasam biar sampat ke pangkal lengan', carik2 bulu ayam lama2 bercantum jugak', 'air dichenchang takkan putus' dan byk lagi la. tapi rasanya yg paling fofular kat kita2 ni ialah 'makan tak kenyang, mandi tak basah, tau2 gemuk dan busuk'. Tak gitu ke wahai insan2 yg pernah berchenta. haha..Dan kadangkala ada jugak peribahasa yg berbunyik seperti poyo. COntohnya 'menanam tebu di tepi bibir'. Pergh, sungguh subur bibir orang itu, sampai boleh tumbuh tebu. Tapi kengkadang terpikir balik, kenapa tebu? kenapa tidak 'membubuh gula pasir di bibir' ataupun 'memakai lipgloss yg berperisa gula melaka' ataupun lagi 'diabetes hingga ke bibir'? ha.. kan kan, kiranya la, generasi sekarang ni kalau lah diberi peluang membuat peribahasa, musti lebih kreatip. OK, dah abih bab bahasa2 tu, ada satu lagi iaitu perumpamaan. Ala, ini kacang je nih. Perumpamaan ni mustilah ada perkataan umpama2, bagai2, bak2, seperti2, dan yg sewaktu dengannya. Contoh perumpamaan yg boleh dikatakan glamer adalah macam.. er.. 'bagai mencurah air ke daun keladi', 'umpama aur dengan tebing', 'bak pungguk rindukan bulan' ecewahhh... cam yo yo je kan? Tapi perumpamaan2 ni menunjukkan org2 melayu jaman dedolu mmg cukup pandai membuang masa. Siap boleh buat eksperimen lagi bahawa mencurah air ke daun keladi tu adalah perkara sesia. Aku agak la, musti diorang ada buat beberapa kali kajian, dan didapati proses mensia2kan masa dgn mencurah air ke daun keladi tu lebih signifikan berbanding merayau mencari DVD pirate pada hari polis buat serbuan. haha. Boleh fikirkan perumpamaan yg lebih signifikan untuk kita di zaman hip nih? jap aku pikir.. hah, ada sket ni.. aku siap buat ayat lagik - 'Awak ni sungguh cantik bak awek anime yg berambut hijau yg disaspek lesbian lah' - 'Heish, gelpren aku kalau bersiap mmg sangat lambat umpama projek monorel kelumpo' - 'Mmg kurus betul awek tu di bahagian itu, ibarat monitor flat screen' - 'U ni mmg best la, seperti membaca blog Sekapal plak i rasakan' *muahahahhaa... siruuuuuuuu!!* dah la, sori ek kalau ada terkasar bahasa dan tersilap kata. Dan kepada pakar2 bahasa, anggap lah ini satu parodi di malam jumaat. Ya ampun. *salam, salam* Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||