Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, April 28th, 2005 |
|
||||||
|
Selamat pagi... hehe, hari ni aku mula menulis pepagi. Tapi tak tau la pukul berapa baru boleh ditekan butang update tuh. Hmmm.. nih aku nak tanya korang2, berapa banyak group/circles/community yang berbaur kesengetan yang korang semua sertai? er, jgn la plak kira Puteri Umno sebagai salah satu drpdnya. Salah tu... kuikui. heheh... aku rasa sure ramai di antara kita2 ni ada join group2 camtu. Ini termasuklah aku. Dulu segala mala group yg berkait mait dgn Haruka/Michiru mmg musti aku join. Ini termasuk la dgn pasangan aku sekali. Dia lagi ganeh dan lebih aktif drpd aku. Dan masa tu jugak la kami berkenal2an dgn para2 lesbian dan biseksual dr obersi. Masa ni kureng tau lagi pasal kewujudan org2 senget kat Malaysia (yg sebenarnya boleh tahan ramai la jugakk). Lepas tu masa aku tgh dok jatuh chenta dgn hubungan Willow/Tara, aku tak join group, tapi aku sakan membaca. Segala mala fanfic, transcript, video, video clip, sume aku humban download kat pc aku. Dan masa tu jugak la aku mula terkenal2 dgn menulis blog, sesama2 dgn berjinak2 dgn group yg dimuatkan di Yahoo! atau juga dikenali sebagai yahoogroup. Dr yahoogroup tu aku mula terbukak mata dan dapat melihat dgn luas segala paparan lesbianism di dalam TV. Mmg gumbira sungguh masa tu. Dan seterusnya hati aku lebih terbukak untuk mengakui diri ini senget dan mendedahkan hubungan aku dgn pasangan hidup aku kat internet nih. Maka dari satu group, melompat ke satu group, dan kemudia cerita The L Word pun meletus. Maka bertambah lajulah lentingan aku dr satu group ke satu group. Dan seperti biasa, group2 yg pompuan2 ni selalunya nak mengelakkan org2 lelaki masuk, so akan ada la sesi memperkenalkan diri sebelum pintu dibuka. Kebanyakan group2 yg obersi ni mmg aku rasa takde byk cengkadak. Bgtau je jantina perempuan, diorg dah kasi masuk. Dan kalau mengaku skrg ni tinggal bersama pasangan hidup, even the better la kan.. Tapi satu perkara yg best sekali ialah bila aku nak cuba2 join satu group senget yang berasaskan di Malaysia, dan mungkin dipenuhi oleh org Malaysia jugak. Memula je ketuk pintu, aku diminta utk menyatakan sedikit sebanyak mengenai diri sendiri, camno boleh tau pasal group diorg, kenapa nak join, dan apa group2 lain yg aku ada join. Phewww!! Empat soklan, giler babas. Tapi sbb mengenangkan benda tu cam ala2 prosedur, aku layan je la. Lepas jawab soklan tu, diorg tak kenal dgn group yg aku join tu, dan mintak aku sertakan beberapa benda lagi, seperti kerja, tpt tinggal dan nak tau pengalaman aku dalam hal2 kesengetan nih. Ada ke nak tau tpt keja aku. Aku yg poyo ni siap layannnnnnnnnnnnnnn lagi. Siap bagi tau la apa aku keja. Tapi knowing me, takkan la aku terang2an nak bgtau keja aku che'gu, atau loyar, ataupun tukang kebun. Cakap musti berhikmah, macam Siti Muslihat. hehehe. Padahnya, datang lagi satu e mail, yang menyatakan aku kena call diorg bagi memastikan aku ni pompuan. Lerrrr... sampai tahap ni aku sudah keluar hangin kat telinga. Tak koser la plak aku nak melayan, dah cenggitu sekali. Tapi silap aku jugak la, sapa suruh layan on the first place, kan dah kena. Masa aku join group senget yg omputeh tu, mmg kena perkenalkan diri pun. Tapi bila aku boleh menjawab kesemuanya dengan okke, terus aku dapat masuk. Ni apa dah jadik ni sebenarnya? Nampaknya macam group2 lesbian yg berpusat di Malaysia ni sesangat la eksklusifnya sampai nak jadik member pun susah? Salah ke kalau org yg senget nak tau jugak apa diskusi terbaru? Mungkin agaknya soklan berlambak2 tu membolehkan kita dapat TV 29inci kot. Agaknya la. Hmmm.. mungkin aku kena call la utk mendapatkan berita pasal hadiah percuma tuh. Tapi, mungkin itu aku je la, diorg boleh je kata, org lain ok je jawab soklan bebanyak, aku je yg banyak cengkadak, baik blah je kan. Eleh, tapi aku pun boleh jawab balik. Org lain ada jugak group, takde pun byk cengkadak nak sampai tiga kali mengkomfomkan diri tu pompuan. Maka aku pun mmg lah join group org lain. Sekian terima kasih je la. Ingat aku ni terkenan sgt nak bersosial dgn org sesenget tu ke? Aku ada kengkawan aku jugak yg sudi menerima dgn baik. Dan jangan ingat semua lesbian ni suka sgt bersosial sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk diterima masuk dalam satu2 komuniti. Kalau tgk2 balik, pink triangle adalah lambang utk gay-men. Dan masa tu lesbian diberikan 'black triangle' yang juga membawa maksud, antisosial... Hah, agaknya aku ni mmg boleh dapat black triangle tu.. erkk?? Muehkehkeh... huh, kan dah kata, mmg kol 2 jugak ku tekan butang update... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||