Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Tuesday, April 26th, 2005 |
|
||||||
|
Pergh, jenuh hari ni aku tak byk keja lain kecuali mem'print'. Kiranya label aku utk hari ini ialah budak printer. haha... itu adalah intro untuk kita bercakap pasal label. Mmg aku suka cakap pasal label, terutamanya bab2 melabel yang berkait mait dgn kejantinaan ini. Sbb apa aku suka? Pasal topik ni mmg boleh jadik kontroversi. Dan jugak topik ini boleh menggugat kesabaran orang lain. Bercerita mengenai label juga boleh menjadikan seseorang itu liberal ataupun judgmental. Ia juga boleh menjadikan aku bengong dan sasau. Huahua.. apa aku mengarut nih. OK, dedolu aku ada menyatakan pasal lelabel yg wujud dalam masyarakat lesbian nih. Butch, femme.. itu la yg paling biasa sekali didengar, dilihat, dan jugak boleh dicop sebagai perempuan homoseksual. Butch merupakan seorang yang lebih memiliki sifat kemaskulinan yang dilihat seperti boleh menjaga diri sendiri dan jugak seorang perempuan yang memiliki ciri2 keperempuanan yang ayu, iaitu femme. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan pasangan butch-femme sebagai saling melengkapi satu sama lain dan secara keseluruhannya kurang memelikkan di kalangan wanita homoseksual. Gelaran itu jugak yang menjadikan membolehkan seseorang itu berasa seperti memiliki pendirian diri dan tidak berdiri di awang2an. Apa omputeh kata, 'able to define oneself'. Aku jugak pernah menulis dedolu yang menyatakan aku ni seorang andro. Berada di antara, tak sgt mcm lelaki, tak sgt mcm perempuan, tak butch, tak femme. Even aku dgn pasangan aku pun, kami masih tak berapa reti nak meletakkan sapa yg alpha, dan sapa yang bukan. Er... penting sgt kah bebenda macamtu? Yang aku tau, aku mmg sayangkan dia, macamana pun dia. Still, aku tak boleh la nafikan yang mmg lah aku lebih mudah tertarik dgn perempuan yang ada lebih kecantikan, berbanding kehenseman. huhu. W/pun skrg ni pasangan aku cam dah lebih menghensemkan diri bbdg aku, tak kisah la, dia tetap the sweet li'l girl yg aku kenal 10 tahun dulu. Makanya, semalam sepanjang masa dalam keta balik dr opis, aku sambil melayan sakit kepala, sambil la berpikir2 bodo. Dan dengan bangganya aku mengambil keputusan untuk melabelkan diri sendiri jugak. Dan harap, label yg ini ada jaminan selama lebih drpd 3 bulan. ahahaha... Ha, aku mengambil keputusan untuk melabelkan aku sebagai seorang 'lesbian'. Tak lebih, tak kurang. Tak ganas, tak lembut. Yang sedang2 sajaaa. Dan aku mmg merasakan diri ini sungguh 'lesbian'. Bak kata Tina ke Dana pun... 'So gay...' Yep, I know... Pokok pangkalnya... I don't want to have sex with a male, or a male and another woman, okay. I'd just want to have sex with the woman. I'm 'that' gay. (diadaptasi dr dialog Dana Fairbanks) Dan adakah dgn berada di dalam closet mengurangkan ke'gay'an seseorang itu? heh heh... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||