Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, April 25th, 2005 |
|
||||||
|
Aku baru je balik dr lunch dgn gf aku. Kesian dia, dr jejauh tu sanggup dtg sbb nak temankan aku yg kureng sihat ni makan. Iye la, kalau dia tak dtg, kompom aku tak mkn punya... muahaha. Hari ni kepala mmg rasa sungguh weng. Muka aku pun tak mengira masa sokmo flushing je. Adehh... mmg ropanya cam aku kena viral fever lagi la nampaknya. Tapi itu tetap tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang menulis blog walaupun sendi2 kat jejari aku dah makin lenguh. huhuhu Dulu aku pernah bertulis pasal "Apa korang panggil gelpren korang". Sesapa belum terbaca tu, pi le belek2 balik. Kalu malas, takpe, aku takkan cubit korang pun. hehe. Maka hari ni aku nak bertulis pasal acamna korang bahasakan gelpren korang kat org lain. Apa? tak paham ayat aku? ish, er, kalu omputeh kata, 'How do you address your beloved" hah, cenggitu la kot dikatakan oleh omputeh dalam bahasa patah aku. kuikui 'Gelpren' atau 'Awek' huhu, kalu korang perasan kat blog ni aku selalu membahasakan gelpren aku sebagai 'gelpren aku' heheh... Tapi kalau sebenonya pikir2 balik biasanya 'gelpren' ni digunakan oleh org yg baru tahap2 berchenta2 je. Aku dgn gf aku ni sebenonya boleh la dikatakan sebagai dah terlebih berchenta. Kira cam dah commit lah dgn satu sama lain. 'Isteri' ataupun 'Wife' Ha.. ini adalah kata nama yang seswai utk membahasakan seorang perempuan yang telah menyerahkan segalanya kepada kita.. huhu. Tapi terus terang aku kata, seriau jiwaku mendengo pktn tu. Cam seram2 sejuk la plak. Bukannya apa, pasal kitorg takde surat nikah lagi. hehe. Kalu camtu, aku rasa kena la naikkan taraf dia drpd seorang gelpren, kepada satu tahap yg lebih ganaih lagi jitu. 'Pasangan hidup' Ha.. ini macam kita mengakui bahawa org itu adalah yg akan menjadikan kita sepasang dgn dia selagi hidup. Rasanya ini cam boleh la jugak aku terimapakai dan gunakan utk membahasakan gf aku lepas2 nih. Rasanya istilah omputeh yg seswai utk ni ialah kapel. eh, iye ke? Boleh ler.. 'Partner' Erm... ini kalau ditrenslet, boleh jadik rakan kongsi. hehehe. Mmg betul la pun kan. Sebenarnya kekasih tu rakan kongsi la. Kongsi katil dan selimut sblm tido, kongsi keta kalu nak pi keja, kongsi baju yg mana rasa teringin nak pakai, dan jugak kongsi duit time sesak... huhuhu.. Kira orait jugak la nak panggil pasangan kita rakan kongsi. 'Kawan' Ini biasa digunakan untuk membahasakan pasangan kita depan ibu bapa tersayang ataupun kengkawan yg mana si pemberitahu tu masih menyorok dalam lemari. 'Significant other' Pktn ini aku dapat dr gelpren aku oopss.. pasangan hidup aku. hehe.. Kata ganti ini seolah2 menunjukkan kita ni hanya lah setengah sifatnya, dan setengah lagi adalah pasangan kita. Gitu la gamaknya. Bagi nama je Ini la cara yag paling senang... cuma kengkadang kita tak berapa tau nama pasangan kita sbb sepanjang masa dok panggil dia sayang, yang, baby, b.. dan lain2 lagi. Hah... anda tau tak nama penuh pasangan anda??? Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||