Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, April 18th, 2005 |
|
||||
|
Huargh... untuk kali pertamanya di hujung minggu ini dalam bulan April aku tak balik kg. Paling2 cuti dua hari dapat jugak aku dgn gf aku dok bergolek2 kat umah. Nak kuar ke mana2 pun tak boleh pasal buahati terchenta tak berapa sihat. Tak mampu aku nak benarkan dia menghirup karbon monoksida yang dibebaskan dek kenderaan2 di jalanan. huhu. Hasilnya, kami banyak menghabiskan masa memerap di rumah sahaja lah sambil menonton DVD The L Word lagi dan lagi. Dah naik hapal dah dialog bebudak tu, especially utk Episod 3, Let's Do It. Hah, cerita2 pasal DVD ni, aku rasa sure ramai yg ingat aku menulis pasal satu buku cerita lesbian tulisan Sarah Waters yg di angkat menjadi siri TV oleh BBC, yg bertajuk Tipping The Velvet. Dan sbb ada rezeki, dapat la jugak DVD tu mendarat di Malaysia ini dan dapat la jugak aku dan korang2 yg sewaktu dgn aku menontonnya. hehe.. Alkisah masa acik uL my preng dtg KL haritu, ada la dia bekabo kat aku pasal satu lagi novel tulisan Sarah Waters yg juga akan diangkat ke skrin TV. Novel yang bertajuk 'Fingersmith'. Cuma aku tak berbajet lagi la nak membeli novel yg ini. hehe. Sblm terlupa, ini novel pun lesbian jugak lah. So... veri good lah. Alkisahnya pepagi tadi masa aku tgh malas nak buat keja, aku masuk la ke dalam group2 yahoo. Aku ni tukang baca je diskusi diorg tu, nak memberi input, jgn le harap. Anyway, dalam merayau2 kat dlm tu, ternampak la plak satu diskusi yang mengatakan bahawa Fingersmith ni dah selamat pun dimainkan kat BBC uk. Apa lagi, tanpa membuang masa, sehelai sepinggang aku terjun tingkap. Eheh... bukan, sepantas kilat aku mengklik kat link yg diberikan oleh minah2 tu dan termasuk la aku ke dlm website BBC UK. Haha... mmg cerita Fingersmith dah selamat ditayangkan kat TV sana. Cerita dia cemana? Tu kena tanya kat org yg pernah membaca buku tu la. Aku cuma baca sinopsisnya saja. Menurut apa yg aku baca kat website tu, cerita ni mengisahkan seorang budak pompuan yang kengkononnya anak yatim piatu dan dibela dek org2 jalanan. BUdak pompuan ni bernama Sue Trinder. Bila besar, ada sokrang lelaki, Richard, yang membawaknya dan menjadikannya maid seorang pompuan kayo yg jugak dah takde mak bapak. Sebenarnya si Richard ni nak mengorat budak pompuan kayo tu, dan Sue ni sebagai ala2 batu loncatan utk dia mengenal dgn lebih lanjut la perempuan kayo tu, yg bernama Maud. Lepas ni berlaku la banyak hal dan konspirasi yang aku rasa sungguh la berbelit utk diceritakan di sini. hehehe... sori eh, korang pi la baca sendirik. Tapi rasanya korang leh agak la kan apa yg akan berlaku. Dah namanya pun cerita pasal lesbian, sah2 la nnt Sue dgn Maud tu berkapel.. ahakss. Tang tu, takde rahsia lagi la kot. Cuma perjalanan perkapelan diorg tu la yg mungkin merenggut tangkai jantung para penonton. Kepada sesapa yg pernah menonton cerita Tipping the Velvet, sure boleh ingat pelakon pompuan yg melakonkan watak Zena Blake. Ala... org gaji Diana Lethaby yg terkantoi dgn Nan sampai kena halau tu. Aiseh... takkan tak ingat kot. Sesapa yg tak tgk tu, abaikan je la ayat aku ni yea. Ha.. ok, pelakon yg melakonkan watak Zena tu, Sally Hawkins, dan dia la nnt yg akan melakonkan watak SueTrinder. Ada can la menengok muka pompuan tu dgn lebih banyak lg dlm cerita Fingersmith nih. Mari la kita berharap bila DVD cerita ni kuar nnt, ia akan turut mendarat kat Malaysia... ish.. idup cetak rompak. muahaha Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||