Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, April 15th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni aku cam nak menyengeh je rasanya. Dan dgn bangganya aku nak share dgn korang2 semua yang skrg ni aku dan gf aku sudah ada satu baby beso kat umah tu. Lepas ni akan lebih bermaknalah kehidupan kitorg berdua dan lebih meriah la umah tu. kehkehkeh. Er... tapi baby tu bukan orang, kucing sebenonya. Alkisah ada la umat2 yg dgn rela hati memberikan kucing mereka kpd kami berdua. Memula tu macam tak berapa selesa jugak nak amik. ALmaklum je la, umah kitorg tu macam kureng seswai utk pembelaan haiwan. Silap2 mati cam yg dulu, berendam air mata la kitorg. Tapi tu la, ajal maut di tangan Tuhan. OK, berbalik kepada kucing tadi... kitorg sebenarnya bersetuju sbb kucing tu dah selamat dikestret dan menerima vaksinasi yang sepatutnya. Ha... kalau ada sesapa yg tak setuju pasal kestresyen, toksah nak ceramah kat aku, ada alasannya kenapa aku suka yg telah dikestret yg tak perlulah dibebelkan di sini. Bluekkk.. hehe Aku yg liat bangun ni pepagi tadi kemain cergas lagi melompat bila terdengar bunyik kucing mengiau. Alahai.. tetiba teringat rutin pagiku semasa ada kucing dulu. Pepagi lagi kena bangun utk membuang bahan buangan kucing. Lepas tu bubuh pasir baru dan pastikan ada mknn kat dlm mangkuk. Sebenarnya tanggungjawab tu membuat aku jadik manusia yg lebih bertanggungjawab.. kot. Gf aku yg cam ala2 kureng sihat tu pun nampak sedikit ceria bila ada satu nyawa baru dalam umah kami. Cuma yg bestnya kecergasan aku diuji dgn jayanya apabila seawal pagi tadi sang baby aku telah terjun ke bawah dr umah aku yg kat tgkt satu tu. Adeh... pepagi dah kena main kejo2 dgn dia. Nasib baik la adik aku yg bukak pintu, so, dia la yg bertanggungjawab menaikkan balik kucing tu. Pempaham je la kucing dah kestret, mmg la penakut sket. Kemain laju lagi dia lari dalam parit bila kitorg ligan. Setelah berhempas, berpulas, bertonggeng2 dan berlari2, dapat jugak dinaikkan sang baby itu. Adeh.. masuk2 je kat umah, terus menyorok kat bawah katil kitorg. Kesian dia, hari pertama kot. Masih lagi takut kat kitorg2 ni. Harap2 kejap je la tu. Pasni leh la bawak balik kg. yabedabeduuu!! Hah, cerita punya cerita... korang semua mau tau apa nama kucing aku? Apa? Taknak? OK la.. kalau taknak tau takpe, takyah la aku bgtau. Tapi kalau sesapa ada idea yg kapoww utk nama kucing aku tu, bolehlah amik borang penyertaan kat depan umah aku eh. Idea sesapa yg terpilih berpeluang spend satu malam bersama kucing aku. hehehe.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||