Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, April 14th, 2005 |
|
||||||
|
Huh.. perut kenyang. Pagi tadi aku dgn gelpren dah pi bfast sesama kat kedai mamak. Tghari tadi lopeh keluar treneng aku dok balun nasik lemak sebungkus. Tghari ni plak ada makan2 utk selebret opismate yg nak resign. Makan pizza plak tuh. Sure perut aku mensumpah2 aku pasal letih dia nak memproses mknn yg byk itu. Tapi mmg la skrg ni berat badan aku dah naik. Mana tidaknya, hati senang... bangun tido tetiap hari nampak muka gelpren. Aku mula tersedar yg kegemukan aku sudah berada di tahap membahayakan dalam dua hari lepas. Selepas dok mengisi petrol dalam keta, aku menghenyakkan la badan ke atas kusi keta tu. Sekali henyak, keluar bunyik 'prakkk!' Ah sudah... sah suar aku koyak! Mmg pun. Lepas check2... mmg sah suar aku koyak. Cuma nasib baik la kekoyakan tu tidak menjejaskan2 mana2 tempat yg boleh dikatakan sebagai aurat yg kontroversi. kehkehkeh. Lepas insiden tu baru la aku sedar yang hampir kesemua seluar aku sudah mengetat, perut aku sudah timbul hampir mencicah keboroian, cincin kat jari ni pun dah lama tak melonggarkan diri. Ini mmg tak boleh jadi, langkah berjaga2 harus diambil dengan segera bagi memastikan saham aku tak turun. haha... macam la ada saham yg nak diniagakan. Chefdiva dah beli sume2 dahhh. Jadi sbb aku ni mmg malas nak exercise, plan utk mengelakkan badan menjadi semakin berat ialah dgn cara membuat musuh dgn lif dan elakkan dari meminum air yg memiliki gula sebanyak tujuh sudu besar segelas. Bab nak berjogging ataupun membeli barangan diet yg mengoyakkan poket aku, nanti la dulu. Belum ada bajet lagi.. (Muarghahaha.. alasann) Tapi lepas kupikir2 balik, mmg patut la berat badan aku naik. Masa aku terpisah sementara dgn chenta hati aku dulu, perasaan pun kurang girang, nak mkn tak lalu, tido tak nyenyak, mmg la boleh menyebabkan aku kurang berat badan. Masa tu ntah berapa kali cincin aku menggelungsur sendiri dari jari manisku (auww!) ini pun aku tak tau. Nasib baikkkk tak ilang. Dan masa tu jugak aku bekerja kat kota kelumpo. Setiap hari selama 30 minit akan dihabiskan dgn berjalan kaki dari/ke parking keta. Tghari , malas nak kuar makan pasal takde port mkn yg best2 dan murah. Opismate aku plak tu ramai yg pi mkn bak kut teh. Takkan aku nak join kot. Balik umah, dok melangut sensorang, nak kuar mkn pun malas. Balik aku akan mkn roti ataupun magi. Paling poyo aku makan angin je la. Skrg ni plak, aku dihantar sampai ke depan pintu lif dan diambil balik dr keja juga di depan pintu lif. Tetiap kali tghari aku akan pi kuar makan dgn awek2/mak orang yg ada kat opis nih. Mlm2 plak pi dinner dgn chenta hati. Makan lagi. Balik dinner, tido. Dan bangun semula tetiap pagi utk memulakan hari baru dgn aktiviti yg sungguh lapuk. Adehhh... mano la berat badan den tak nahik. Skrg target utama aku ialah untuk menurunkan perut yg sedia boroi ini. Wish me luck! hehehe.. (cam nak gi exam la plak..) Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||