Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, April 12th, 2005

Subject:Aku yg cam takleh pregnant je...
Time:5:16 pm.
Mood:ngantuk.
Setelah tiga kali postpone, baru la projek yg aku involve ini di tendang dgn rasminya oleh pak sponsor. Berhari2 bertangguh. Jenuh menunggu. Yang bestnya aku punya role ialah role yg takde dalam process. Kehkehkeh... goyang kaki la jawabnya.. huhaha

Huh, alang2 cerita pasal opis ni, meh aku bgtau satu fenomena yg tgh menyerang opismate aku. Yg bestnya benda ni cuma menyerang bebudak pompuan yang sudah bernikah. Apa lagi kalau bukan fenomena pregnancy. Bertalu2 org mengandung kat sini. Lepas satu, satu.

Masa aku memula join kompeni ni, ada sorang yg tengah saratt giler. Lepas sebulan aku masuk, dia pun ilang. Iye la... cuti melahirkan anak. Mmg la hilang dalam masa yg sungguh lama. Agak2 dalam dua bulan lepas tu, HR exec kat sini plak ilang. Ghupanya masa aku tgh sesebuk interbiu dulu makcik tu sudah berisi. Aku je yg poyo tak perasan. Tapi bila dah dekat time melahirkan tu, of kos la aku perasan. Kalu tak perasan mmg dah pekak la agaknya. Kemain bosau lagi perutnya.

Ni plak dalam bulan 5 nnt sorang HOD plak akan menyusul mengambik cuti selama dua bulan. Sedap la projek yg dia tgh handle tu. Sapo nak jawab? Nasib baikkk bukan HOD aku. Kalu HOD aku pregnant, gamaknya buleh buat cerita cam Arnold Schwanrztgenrebdbdfzgger (mmg susah nak eja) la. Dan rasanya selang beberapa bulan lepas HOD tu ke dalam, akan menyusul plak org kanannya. Nasib baik tak tertembung dedua tu bercuti, kalau bertembung la, baik tutup je department tu. muehkehkeh... Lepas beberapa minggu lepas tu plak, designer aku yg akan ke dalam. Pergh... dua bulan takde minah tu, mungkin boleh menyeksa batinku dan menggegarkan keja aku. Habis ler.. Dan muka2 yg baru kawen dalam cuti sekolah yg lepas.. mungkin akan menyusul diorg2 tu.

Dan org utama yg garu kepala, sapa lagi kalu bukan Bigg Boss. Pening je kepala dia bila mengenangkan sorang demi seorang rebah di atas katil selama dia bulan strettt.. Pernah jugak aku terdengar dia kata, lepas ni nak buat polisi supaya ambik lebih ramai pekerja lelaki drpd pompuan. Cuma pekerja lelaki ni satu la, (setakat pengalaman aku kat 4 opis setakat ni) kureng reliable. Yang pompuan cam ala2 rajin belaka. Tapi ni setakat yg aku tau la. Takde rasa keras eh.. hehehe

Jadi, kalau ada mana2 boss yang rasa pekerja lelaki kuat tido, dan pekerja pompuan ni rajin tetapi bermasalah cuti panjang time mengandung dan bersalin... amik la kami2 yg lesbian nih. Kompom takde cuti bersalin, takde cuti kawen, takde cuti sbb mabuk2 time mengandung, dan jugak takde spouse yg sah utk dikaber medical benefitnya. Ha... tak ke menguntungkan. Marilah kita sama2 berharap supaya peluang pekerjaan untuk lesbian lebih meluas di masa akan datang. Hah! apa laagi, jom kita reramai mengeluarkan diri... huahaha.. macam berani...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.