Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, April 11th, 2005

Subject:Bila aku menjiwang (lagi)
Time:4:57 pm.
Mood:jiwang.
Huarghhh... Hari ni hari cam kelam2 je di kawasan kelumpo nih. Mata aku pun makin lama makin suram. Baru sat2 tadi aku mengeluarkan diri dr opis selama sejam. Alasan, nak menghantar gelpren aku balik ke umah. Makin teruk la plak batuk, sakit dada dan sakit tekak dia. Sore pun dah jadik macho terlebih, dan kengkadang langsung tak kuar sore. hari ni dia separuh hari je kat opis, dah hala ke tghari, dia call aku, cakap nak balik awal. Dan dengan kesiannya dia terpaksa mengayuh keta sampai ke opis aku. Aku yg mmg tak sampai hati nak biarkan dia drive sampai ke umah, membawak la dia balik dr opis aku. Boleh tahan jugak nak balik umah. Sejam setengah masa aku abis. Tapi takpe, chenta punya pasal, aku rela. Boss aku pun merelakan aku kuar. kuikuikui. Iye la... aku bgtau dia 'my wife tak sihat la boss, nak hantar balik umah' Takkan la dia tak bagi kan? hehe. Ni gamaknya tgh tido la minah tu di umah. Alahai syioknyer.

Sementelah aku terpaksa mengayuh keta sorang2, aku pun terpikior la kenangan2 aku dgn dia. Kitorg dah bersama berdua sejak masih sekolah, zaman sibuk cari kerja, sampailah zaman sibuk bekerja. Diam tak diam, tahun 2005 ni, menandakan kitorg punya perhubungan telah mencicah sedekad umurnya. Pergh mak aih. Cambest la plak.

Aku kengkadang teringin rasanya nak menghidupkan kembalik kenangan zaman dedolu kitorg. Sewaktu berdating di bandaraya Seremban naik bas yg sesaknya mengalahkan tuna dalam tin. Tetengah jalan plak bas tu akan berenti tetiba pasal time tu la konduktor (merangkap drebar bas) nak potong tiket. Bayangkan ler dgn keadaan sesak yg amat tu, ada la jugak lebey kurang sejam proses memotong tiket.

Aku pun masih ingat lagi di saat kitorg memulakan pembelajaran di universiti, di saat kegatalan berada di tahap tertinggi (bagi aku la) dan masa tu la pulak bergelut dengan identiti diri sendiri. Betulke aku ni lesbian? Boleh ke aku sayangkan perempuan itu? Apa pulak kata masyarakat. Tapi pergelutan aku tu sebenarnya dah kureng valid pasal aku dah melawannya masa aku kocik2 bolum SPM pun laie. hehehe.

Lepas belajar plak, zaman tgh dok sakan mencari keja. Susahnya hidup berjauhan, susahnya nak mencari keja. Tapi sbb aku nekad nak jugak pi KL, alhamdulillah, ada rezeki utk kami berdua. Bila dah bekerja, masing2 dah dapat duit sendiri, dan umur meningkat dewasa... datang satu ketakutan yg amat aku takuti... Sampai bilakah dia sanggup bersama2 dgn aku? Bilakah dia akan kahwin dan meninggalkan aku? Ke.. aku yg kena kawin dulu drpd dia? Masa tu mmg keadaan bolehlah dikatakan sebagai lampau-emosi. Semua yg dilakukan terlebih emosi. Tapi masa itu jugak la titik tolak permulaan kami hidup bersama. Baru la masa tu mau tau asam garam rumahtangga.. org kata. Masa tu la segala pekong memekong aku keluar membuak2. Dan masa tu jugak la kitorg belajar memahami diri sendiri dan pasangan masing2, dan juga memahami erti tolak ansur. Deyyy! setakat chenta yg mendalam je.. rasanya masih la belum cukup.

Masa tu yg paling seronok ialah membeli barang2 utk keperluan rumah. Mmg la antara barang terawal yg ada utk rumah aku ialah katil, tilam, dapo gas dan jugak peti sejuk. Biasa la, keperluan utama... makan dan tido. muahahah. Skrg ni, barang umah dah boleh la tahan jugak, tapi rumah plak sebesar anak gaban. Kocik yo. Pastu nak pikir pindah randah lagi.. adehhh... bila laaa den nak boli umah sendiri nih.

Skrg ni... aku rasa mmg la aku bahagia di samping dia. W/pun banyak rintangan yang melanda, tetap kugagahi jebat! Sbb bagi aku hanya satu perkara yang aku sangat2 pegang...kenangan dan pahit maung bersama. Sanggupkah org lain menanggung kesusahan sebagaimana yg aku pernah tanggung dgn dia? Mungkin tidak..
Oleh itu... kita sandarkan paadaaaaaa kenaaangaaaaaaaaaannnnnnnn...

Sekian timacheyy!!! huhu


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.