Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, April 8th, 2005 |
|
||||||
|
Aku baru balik dr lunch... dgn gelpren aku. huhu... sungguh rajin dia dtg utk lunch sesama w/pun opis kami terpisah lebih kurang 20km jauhnya. Dah la tgh tak sihat. Kesian babylette aku, tetiap malam kena tido dlm keadaan yang boleh meredakan sesak napasnya. Lebih memburukkan keadaan, buahati dia plak tido matipus. Kalau kena kejut tetangah malam bukannya boleh sado pun. Poyo punya aku. Tapi aku ttp jugak sayangkan dia. kan baby kan.. kan? huhu. Awak sayang saya tak? Sebenarnya dlm dua tiga hari ni, selain drpd keja yg melambak2, aku diserang masalah takde idea nak tulih apa dlm blog. Skrg ni pun aku tak tau nak tulih apa? Apa? APa?? huarghh... pening. Tapi dah takde idea nak tulis, apsal aku terus jugak membebel kat sini? Apa la plak pekdahnya. Paling2 aku hanya menghabiskan masa korang membaca entry aku yg ntahkan ada sudahnya, ataupun tidak.. hehehe Tu la masalahnya manusia ni, kengkadang tak tau apa nak buat, tapi tetap nak buat jugak. Dgn harapan di tetengah jalan akan ada penyelesaiannya. Hmmmm... tapi sebenarnya sikap camni bagus jugak. Kalau lah semua org taknak mencuba berjalan, penyelesaian takkan dijumpai. Senang cerita, ini la yang dikatakan research ataupun kajian. Tunggak kepada satu kajian ialah objektif. Dan skrg ni, sambil korang membaca ni, boleh la anggap sebagai aku membuat satu kajian yang berobjektif..."selepas tamat menulis blog ini, saya telah berjaya menyiapkan entry utk hari ini." Kengkadang di dalam masa kajian tu, kita mmg akan buntu. Tak tau adakah objektif itu akan tercapai, berapa lama masa yang akan diambil, dan pelbagai variable lain yg masih tak dapat dipastikan. Tapi kajian itu diteruskan jua sbb kalau la objektif dapat dicapai, segala penat lelah akan berbayar, dan kepuasan yg unggul dapal dicapai. Pikir2 balik, hidup bersama kekasih hati kita pun sebenarnya satu kajian, yang objektifnya ialah "Tinggal bersama2 gelpren dengan aman, damai, selesa dan saling menyayangi antara satu sama lain" Kita tetap takkan tau adakah objektif itu akan tercapai, berapakah bajet yg diperlukan utk memastikan kajian kita tu berjaya. Kita juga masih tak dapat pastikan gelpren manakah yang membolehkan objektif itu dicapai. Dan bila dah terpahat objektif tu, kita kena la jugak mengharungi pelbagai halangan dan rintangan yang mmg tak dpt tidak sure dtg punya. Lagi best halangan boleh jadi masalah sendiri, ataupun diaruh oleh org luar. Maka, kena lah menyediakan diri dr anasir2 buasir... Ingat je la... mengadap satu benda tu adalah jauh lebih baik dr melarikan diri... Dan tanpa halangan, kita takkan dapat bandingkan apakah yg dimaksudkan dgn kebahagiaan. Sekian entry blog saya utk hari ini, Dan utk mengakhiri objektif menulis blog hari ni yg telah tercapai... mari kita baca sesama apa yg aku nak paste kat bawah... Early sex is passionate. It's illicit, exciting, still has that 'Uggh' factor, but... very quickly, a kind of symbiosis develops. It especially happens between two women who are doing the work of making a serious commitment to one another. And when that merging occurs, the intense mutual dependency can be a deterrent to sexual intimacy. Ececeh.. macam yo yo je la ayat tu... iye ke?? Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||