Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, March 28th, 2005

Subject:Entry bosan harini: Apa aku buat haritu.
Time:3:55 pm.
Mood:booringgg!.
Hmm... Kat luar tu hari ujan lebat. Hah, sapa kata Malaysia ni panas sokmo. Tak jugak. Selalu jugak hari2 di Malaysia ni menjadi sejuk. kan.. kan.

Hari ni aku nak bercerita pasal apa yg berlaku pada hari sabtu dan ahad aku. Lama sudah tek bercerita pasal aktiviti harian nih. Rasanya ada bbrp berita baik dan jugak berita kurang baik yang akan terkeluar dr blog harini. Berita baik yang aku rasakan mmg sangatlah bestnya ialah aku dah pi buat mykad. heheheh... aku tau sebenonya mmg takde hal la buat ic baru nih, tapi mengenangkan org yg suka bertangguh cam aku ni, itu adalah satu kejayaan besar buat aku (dan jugak chefdiva ler..). Akhirnya kami berjaya pi buat IC. Lepas ni tunggu la surat suruh amik. Kalau berjaya yg itu, satu lagi kejayaan buat aku.

Masa pi buat IC tu, mmg la org kemain ramai lagi. Aku dan chefdiva keluar dr rumah dlm kol 7.45 pagi. Sesampai saja di sana nampak dah kemain ramai lagi umat manusia berwarganegara Malaysia. Kitorg mmg la kena beratur, untuk mengambik nombor. Dgn bangganya aku dpt no 3++. Huarghhh... dah jauhhhhh. Makcik bagi nombor tu siap pesan lagi.. "Pegi makan dulu, nanti dalam pukul 10.30 baru dia panggil no ni."
Kitorg pun dgn bestnya pi la makan. Makan... sapa yg taknak. Dipendekkan cerita, tamat la penantian membuat IC dan kitorg meneruskan aktiviti seterusnya iaitu menjemput tetamu kitorg yg datang dari hujung tanahair kat puduraya. heh heh heh

Mlm tu plak, kengkononnya nak pi mkn dan melepak kat NZ, tapi hari ujan renyai2. Tapi sbb kitorg mmg pompuan-macholah, pegi jugak ke NZ tu. Ujan pun ujan lah! Tapi sapa la plak nak mkn chakueitiau sambil berujan. Mkn la kat tpt yg ala2 berbumbung. Boleh tahan ramai la jugak org w/pun hari ujan. Siap boleh jumpa rakan sesenget lagi... (kalau betul la diorg tu senget..).

Hari ahad tu plak, pepagi lagi gf aku ajak kami semua beramai2 pegi ke IKEA. Aku takde la beli apa2 barang, tapi gf aku seperti biasa, sungguh pandai membeli belah utk kebahagiaan rumahtangga. Takpe la yang, awak beli je la, saya tumpang tido bley? hehehe. Lepas balik dr ikea kitorg bertiga2 sesenget ni pi la plak ke Berjaya TImes Square dgn harapan utk mencari DVD. Biasa la, geng sesenget mencari dvd sesama mmg best! Tetapi sesampai di sana, hancus bedebus harapan kami. Semua kedai dok menjual dvd original yang sungguh la terhad pilihannya. Satu bayang dvd pirate pun takde. Ada satu kedai tu siap tutup lagi. Punya la dasat. Ha, ini la berita buruk yang sungguh poyo. Dah la harga DVD naik 8 hengget sekeping, nak dapat yg cenggitu pun payah. Nasib baik laaaa, the L word dah sempat dibeli. Selamattt...

Selepas bengkek dgn ketiadaan bhn hiburan, kitorg pun menghantar tetamu kami ke puduraya. Pastu kitorg berdua balik umah, lepas tgk Tru Calling yg ada kapel lesbian smlm, aku pun tido... krohhh krohhh.

hahaha... tamatlah sudah satu entry yg sungguh membosankan utk hari ini.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.