Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Friday, March 25th, 2005

Subject:Aku yg suka gelak. Gelak jgn tak gelak.
Time:5:56 pm.
Mood:tergelak2.
Pergh mak aih... Mmg jenuh la aku dua tiga hari ni. Tak menang tangan. Dah ala2 berjaman jugak aku tak mengapdet blog. hehehe.. Ni ada masa terluang ni, aku tulih je la apa yg termampu. huhuhu..

Erk.. baca dua baris kat atas tu je dah boleh korang baca dua gelak aku. haha.. cheh! gelak lagi. Gamaknya aku ni mmg suka tergelak la. Pasal tu jugak la kat opis ni ada yg menggelarkan aku tukang gelak. Iye la, dua org designer aku ni asyik kejanya bergaduh je, apa yg aku boleh buat, gelak je la kan? Eh kejap, ada tak sesapa pembaca blog ni yg tak tau apa maksud gelak. Kalau tak tau, meh aku bgtau. Gelak ini adalah perkataan lain utk ketawa. Tak tau jugak apa itu ketawa?? heh heh.. ha.. tu la dia gelak ketawa (yg tidak berdekah2)

Sebenarnya gelak ni bagus utk kesihatan. Kalu dari segi saintifiknya, bila seseorang itu ketawa, satu bahan yang dikenali sebagai endorfin akan dirembeskan di dalam badan manusia. Bahan ni boleh menjadikan manusia tu rasa cambest di samping mengurangkan stress. Kurang stress, kurang la peluang utk dapat penyakit lemah jantung. Pastu sapa yg suka gelak, akan memperolehi garisan gelak kat mukanya. Er, omputeh kata laugh lines gitu. Garisan gelak ni paling2 boleh la menampakkan tuan punya muka tu macam sedepss mata memandang. Takde la rasa stress je bila org tgk mukanya tu. Bayangkan la bila seseorang manusia tu tak gelak.. Hah, bayangkan je la sendiri ek?

Dan gelak ni ada macam2 jenis. Tak semua gelak mempunyai tujuan yg sama. Dan lelain org, lain plak pesen gelaknya. Maka dgn limitasi tanpa audio, aku cuba la bagi style gelak2 yang biasa aku guna semasa aku berYM dan memblog:

hehehe
ni gelak cam bese je. cam gelak2 biasa.. hehehe

heh heh heh
ha, nampak cam sama je dgn gelak yg atas kan? tapi ada bezanya. gelak camni biasanya diiringi dgn sedikit niat yg agak 'nakal' (ish, cam poyo je guna pktn 'nakal' tuh)

huhuhu
ini gelak yg ada maksud tersirat disebalik huruf2 yg aku tulis.

kui kui kui
gelak dalam keadaan malu2 poyo

muahahahah
gelak apabila di kepala tumbuh tanduk

warghahahahahahaha
gelak guling2 sambil mengumpul habuk2 di atas lantai.

muakaka
gelak yg kengkononnya ganas tetapi ala2 manjerrr terlebey. try suruh awek2 yg manjer terlebey membunyikan gelak seperti ini. kompom comel!!

kah kah kah
gelak berdekah2 yang skema

warghahahhhahuhukhukukhukk
dah la tu, berenti la gelak...

yea.. hidup gelak ketawa demi (moore??) keamanan dunia


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.