Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Tuesday, March 22nd, 2005 |
|
||||||
|
Tiga hari yang diramalkan sebagai hari yang sangat panas di Malaysia ni rasanya macam tak berapa panas je. Kat KL semalam angin bertiup kemain kuat lagi. Hala ke petang pulak, hujan selebat2nya. Nasib baik tak terbang kain baju aku yg bersidai. Pagi ni, nampaknya macam awan je yg lebih. Ada can ujan turun la tu. Sebenarnya rezeki jugak ujan dan angin2 ni, paling2 pun, takde la hari panas terik menerik sampai bijik mata pun susah nak bukak. Kan? Cuma aku je la yang sedikit terasa poyo pasal hari tak jadik panas. Bukannya apa, hujung minggu haritu dah berpeluh2 aku bekerja keras membasuh keta dan jugak menampal lilin kat keta. tup2 hujannn jugak. Nasib la keta... keta. (dah la keta aku jarang2 nak bersih, sokmo comot) Aku plak semalam cuti, dok umah. Sebab? Malas nak keja. Boleh cenggitu? muahaha. Yang bestnya, semalam sambil aku melingkor atas katil sensorang, tiga bijik sms masuk kat henpon aku. Kesemuanya merepot yg diorg pun tak dtg keja jugak semalam. Penghantar sms tu termasuk la boss aku sendiri. Poyo je. Watpe la nak repot kat aku kalau dia cuti pun. Menyesakkan dada aku je. Tapi kalau aku tau dia tak dtg, mmg kompom aku keja smlm. kalau dia takde, sedap sket aku nak mengulau kat opis plak. Huh aku, takde keja lain. Maaaaaaaalass je hari2. APa nak jadik nih!! Memandangkan penulisan blog aku hari ni macam membosankan je. (aku sendiri pun maleh nak baca balik apa yg aku tulis kat atas nun) mari aku tanya satu soklan. Kalau bosan jugak, nasib korang la. Apa korang buat time cuti? Kalau aku la, bercakap pasal time cuti di hari2 bekerja nih, program hari cuti aku akan dipenuhi dengan projek tido, tido dan tido. pastu bangun, makan, tgk dvd the L word. heheh.. tu kalau aku bercakap pada waktu bekerja la. Tapi bila tiba hari cutinya kemain laju la plak bangun tido. Bangun2 je terus pi cari/buat breakfast. Lepas bfast, cepat je kepala hotak ni nak pi berjenjalan memperabih duit. Yang bestnya, jenjalan tu kengkadang bukannya setakat ke shah alam ataupun mana2 daerah kat selangor, bila tiba angin poyo, siap boleh sampai JB lagi tu. Mmg terrer aku dan gelpren aku (wahahah.. perasan). Lepas tu, bila dah tiba hari ahad malam, baru la terasa terkial2 nak bangun lewat drpd tido. Tapi apa boleh buat, hari Isnin dah kena mula bekerja. Nasib badan... Itu pasal la aku punya monday blues teruk dan makin meneruk. hehe.. semuanya gara2 hari cuti pi merambu merata. Jalan penyelesaiannya?? Amik la MC hari isnin, pepandai la buat apa penyakit yg patut.. huh! Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||