Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, March 18th, 2005 |
|
||||||
|
Perghhhh... malasnya nak wat keja. Sepanjang pagi tadi aku dok melayan kemalasan yang membuak2. Apa mau cerita hari ni? hehe... aku taknak la buat entry cam semalam yang rasanya sungguh la poyo. keh keh. Ha, ok.. Mari kita bercerita pasal kempen kerajaan. Rasanya skrg ni kerajaan tengah dok mempromo rakyat malaysia supaya lebih berbudi bahasa. Tgk je la kat TV kerajaan tu, balik2 musti la kuar lagi cik Siti kita yg dok tak abih nyanyi lagu yang... budi bahasa budaya kitaaaa haa haaaaaa..' tah apa tah. Hai la, nampaknya cik Siti dah jadik penyanyi kerajaan gamaknya. Takpe la, rezeki tuu. hehe Kita rakyat malaysia ni menyahut tka seruan kerajaan tu? Heheh, itu kena la tepuk dada, tanya selera selepas tersedak dada kena tepuk. Walaupun banyak kes sembelih org, pembuli jalan raya, lanun cetak rompak yang rasanya tetiap minggu ada kat berita, masih ramai rakyat malaysia ni yg berbudi bahasa. COntohnya awek2 cun yang senyum balik bila aku senyum kat dia, macha waiter kat kedai mamak yang tersengih selepas aku cakap timasih. Eh, kiranya aku ni berbudi bahasa jugak la kot. Selalu nak cakap terima kasih, nak sengih kat reramai org. ececehh.. hehehe Rasanya bukannya susah sangat nak berbudi bahasa ni. Kekunci utamanya ialah menghormati org lain. Dan anggapla orang lain semua bayar road tax dan jugak zakat fitrah macma kita jugak. Di samping itu, pikir la jugak apa perasaan kita bila org lain buat perangai yg menyakitkan hati kita. Pokok nangkanya, kalau kita taknak org sakitkan hati kita, jgn sakitkan hati org. Kalau ramai yg berpegang cenggitu, maka rakyat malaysia ni akan lah menjadi masyarakat yang berbudi bahasa adanya. Kalau ada yg mmg dah tak geti bahasa tu, tak dapek la den nak nolong. mati akal dibuatnya. Huish, apa aku tulih ni. Cam berkempen utk kerajaan la plak.. hehe.. sebenonya, aku bukan la tekankan sgt yg kerajaan dok kempen tu, cuma aku nak dunia ni lebih seronok utk dihinggapi oleh manusia. Semua org buat silap, semua org ada pekong masing2. Tapi kalau boleh, toksah la membabitkan org lain dgn pekong2 anda. Senang cerita, jgn la menyusahkan org lain. Tak cukup2 ke dgn susah sendiri. huhuhu... erk, awat len macam je bunyik entry aku hari ni? blasah la ek... Anyway, selamat berhujung minggu kepada yg cuti dan selamat pengantin baru kepada yg baru lepas kawin di musim cuti sekolah ini.. yeahaa! Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
Dgn bangganya aku baru terperasan kisah akak Jolie yg dibubuh kat blog uL tu rupanya kuar kat Harian Metro. ish ish, mmg dah boleh sebut 'the L word' tu kat sokkabo malaysia ke? Ataupun selama ni mmg boleh, cuma aku je yg tak pernah perasan.. Oh kurasa sungguh naive. Ni tadi jumpa lagi satu pktn tuh..![]() Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||