Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, March 10th, 2005 |
|
||||||
|
Eh, apo dah jadik kat tagbod? Adakah aku sorang takleh akses ataupun korang2 pun takleh jugak? hehehe.. kalau korang takleh pun, camno nak bgtau kat aku, ye tak? Si blurty ni mmg sah2 mengehadkan komunikasi ke tahap terendah yang boleh. Nak bubuh tagbod takbleh, komen yg dia sediakan pun cam hampeh. Sesapa yg tak pernah try mengkomen, boleh try kat entry ni eh? hehe Mlm semalam aku tgk tv, setelah sekian lama muka aku tak tercongok kat umah sblm pukul 9. Maklumlah, sokmo stress kat opis, ada gelpren pulak tu, dating je la keja aku. Eh, ok, berbalik kisah tgk tv mlm semalam. Setelah menonton The Amazing Race 7 dlm gaya sambil lewa, aku pun tgk la cerita CSI. Kebetulan siri mlm tadi mengisahkan dua org perempuan yang mati akibat sakan sgt nak menguruskan bdn. Dan regimen2 pengurusan badan yang ada disediakan kat klinik yang dipaparkan dalam cerita tu sungguhla mengejutkan aku. Tapi yg paling best sekali ialah teknik minum urine sendirik utk nampak cantik dan kekal muda. Giler ganas. Boleh ek minum? Pastu ada la memacam teknik lain yg rasanya cam pelik2 dan boleh memudaratkan diri (aku kata la memudaratkan diri, diorg tak kata..). Bila aku Google urine therapy, kemain laju lagi senarai yg dikeluarkan. hehehe.. bagus kot urine ni. blasah la Tapi kalau nak pikir2 balik, kenapa ramai org sanggup memperabihkan berjuta2 wang ringgit utk mengelak dari menjadi tua? Dah mmg semua org akan jadik tua, semuda mana la pun rupa, umur tetap satu nombor yang tak akan mengkurang. kan kan..? Cuma ada di antara kita manusia ni yang walaupun nombor tu dah melebihi jumlah tingkat kat bangunan AngkasaRaya (agak tinggi), muka masih lagi cam jumlah staff yg belum kawin kat opis aku (sikit). Contohnya cam aku nih, hehe... umo aku *rahsia* muka aku plak masih cam budak yg berumur *rahsia*. heheheh, jgn marah aa. Mungkin jugak la, diorg ni akan rasa sungguh bangga bila boleh menafikan proses penuaan diri sendiri. Iye la, ingat tak syiok ke bila umor kita 42 tahun tapi org masih kata kita ni baru dalam usia awal 30'an. Gerek tuh. Tak kisah la, diorg nak memudakan diri ke, nak menuakan diri ke, bagi aku, umur itu hanya lah nombor yang tak akan mengkurang (erk.. dejavu). Semuanya terletak di hati sanubari seseorang manusia tu. Kalau jiwa rasa muda, muka pun leh nampak cam muda jugak. Kalau selalu dok susah2 hati, kedut2 pun timbul kat muka. Then again, adakah jumlah kedut di muka tu yang menjadi kayu ukur ketuaan? Dan adakah menjadi tua tu tak cool sampai ramai org nak menafikannya? Ntah2 setiap org mendefinisikan tua tu dalam ayat yg berbeza..? hehehe. Tak kisah la, janji korang bahagia. Hah, selepas tgk cerita CSI tu plak, aku ketik ke 8TV, nampak la muka Jennifer Beals. Panjang umo makcik tu, baru ku sebut2 beberapa hari yang lepas. Ntah kenapa tetiba aku cam pelik2 lak bila tgk dia dok dressing cam diva terlebih2. Cam tak seswai je la plak. Lepas tu baru aku tersedar yang aku sebenarnya masih lagi menjadi mangsa ketoksikan the L word yg tak sudah2. huh! Ada komen? Tag aku kat sini! |
||||||
|
|
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||