Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, February 25th, 2005 |
|
||||
|
Wargh.. kepala aku tgh pening. Ini semua gara2 masa terpaksa mengira, tolak dan tambah masa. Apa? Tak pening ke? Pening la... mana taknya... 1 jam 45 minit kalau ditambah dgn 2 jam 55 minit, jawapannya bukan 3 jam 100 minit. Kena la plak main tuko2 minit jadikan jam balik semula. Tu OK lagi la kot, buatnya persamaan yang menyatakan... "untuk memasak dlm oven selama 35 saat, oven itu perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit. Sekiranya anda hanya sempat memanaskan oven selama 13 minit, berapa lama je anda boleh masak guna oven tu?" Ish, soklan aku pun berbelit, sebelitnya otak aku skrg nih. Kalau masalah matematik tu hanya ada dalam dua tiga soklan je takpe.. ni sampai ke tanah soklan matematik yg aku kena buat. Ish, sebenonya apa keja aku nih? heheheh Tak kisah la, lagipun entry aku harini bukannya utk memberikan soklan matematik, tapi nak berstory mory pasal opismate aku lagi la. Alkisahnya skrg ni kat opis ni mmg musim org mengandung dan beranak. Maka bersilih gantilah opismate aku ni ha. Sorang start cuti bersalin, sorang lagi plak mengira2 hari nak bersalin, dan duorang lagi plak tgh dok mabuk2 pasal baru lekat. huh.. cemacam. Belakang, projek aku jugak laaa yang tak siap pasal ada yg mabuk2 sampai takleh keja. Karang sape nak menjawab dgn big boss? akakkkk jugak. Aku ni tak pernah mengandung. Last aku mengadap org mengandung bebetul pun masa aku Tingkatan 1, masa mak tgh mengandungkan adik aku yg bungsu. Tapi w/pun tak tau sgt pasal org mengandung, aku ni mendengar cerita jugak. Macam2 perkara yang boleh jadi kat org yg tgh sarat membawak budak ni. Ada tu yg mabuk2 tak sudah sampai langsung takleh makan, takleh buat keja dan semua2 takleh. Ada jugak yg cam takde masalah mabuk2 ni tapi masalah mengidam yang sungguh la tak tentu arah. Contohnya mengidam kari kepala kambing. Hah, jgn lak ingat aku tipu, ini bukan cobaan, ini betul2 kenyataan. Tu mengidam bab2 makan. Buatnya mengidam nak mkn bebenda yg bukan mknn, seperti sabun mandi.. tak ke lagi haru. Ish... susah jugak time mengandung2 nih. Hmmm... camna plak dgn kesusahan menjaga org mengandung? heheh, sure boleh tahan teruk jugak. Bayangkan je la, kalau sang isteri tetiba tetengah malam mengidam nak makan kacang kuda rebus. Mano ekau nak cekau mknn tu. Kalau tak diberi karang, sure la merajuk, nangis.. saaampai la boleh dapat apa yang diidamkan. Pastu nak menjaga kaki2 yang bengkak, urat2 yang terkeluar2, ketidakstabilan hormon...? Maka menjaga org mengandung juga susah. Tiba time bersalin plak.. hehehe.. takyah la cakap. Yang nak bersalin tu letih, yang menunggu kelahiran tu pun berpeluh mengalahkan berlari keliling Berjaya Times Square. Hasil daripada cabaran mengandung selama sembilan bulan, dan keperitan melahirkan yang boleh mengambil masa sampai berhari2 tu terubat bila melihat munculnya seorang bayi ke dunia ini. Yang comel plak tuh.. Ish... bestnya!! Aku, walaupun terhentik2 nak anak, tapi macam susah nak mengandung je, pasal partner aku takde sperm. hehehe. Partner aku pun takleh mengandung atas sebab yang sama. Kalau la boleh mengandung... ala... mmg tak boleh pun. huhu. Mungkin cara yang paling sesuai utk dapatkan anak ialah dgn mintak anak drpd org lain. Dan kes aku suka nak anak mmg diketahui oleh opismate aku. Bila diorg mencadangkan aku amik anak angkat, ada kata2 yg membuatkan aku terkedu dan tersipu2. Ini perbualan aku dgn sorang opismate yang tau aku ada housemate bernama chefdiva. opismate aku: betul ke awak sukakan budak2 sekapal? aku: mmg pun. tapi sbb tak kawin lagi, takleh la ada anak. opismate aku: amik la anak angkat, kan senang. aku: Ada jugak bercadang begitu, tapi ada gak rasa takut tak mampu. opismate aku: ala, awak amik je la sorang anak angkat, pastu bela sama2 dgn chefdiva. kan senang. aku: erk.. erm... boleh gak dipikirkan tu.. eheh *terkedu2 poyo* ha.. tgk la aku. kemain gatal nak amik anak angkat, bila ada yg memberikan idea yang sungguh sama cam perancangan sebenar aku, tau plak nak terkedu. ehehehe. Bukannya apa, takut rahsia bukak aaaaaaaa.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Bosan betul la ptg nih. Keja aku mmg berlambak2 sampai aku tak ingat apa benda yg aku kena buat. Chefdiva plak sampai la ni tak amik2 aku. Dia pun bz jugak, cuma yg bestnya dia tau dan ingat apa yg dia nak buat. Takpe... jom kita nyanyi2.. nak? Korang tau tak lagu yg pernah dinyanyikan oleh Noorkumalasari yang bertajuk Mata? Tau ke tak? Aiseh, kalau tak tau meh aku tampal lirik lagu tu eh..? tgk korang boleh ingat ke tak.. Mata memandang Mata memikat Matalah puncanya Mata menjeling Mata menggoda Matalah asalnya Dari mata ia datang Barulah ke hati Dari matalah oh sayang Mengasyikkan hati Oh mata memandangku Membuat ku tersipu Mata menggoncangkan hatiku Noorkumalasari - Mata OK, ingat tak lagu tu? Kalau sesapa yg ingat, bagus ler.. Skrg ni, cuba korang semua tukarkan perkataan 'mata' yang ada di sekitar lirik lagu tu kepada perkataan 'macha'. Contohnya, pada bait yg terakhir tu, akan menjadi cenggini.. Oh macha memandangku Membuatku tersipu Macha menggoncangkan hatiku Sesapa yg tak tau apa maksud macha tu, tipon aku eh.. huahuahua.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||