Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Thursday, February 24th, 2005

Subject:Komitmen. Tak semua orang cari
Time:1:32 pm.
Mood:mabuk.
Pagi tadi dlm perjalanan pegi keja dgn chefdiva, tah camna aku boleh terborak plak dengan dia pasal cerita komitmen. Er... sebelum aku meneruskan merapu kat blog nih, nak tanya korang sket.. agak2 ada tak satu perkataan asli bahasa melayu yang sama maksudnya dgn komitmen? Kalau setakat tuko ejaan je, takde la bleh dikatakan sbg pktn melayu asli... tak gitu? eheh.. ada ke?? Lopeh aku check kat dlm kamus omputeh melayu, trenslesyen yg diberikan ialah, 'persetujuan' atau 'penglibatan'. huh, cam kurang tepat la plak. Sbb bagi aku komitmen ni macam satu perkara yg dilakukan dgn melibatkan rasa tanggungjawab yang boleh tahan mengerikan jugak la. Kalau ada sesapa yg tak setuju dgn takrifan aku, sukati korang la, janji aku suka.

eheh.. habih merapu, sebenarnya apa yg kitorg borakkan pagi tadi seperti biasa adalah berkaitan dgn komitmen di antara dua manusia yg saling sayang menyayangi (huh, aku selalu fail taip pktn nih!!!) di antara satu sama lain. BUkannya komitmen manusia dg keja dan jugak dgn kereta.


Pikir2 balik, adakah komitmen yang dicari oleh pasangan lesbian? Selama dok bercinta dgn pompuan... adakah mmg nak commit dgn pompuan itu? Rasanya jawapan tu mmg terpulang pada individu la. Bagi aku, mmg aku nak komitmen. Tak kisah la org kata boring ke, tak playa' ke, lantak ler. Yang aku puashati, setiap hari aku akan diakhiri dengan bersama seorang perempuan yang aku bebetul sayang sepenuh hati.

Tapi itu lesbian ala2 domestik cam aku la. Camna plak dgn yg jenis adventurous? Sbb menurut kata chefdiva, mmg ada manusia yang jadi lesbian sebab taknak kommitmen. Iye la, dalam keadaan berpasangan senget cam aku, satu komitmen tu mmg tak boleh diukur maupun dihitamputihkan oleh surat nikah. Jadi mmg tak termaktub hak dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. So, bercinta tak bermaksud berlakunya pertukaran/perkongsian tanggungjawab hidup.

Kalau pasangan yg bercinta tu sesama taknak commit.. tak kisah la kot. Ini bayangkan la kalau sorang tu giler domestik (macam aku), dan pasangannya plak taknak komitmen. Camno tu? Agak2 boleh menjadi tak hubungan camtu? Sekali pandang mmg la macam tak boleh jalan. Tapi biasa la, kalau ada yg mengalah, yang tak OK pun bleh jadik OK.

Dan skrg ni aku dok terpikir... sebenarnya mana lagi ramai ek? Yang nak commit? Ataupun yang nak bercinta sampai sudah? huhuhu... fenin'. Apa2pun, apa pun objektif hubungan masing2, kita kena respek sesama sendiri. Tapi kalau ada pompuan yang rembat gf aku... tak koser la aku nak respek. re'sepak' boleh la kot (alahai, macam beraniiii!!) huahuahua..


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.