Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Wednesday, February 23rd, 2005 |
|
||||||
|
Huargh, semalam cuti. Seharian aku habiskan masa tido. Tak produktif langsung. Nak baca buku pun takbleh. Nak tgk cerita2 senget, lagi la tak boleh. Tapi sbb tido yg melampau2 tu jugak la membolehkan aku pi keja dgn normalnya harinih. eheh. OK, hari ni aku mau cerita pasal normal. Eh kejap.. agak2 aku pernah cerita pasal benda ni ke blum ek? takpe ah, nak cerita jugak. Inspirasi utk blog hari ni adalah satu ayat yg diucapkan oleh Fae Buckley kepada Bette Porter berkenaan carahidup lesbian Bette... "Your whole purpose is to make that lifestyle appears normal so that more people will want to try it." Hmmm... sebagai seorang lesbian, org yg cintakan kaum sejenis.. aku (dan sesapa yg lebih kurang cam aku) dikatakan oleh masyarakat umum sebagai tak normal. Sapa yg bagitau masyarakat umum yg homoseksualiti ni tak normal? Biasa la, ajaran agama, majoriti dan juga nilai2 murni perikemanusiaan. Skrg ni, aku nak cuba senaraikan kehidupan aku yang rasanya cam normal, tapi ada tempias2 tak normal. huh.. iyo la tuu.
Tapi rasa2nya kalau ditgk2 balik, benda yg tak normal dalam hidup aku ni cam satu je. Iaitu bercinta dgn kaum sejenis. Yang lain semuanya cam biasa. Makan, tido, berkumuh, berjoli, berkawan... macam org lain jugak. Takde la plak bila org tu dah jadik lesbian kepala tumbuh tanduk dan bercakap menggunakan bahasa asing.. iye tak? Jadi, adakah patut utk org lain mengatakan aku tak normal?? huhuhu Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||