Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, February 17th, 2005 |
|
||||||
|
Huh, kenyang sungguh harini. Pagi2 buta selepas mkn jem dgn byknya kat atas jalan, makan nasik lemak plak. Sat2 ni aku pi mkn nasik la plak. Aiseh, haruu... (nota kepada gf ku: er... syg, saya taknak mkn mlm ni leh tak? dah konyang..) Hah.. mlm smlm aku pi la mkn kat area2 yg dok jenjalan kaki je dgn gf aku. Sbbnya ialah dia malas nak bawak keta, dan kol 9 ada cerita CSI season baru kat cenel AXN. Kalau pi merewang jejauh, maunya tgh malam baru sampai umah. So, lepas makan tu aku yg masih tak kenyang2 ni pun ajak la merayau lagi sket utk carik mknn utk di nyam2. Maka sampai la kami ke satu kedai jual apam balik rangup. Apam balik ni dijual oleh sorang makcik yg aku nampak cam tgh mengandung gayanya. Sampai2 je aku kat kedai tu aku tgk ada dua org yg tgh tunggu. Sorang tu cam awek baru balik keja, sorg lagi tu plak acam awek indon-esia. Masing2 tu senyapppp je. Aku dgn chefdiva pelik jugak, diorg ni nak order ke taknak? Aku tgk ada la jugak berbelas2 apom yg dah siap. So, kitorg pun order la dgn hati yg berkata.."Apsal org lain ni taknak order plak?" Rupanya.. bukan org lain taknak order, awek yg baru balik keja tu la... sekali order apom balik rangup sampai 20 keping... gilo kuat mkn apom awek tu. eheh. Disebabkan oleh kerana ala2 ramai yg nak mengorder apom, makcik tukang jual tu pun panggil la anak dia yg tgh main kat blkg gerai. Makcik tu nak mintak anak dia tolong panggilkan sang bapa sbb nak mintak tolong. Iye la.. mmg aku tgk makcik tu mcm tak cukup tangan. Mana nak buat apom baru, nak angkat apom dah masak, nak bungkus apom lagi.. ish ish ish. Kesian. Pastu si anak pun berlari2 anak la pegi memanggil bapanya. Chefdiva perati je mana budak kecik tu pegi, pasal nak tgk, mana la laki makcik penjual apom tu. Sekali tu nampak bapaknya tgh ngobrol (borak2) bayekkk punya kat gerai sebelah. Bila anak tu sampai kat makcik penjual apom, dia pun bgtau kat mak yg sang bapa taknak dtg tolong, dgn alasan makcik tu boleh manage layan sensorang. Aku dgn chefdiva tersinga jugak sekejap bila mendengar jawapan camtu. Dia sesedap ngobrol, bini terpontang panting mencarik duit. Banyak chantek! Nnt bila ada duit lebih, dia jugak yg sedepss menjoli2 dgn duit bini tu. Hantu! Dah la bini awak tu mengandung. Tak guna je mengaku jadik org lelaki kalau takleh nak bantu ringankan beban isteri. Bukannya la bini tu mintak benda yg bukan2 seperti memecahkan rumah org kaya ke, hapa ke. Poyo! Heishhh... spesis lelaki yg camni la yg menyebabkan adanya spesis pompuan stret yg menukar arah jadik lesbian. Pasal tak suka dgn perangai diorg. Nasib ler. Tapi tak semua lelaki skrg ni camtu. Sbb masih ramai pasangan perempuan yg berkahwin dgn lelaki. Rasanya lelaki tu mmg baik la kot. Tu la kalau kawin. Nasib2 la dapat laki/bini yg best atau takbest langsung. Eleh aku ni pun, mengata org stret, ingat pasangan lesbian yg ala2 kawin ni pun panas sampai ke petang ke? Selalu jugak hujan di tghari, kengkadang sampai banjir lagi. Cuma psgn lesbian ni kalau lepas gaduh besar, takde la sampai termengandung cam kebanyakan psgn stret... eheh.. cam yo yo je aku ni. Dah la, kepada mana2 lelaki yg membaca blog aku ni, dan juga sesapa lah yg ada pasangan, tanpa mengira jantina korang, mari la kita sama2 berusaha meringankan beban pasangan masing2. Yea.. inilah salah satu drpd benda2 yg aku masih kena usahakan lagi... Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||
![]() cuba tgk baju Bette tu.. giler best kalau leh pakai baju camtu!! er.. tapi memula kena kuruih acam J.Beals dulu la kot. muahahah Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||