Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Tuesday, February 15th, 2005 |
|
||||||
|
Mak aih! Rasanya cam lamo gilo den tak apdet blog ni hah. Bz tak hengat la. Mlm tadi pun dah tengah malam baru dpt dinner. Mmg yg kengkononnya valentine's dating aku dan gf aku boleh la dikatakan takde. Cuma kitorg hanyalah bersama2 membongkangkan diri atas katil dgn mata yg terpejam. Aku tido sampai tak sedo dunia la jugak adanya. Dan begitu lama jugak lah aku dah tak menengok cerita the L word utk kesekian kalinya. Heh, mmg boleh dikatakan pantang ada masa je, aku musti bukak cerita tu. Hmm.. kalau sesapa yg dah tgk cerita tu, rasanya musti la ingat kat muka si Marina Ferrer yg 'soberry' seksi tuh. Dan akan ingat la jugak pasal tajuk buku 'Eros the Bittersweet' yg dikarang oleh Anne Carson. Buku tu sebenarnya mengandungi karangan pendek yang berkisar pasal zaman Greek purbakala punya cerita kehendak2, desire2, gitu. Tapi aku tak baca lagi buku nih. Heh, lom cari pun. OK la, dalam episod kedua terakhir The L Word Musim pertama ada Marina menerangkan pasal makna perkataan Eros, yg aku rasakan sungguh menarik.. Aku tertarik dgn frasa '... as soon as it is had, it is no longer wanted...'. Ini frasa yang boleh membuatkan aku tersengih. Ala.. dalam kata lainnya, frasa ni sama la macam.. "Indah khabar dr rupa" tapi rasanya perumpamaan tu lebih sesuai kalau digantikan dgn "Indah penantian dari realiti" Pernah tak ada satu masa tu, korang bebetul dan gila2 nakkan satu 'benda' tu. Mmg menyimpan perasaan dan memendam rasa lah, dan sanggup berkorban apa saja utk mendapatkan 'benda' tu. Tapi bila dah dapat... takde la best ke mana pun.. Pernah tak? Pernah? Anibodi? Antibodi? hehehee.. Ala, satu contoh yg paling selalu berlaku ialah di bulan Ramadhan. Selama sebulan org berposa (kepada sesapa yg posa la). Dan bila dah nak abih2 posa tu, ramai org yg kemain seronok lagi pi shopping, buat kuih raya, buat baju raya, beli tiket balik kg, tuko duit kecik dan mcm2 hal lagi la, semata2 sbb nak menyambut kedatangan raya. Tu tak termasuk lagi bersengkang mata di malam raya dgn memasak gondang2 dan mknn yg sewaktu dengannya.. Mmg dasat tidak terperi la persiapan menyambut raya. Tapi bila dah tiba hari raya? Pepagi tu, serapan gondang ketupat, mintak maaf dgn family, pi menziarah org yg hidup dan yg telah tiada, pastu balik umah... tgk rancangan rumah terbuka hari raya akademi fantasia. Time dah tua2 ni, aku rasakan kemeriahan menyambut kedatangan raya tu lagi seronok, bbdg di hari raya tu sendiri. Dan ramai la jugak di antara kita2 ni yg mlm raya pertama tu mengambil keputusan utk taknak lah sambut raya meriah2 utk tahun seterusnya... tak ke tu cam ala2 sesuai dgn perkataan, it is had.. it is no longer wanted. TU pasal raya... bebenda yg berkain dgn cinta terlarang ni pun ada jugak rasa yg macam, bila dah dapat... keluar bunyik 'eleh...' dr celah2 hati. Satgi aku tulis.. sbb entry ni pjg sgt, karang takut ada yg sekali pandang dah taknak baca.. bersambung ke entry di atas.. pi la baca... Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||
|
Ha.. ini sambungan pada entry yg kat bawah tu. Pi baca yg kat bawah tu dulu.. pipipi.. pikachu! Meh kita bercerita pasal cinta terlarang plak. Kalau sesapa yg regular baca blog my pren - uL, musti la boleh tau punya apa yg dimaksudkan dgn cinta terlarang. Kiranya aku dan ada di antara pembaca2 aku ni terjebak la jugak dalam kes cinta terlarang. Macam aku jadik geng cinta terlarang sesama jantina, ada jugak yg terlarang sbb berlainan agama/bangsa/mknn kegemaran, terlarang sbb ada pertalian darah pun ada jugak... dan ada jugak terlarang sbb bercinta dgn partner org lain. Tapi kengkadang ada yg lagi best, cinta tu jadik double terlarang. Ni aku sebenarnya nak mengaitkan cinta double terlarang ni la dgn frasa "Indah penantian dr realiti". Jap, korang paham tak apa yg aku maksudkan dgn cinta double terlarang nih? Sesapa yg tak paham, ataupun sesaja nak suruh aku memperabih masa menaip, meh la aku bgtau. Contoh cinta double terlarang ni yang paling senang ialah, pasangan lesbian yg ala2 dah steady gitu... tetiba salah sorang drpd partner ni terjatuh cinta dgn pompuan lain. Maka, itulah yg dikatakan cinta double terlarang. Terlarang 1 - cinta sama jantina Terlarang 2 - cinta dgn pasangan orang Ni aku bagi la contoh perkaitan cinta double terlarang ni dgn eros. Contohnya aku la.. (takpe bagi contoh aku, pasal gelpren aku cam ala2 kompom je aku takkan carik lain..), katalah ada satu masa tu aku cam ala2 terminat dan terrapat kat sorang pompuan yg konon katanya taste aku la, dan suka pompuan jugak. Kebetulan plak gelpren aku ni jauh di mata la plakk.. ish ish ish. Maka sbb selalu dok rapat dgn pompuan tu, aku pun terasa la ada ala2 cam nakkkkkkkkk sangat kat dia ni. (er.. perkataan nakkkkkk tu ikut definisi korang masing2 la ye). Dan dalam diri ni rasa nak yang terlampau dah jadik macam api dlm dada yang sesangat nak keluar tapi terhalang oleh komitmen aku dgn gf aku. Hidup dengan rasa menahan kehendak ni mmg terseksa. Dan kepala hotak selalu memikirkan yg giler2 babas indah la kalau dapat memiliki apa yg di nakkkkk kan itu. Makin lama api tu makin membesar, makin marak.. sampai takleh kontrol diri... Pastu camna ntah, apa yg aku nakkkkkk kan sangat tu, dah dapat. Masa dapat tu musti la rasa cambest. Buat bebenda yg terlarang, sambil nyorok2, mengkaber sini sana ni mmg la seronok. Mungkin seronok sbb adrenalin terlebih2 terkeluar. Adrenalin syiok, takut, gembira bercampur baur. Mmg la power air rebusan adrenalin tu!! Sekali tu, nak dijadikan cerita, aku dgn pompuan ni terkantoi la plak. Gf aku tau affair kitorg, dan gf aku mengambil keputusan utk meninggalkan aku. Kengkonon nak bagi aku bahagia la dgn pompuan tu, dan dlm masa yg sama, dia sure la bengkek sbb diduakan.. Selepas ditinggalkan gf, adakah aku akan gembira je bersama dgn pompuan affair tu? Adakah benda yg aku nakkkkk sesangat dr dia boleh jadik seseronok dulu? Adakah aku akan tetiba nak balik kat gf aku, dan meneruskan kehidupan dengan cinta double terlarang yg tak putus? Ntah... Ntah apa yg aku tu nak pun tak tau... Moral of the stori... benda yg terlarang, espacially yg double terlarang la, mmg thrillll sblm dapat. Bila dah dpt? Terpulang pada masing2 jugak la utk menghargainya. Cuma apa yg aku boleh kata kat sini, masa mmg boleh mengubah banyak benda.... --- DISCLAIMER: Contoh ni adalah hasil rapuan aku dan takde kaitan dgn kehidupan aku maupun org lain yg hidup atau mati. Segala kesamaan hanyalah kebetulan semata-mata. Harap Maklum. --- p/s: baby, i miss you... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||