Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, February 10th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni hari cuti Raya Cina kedua. Hari ni jugak aku melahu kat opis. Ada keja? Mmg la ada. Kalau takde, baik aku melahu tgk dvd je kat umah macam semalam. Selain dr dok cuba menghapal segala mala dialog cerita The L Word, aku dan gf aku skrg ni tgh dok mabuk tgk cerita Tipping the Velvet. Cerita apa ni? Meh aku story sket. Sblm tu, aku nak mengucapkan timacih bbnyk kat my pren uL, yang memberitahu aku pasal tajuk cerita nih. Seriously uL, sblm kau bgtau tu, aku tak tau kewujudan cerita tu. Dan nak dijadikan cerita, balik je dr JB haritu (aku pi JB??? huhuhu) aku dan chefdiva terus pi menerjah ke Times Square, dan terjumpa la plak cerita ni. Yek yek yeayy! Sebenarnya cerita Tipping the Velvet ni bukanlah movie, tapi macam mini series yg disiarkan oleh BBC dalam tiga episod. Ia adalah berdasarkan satu novel yang bertajuk sama, ditulis oleh Sarah Waters, seorang penulis yang lahir pada tahun 1966. Sapa nak tau pasal author nih, pi la ke website dia.. www.sarahwaters.com/ (comel je penulis dia nih). Sbb aku baru baca novel ni sampai Chapter 5, aku takleh la nak komen novel. So, aku ala2 bercerita pasal tv series je la ye. Ha.. sesapa yg rasa tak suka spoiler2 nih, toksah baca cerita aku ni ye. berenti kat sini. Siri ini berkisar pada tahun 1888 yang mana semua pompuannya berpakaian baju yg ala2 sarat barat tu. Meh aku bgtau pasal watak utama dalam cerita nih Nancy Astley (Nan) Dia ni watak utama dlm cerita ni yg tinggal bersama keluarganya di Whitstable. Mak bapak Nancy ni ada kedai tiram (oyster). Pasal tu jugak la dia dok menggelarkan diri dia sebagai gadis tiram (ha.. bukan gadis kilang ulu tiram yea.. ) tapi 'oyster girl' la senang cakap. Nan suka menyanyi dan suka sangat tgk persembahan teater. Dan dia ni jugak boleh la dikatakan senget pasal dia mmg tak pernah ada rasa syok terlebih kat Freddy, seorang mamat yg mmg rapat dgn Nan. Miss Kitty Butler Kitty ni kira cam artis teater yg membuat persembahan dgn meniru gaya lelaki. Apa omputeh kata.. male impersonator? Ha.. gitu la. Dia ni merupakan cinta pertama terulung Nan. Memula Nan cuma jadik tukang pakaikan baju utk Kitty ni je, tapi lelama Nan pun masuk dunia showbiz dan sesama dgn Kitty jadik male-impersonator. Tapi bila Kitty dok mengambil keputusan utk kawin dgn pengurus diorg, Nan pun patah hati dan membawa diri lari dr duni showbiz tu. Mrs. Diana Letheby Diana ni bini org kaya, yg jugak kaya. Dia ni dok kutip Nan dr tepi jalan selepas Nan patah hati dek perkahwinan Kitty. Kiranya lepas tu Nan jadik budak belaan si Diana ni la. Dapat pakai baju hensem2, pi parti glamer2, tapi hidup macam dalam kurungan la. Kena buat apa yg patut dan kureng patut utk Diana. Florence Banner (Flo) Dia ni merupakan org yg dok bagi Nan tpt utk tumpang tido selepas Nan dihalau keluar oleh Diana. Memula ingatkan Flo cuma nak kasi tumpang kejap je, tapi sbb Nan pandai menjaga rumah dan makan minum Flo, maka dia pun dibenarkan tinggal sesama kat umah tu, bersama2 dgn abg kandung Flo, dan sokrang baby bernama Cyril. Nan pun jadi la cam org gaji kat umah Flo. Tapi last2, org gaji jadik chenta hati la plak. Nan dan Flo hidup/tido bersama. Ala.. cam partner lesbian gituu! Tapi lepas Nan dok bahagia dgn Flo, tetiba muncul la pulak si Kitty ni balik, yg nak kat Nan semula. Kitty kata perkahwinan dia dah tak best. Nan pun cam kompius sbb Kitty la cinta pertama dia, tapi dlm masa yg sama, dia dah jatuh chenta dgn Flo. Masa ni aku dan gf aku yg menengok turut berdebor. Siapakah pilihan Nan. Flo, ataupun Kitty? Sapa? Korang kena carik sendiri la ending dia.. muahahahah. Kalau aku bgtau semua tak syiok la plak. Apa yg aku suka pasal cerita ni ialah paparan mengenai kehidupan lesbian/gay di zaman itu, yang aku rasakan macam sungguh jujur dan telus. Boleh la tgk yg pompuan2 berpakaian sungguh normal, tapi sungguh la kompiden dgn rasa cinta terhadap pompuan yg lain. Tang tu aku respek la. Dan jugak boleh nampak mainan org kaya2 ni bila tiba part2 love, lies and sex nih. Apa2pun, cerita ni sungguh la seronok di tgk, w/pun ada part sedih2 yg kena fwd dek gf aku. Kalau the L word tu kejujuran pasal lesbianism yg ditonjolkan dgn cara yg sungguh trendy, lesbianism cerita ni ditonjolkan dgn cara yg sungguh.. er... lembut dan menterkujatkan.. (kiranya korang boleh terpikir, 'Org dulu2 pun ada jugak cenggini ek?) camtu la.. ![]() Flo (kiri) dgn Nan. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||