Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, January 31st, 2005

Subject:Ayam dara elok utk kesihatan. Acamna nak tau ayam tu dara?
Time:1:15 pm.
Mood:mabuk2 ayam.
Hmmm.. selamat menyambut hari isnin eberibodi!! Tapi esok aku cuti lagi. yeak yeak yeaaaay! hehehe. Tu la cam rasa poyo je dtg keja hr ni. Baik cuti je terus. Lagi best. Ni ha, aku nak cerita sket pasal apa yg berlaku di hari2 yang lepas. Sepatutnya aku dah tulis haritu lagi, tapi pasal giler kemaruk dgn The L Word, hari ni la baru aku berjaya mencuri masa utk tulis benda ni.

Hari ni aku nak cerita pasal ayam dan juga dara. Topik ni sebenarnya terkeluar selepas aku dan dua tiga org opismate aku pi mkn tghari. Mkn ayam goreng. Maka terkeluarlah topik ayam:


akak programmer skema:
kalau badan selalu letih2, elok makan sup ayam dara.

awek cun+seksi
ayam dara tu ayam apa?

aku:
ayam yg belum pernah bertelur la kot.

awek cun+seksi
oohh... camna plak kalau ayam tu dah pernah, err.. 'buat' tapi belum sempat bertelur, dara jugak ke?

aku:
errr... ntah

akak programmer skema:
kira ayam dara jugak la tu...

awek cun+seksi
acamna nak cam ayam tu dara ke tidak? tgk kat tumit dia ke.. camna?

aku:
*gelak giler sbb dok membayangkan tumit ayam yg ntah ada tah tidak*

akak programmer skema:
kau ni pun... org2 kg dia boleh cam la

awek cun+seksi:
takde la, kot2 ada cara utk tgk ke.

akak programmer skema:
eh, mmg boleh cam la yg mana satu ayam dara. org dah biasa la

aku:
er... kiranya akak ni cam pakar ayam la ek?

akak programmer skema:
aku ni lama dok kampung, dulu2 tolong mak bela ayam.

aku:
er.. ayam daging yg kita makan ni kiranya ayam dara jugak la kot. sbb diorg dibela sampai gemuk, pastu jual, pastu kita makan. kan?


lepas aku tanya soklan tu, bebudak tu pandang kat aku cam pelik2. Aku tau la.. soklan aku berbelit, diorg tak paham. Ataupun mungkin dlm masa yg sama jugak, diorg dah malas nak layan budak tak byk cakap tapi pandai melalut cam aku nih. Satu lagi si awek cun tu, pandai la plak berborak2. Heish, nasib baik aku dah berpunya, kalau tak, mau ku masuk jarum tuh... erkk. @_@;;

OK.. skrg ni jom baca aku melalut pasal dara plak. Kata2 awek cun tu buat aku teringat kembali yg dedolu org ada kata, kalau nak tau pompuan tu dara ke tidak, kena tgk kat bhgn tumit. Org tetua kata, tumit anak dara ni kaler pink kemerahan gitu. Iye ke? Dari segi saintifiknya tak pernah plak aku yg cetek ilmu ni terjumpa apa2 pasal kaitan tumit dengan kedaraan. Tapi smlm dlm perjalanan yang panjang di dalam keta, aku berborak la dgn chefdiva pasal kes tumit2 nih... Menurut logik dia, pada zaman dedolu, (tok nenek kita tak kawin pun lagi), anak dara tidak melakukan byk kerja rumah. Maka kiranya tumit diorg takde la terdedah pada cahaya matahari dan tanah tanih. Kiranya tumit terjaga, dan kelihatan kekal merah. Sedangkan mak2 sibuk bekerja keras sehinggakan tumit pun jadik kematu. Itu teori chefdiva la. Teori aku plak.. takde. hehe.

Aku ni even sampai skrg ni masih lagi cam kompius2 dgn diri sendiri acamna nak mendetect anak dara. Ada yg kata anak dara badannya adalah ala2 pejal2 gitu. Hmmm.. ramai jugak mak org yg bada pejal2 lagi. Cam tak valid je tanda pengenalan tu. Rasanya byk lagi tanda pengenalan utk mengenalpasti kedaraan seseorang pompuan tu. Tapi pada aku, semua tu cam tak valid. Ramai jugak anak dara yang takde tetanda tu, dan juga sangat ramai bukan anak dara yg masih nampak cam.. er.. anak dara.

Huh, ini baru topik tetanda pengenalan anak dara, belum masuk topik apa sebenarnya dara tu. Tapi rasanya aku terlalu tak reti utk membincangkan topik tu. Sbb ia akan penuh dgn kekompiusan... huhuhu


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.