Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Friday, January 28th, 2005

Subject:Kemendaratan the L word di Malaysia. Cepat carik sebelum kena rampas dgn gomen.
Time:3:30 pm.
Heh... rasanya ramai jugak la pembaca blog aku dan blog kengkawan aku yg dah tau bahawa DVD utk siri TV The L Word sudah mendarat di Malaysia. Kiranya pendaratan DVD ini bukanlah berlaku di kawasan2 gelap yang letaknya di tah mana2 ceruk rantau. Tapi kiranya ia mendarat di kedai2 menjual DVD cetak rompak terkemuka di merata bandaraya. cheh ayat aku pun...

Hmmm.. di dalam kemeriahan dan keseronokan dapat menonton siri yg dinanti2kan oleh aku ni, masih ada juga yang kurang mengerti apa sebonaunya cerita ni. Pasal apa? Best sgt ke? heh. Sebenarnya kalau nak dikirakan, aku ni masih tak layak la utk memberikan pendapat lelebih pasal siri ni. Bukannya pasal apa, sbb aku masih lagi tak sempat nak tgk siri ni sampai habih. Tapi secara kasarnya ia melibatkan kehidupan lesbian2 dan para2 biseksual di Los Angeles.

OK la, kalau pun la ramai yg dah tau amende yg ada kat cerita tu, aku tak kira, aku nak jugak memberi sepandang dua pandangan ke atas watak2 yang ada kat cerita tu. Mau baca? Jom kita mulakan..

Bette Porter
Aku mula dgn watak Bette ni sebab aku sgt sukakan koleksi baju2 dia yang sungguh la cantik2. Sehingga membuatkan aku geram tak hengat, dan kalau lah aku mampu, mmg aku pakai baju2 camtu pi keja. Sungguh best baju Bette. OK, dalam cerita ni, Bette merupakan pengarah California Art Center (CAC) yang sungguh la terbz2 gitu dan sangat obses dgn benda yang berkait dgn artistik2 nih.

Tina Kennard
Tina merupakan seorang yang pernah bekerja sebagai tah apa tah, aku lupa. Tapi kiranya dia ni pernah menjadi seorang wanita berkarier la jugak. Tapi bila start je cerita The L Word, dia dah berenti keja. Sebabnya, dia nak menyediakan diri utk mengandung, atau omputeh kata, pregnant. Dan anak yang bakal lahir tu akan memiliki dua org ibu, iaitu, Tina dan jugak Bette. Senang kata, Tina ni partner Bette yang telah tujuh tahun bersama... cam indah je dunia diorg kan... yo yo laa..

Alice Pieszecki
Alice merupakan seorang journalist yang bekerja di LA Magazine. Dia ni seorang biseksual yang mencari kualiti yg sama pada lelaki maupun perempuan. Satu perkara yang aku suka kat Alice ini ialah perkataan2 yang keluar dari mulut dia, serta ekspresi muka dia sungguh la menggeletek hati aku ni ha. Mmg nampak cam kiut2 gitu.

Dana Fairbanks
Minah ni merupakan seorang pemain tennis professional yang cuba mengelak dari diketahui umum mengenai orientasinya yang senget. Oleh itu dia selalu berlagak stret walaupun minah ni sungguh lah gay tiada duanya. (hmmm... agaknya mmg ada org2 yg setegak mana pun lagaknya, masih kelihatan senget.. kan?) hehehe. Hah, Dana ada sekor kucing bernama Mr Piddles. Disebabkan tekanan taknak keluar dr gobok senget, Dana nampak cam sungguh uptight dan susahnyaaaa nak dpt gelpren.

Shane McCutcheon
Shane adalah merupakan seorang hair designer dan merupakan manusia paling cool giler babas dalam siri the L word ni. Dia berjaya membuatkan org2 lain menjadi sungguh uncool. Disebabkan ke'cool'an dia nih, mmg sedap la minah Shane bertukar2 awek setiap kali. Hai la... untungnya dapat jadik cam Shane. Semua org nak beb... hehe. (dapat berlakon jadik Shane je pun dah cukup best!)

Marina Ferrer
Marina merupakan tuanpunya cafe The Planet, tpt di mana kesemua watak2 yg kat atas tu melepak sambil mengushar awek dan mengumpat. Dia ni punya lah seksi mak tuan aih... Leher yang jinjang barat, hidung mancung, articulate, bijaksana, suara ala2 dalam2 gitu, dan bahagian belakang yang membolehkan insan yang lemah cair meleleh2 sehingga termasuk dalam longkang. huh, gitu la gamaknya.

Jenny Schecter
Jenny ni budak dari tah mana2 (tpt tak glamer la kot, aku dah lupa) yang datang ke LA untuk bersama dgn buiprennya yg tercinta. Buiprennya ni plak dok sebelah rumah dgn Bette dan Tina. Kiranya Jenny ni tetiba terdedah la kepada kehidupan lesbian di LA nun. Dan dia ni jugak dok la ada menjenguk2 ke The Planet dan terjumpa la dengan Marina.. ehem ehem

Tim Haspel
Mamat ni lelaki, tunang Jenny yang bekerja sebagai jurulatih renang kat universiti. Er.. tu je kot yg aku tau. ehehe.. Tak reti den nak komen lelebih.


Hah, rasanya tu je la maklumat yg aku tau setakat nih. Nak komen lelebih karang, takut jadik spoiler. Lg pun, aku tak tau byk. Cuma yg aku tau, cerita ni best, w/pun ada byk part aku dan gf aku (terutamanya dia la) yang jadik terlebih stress.. hmmm, kenapa lak nak stress kan? Kenapa nak stress yang? Oohh.. sayang? cheh! macam la gf aku leh dengo.

Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.