Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, January 20th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni 9 Zulhijjah. Esok hari raya korban. Kepada sesapa yang nak mengganti pose, toksah la. Sbb esok sampai hr ahad takleh pose. huhuhu.. Ni apa la plak kaitannya tetiba masuk hal pose nih. ish ish aku pun. Ha, sblm terlupa, aku nak ucapkan selamat hari raya dan amati lah apa pengorbanan yang telah kita lakukan di tahun ini. Pengorbanan yang boleh membawakan impak terhadap kebaikan ke atas diri sendiri, maupun org lain. Cepat pikir, pikir... heheh Aku mlm ni akan bergerak keluar dr KL. Nampaknya keta aku akan jadi salah satu keta yang menyumbang kepada kejeman jalan raya mlm ni. Tapi at least dlm keta aku ada 4 org, so takde la rasa bersalah sangat. Ni cecakap pasal jumlah org dalam keta nih, sebenarnya mmg hampir kesemua keta yang bersama2 dgn aku tersangkak dlm jem tetiap hari memiliki seorang sahaja manusia di dalamnya (termasuk la aku sendiri). Rasanya kalau la setiap keta penuh (ada 5 orgkat dlm tu), kita boleh mengurangkan kadar kesesakan lalulintas sehingga ke 80%.. er.. betul ke aku kira? blasah la. Tapi kalau la betul pengiraan aku tu, mmg giler banyak. Sah2 la kelumpo takkan mengalami kesesakan lalulintas. Ini tidak... lepas bebudak naik sekolah nih, setiap hari aku akan menghabiskan masa selama lebih drpd satu jam utk balik ke rumah dr opis setiap petang. stressnya toksah la nak kata. Sesampai je kat umah, mmg takleh pikir benda lain kecuali nak tido. Dan biasanya aku dan chefdiva akan tertido bergelimpangan di mana2 sahaja kat dlm bilik kitorg tu. Senang cerita, proses pemadaman diri kitorg biasanya akan berlaku pada bila2 masa, di mana sahaja. Sungguh poyo. Sekarang ni pun aku dah mula takleh nak ingat rancangan TV mana yg best. Makin lama makin pening. Rasanya cam nak je pindah dr umah yg kitorg duduk ni sekarang jugak. Nak pindah ke mana.. ntah la. Sbb biasanya perbincangan tu hanya akan menjadi rancak bila kitorg berdua tgh keletihan melayan jem. Tapi aku pun dok stress dgn jem, sendiri jugak jadik penyumbang utama kejeman. Lagi mau bising. Tahan je la... Kalau dah tak tahan nnt, aku belajo le menerbang2kan diri. Sonang sket. Huh, apa la, cerita pasal jem plak. Berbalik pasal kes raya, aku tahun ni akan beraya kat umah atuk aku yg nun di ceruk rantau. Maka takde la can nak gi beraya ke rumah ex gelpren.. (cheh! macam adaaa...). Nak amik cuti extra, cuti suda habis la plak. Musti la ada yg tertanya jugak, baru naik tahun baru cuti dah nak abis? hehe.. toksah pelik, itu lah kehidupan aku. Nenanti la plak aku cerita pasal aku dan cuti-cemutiku. muahahah.. Happy beraya guys!! Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||