Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, January 19th, 2005

Subject:Bila ada opismate boleh hidu bau2 orientasi aku. Cuak la jugak sekejap
Time:7:50 am.
Mood:sakit perut.
Hmmm.. semalam aku mmg tak sempat nak memblog. er.. sebenarnya mmg aku tak sempatkan diri utk menulis pun. Kalau tak pandai je aku mencurik masa. eheh. Ni setelah sekian lama aku tak bercerita pasal opismate aku, rasanya hari ni aku cam nak cerita la plak. Dan di antara pemangkin aku tulis pasal opismate ni ialah setelah mambaca blog uL semalam. ish, mmg la sungguh bagai apa yg aku rasa.

Anyway, alkisahnya kat opis aku ni ada la sokrang budak pompuan yang dtg sini utk praktikal saje. Dia ni selama ni aku gelarkan sebagaikan budak treneng comei. First time aku nampak dia kat opis ni adalah pada hari kedua aku masuk keja. Kiranya kitorg ni join kompeni ni pada masa yg lebih kurang sama la. Hari first tu aku nampak dia pakai kasut yg boleh la dikatakan seksi pada mata aku nih. Er.. maksudnya kasut pompuan yg bertali2 halus membelit ke seluruh kaki dgn byk ruang2 yang mendedahkan kulit. eheh.. lebih kurang camtu la.

Nak kata attracted, takde la sgt, tapi biasak la, aku ni kan suka tgk org cantik. Kalau nak selalu tgk org cantik, kena la selalu beramah mesra dgn dia. tak gitu? Aku yg muka tak tau malu ni pun dengan selamba la menyelambakan diri dan selalu dok gegatal layan dia ni borak. w/pun nerbes tetap nerbes... hehe. Dan hasilnya skrg ni aku mmg la boleh dikatakan rapat dgn budak ni. Kiranya aku berjaya la mengajak dia ni temankan aku mkn lepas balik keja utk beberapa kali. Dan aku pernah la jugak menjejakkan kaki budak ni ke rumah aku yg cam poyo tu. huh, mmg pelik.. acamna la aku boleh tergerak nak ajak opismate dtg umah. Haaa.. yg ni penting, chefdiva pun sudah la berkenalan dgn budak ni dan tahu la yg budak ni mmg ala2 rapat dgn aku. Kalau korang tetiba tergerak dlm hati bahawa ini scandal baru sekapal.. huhu, silap ler.

Sebab kenapa aku senang rapat dgn dia ialah sbb kami berdua ni suka jenjalan cari makan. Yang lebih penting sekali, suka pi cari mknn yg sedap. Maka kiranya aku ni dgn baik hati la dok melayan dia pi bawak makan benda tah pape tah di merata tpt. Ni pun byk lagi tempat yg belum dikunjungi. Dan di opis ni plak, kitorg mmg la boleh dikatakan takde kaitan dlm keja. Jadi kerapatan aku dgn dia ni rasanya telah dicurigai oleh salah sokrang opismate aku yg lain. Semalam mamat ni pun dgn hampehnya dok memberikan dentuman kepada aku. jeng jeng jeng...

designer jantina lelaki:
aku tgk engkau ni cam rapat jugak dgn budak treneng comei tu.

aku:
biasa je... *dan terus menyanyikan sebait lagu melayu yg dok ada nama budak treneng comei nih*

designer jantina lelaki:
ish kau ni. Ey sekapal, aku rasa kan, engkau ni kan..... er.. takde pape ah

aku:
amende? *sentap la jugak sekejap*

designer jantina lelaki:
takde pape ah.. takde takde.. *sambil sengih cam kerang busuk*

aku:
kalau takde pape ok le.. *malas nak layan, dan meneruskan surf website the L word*

designer jantina lelaki:
eh kau ni... cuba la tgk gambo2 org lelaki plak. *mengkomen setelah curi pandang PC aku*

aku:
ler... ni pesal la plak nih. ko ni pelik la *muka sudah bengkek sambil cuak*

designer jantina lelaki:
eheheh.. *sengih cam kerang busuk dan sambung buat keja*


Aku rasa mamat ni boleh bau yg aku ni sukakan pompuan. Ye la... sbb dia pun sukakan pompuan jugak. Kiranya kitorg ni byk persamaann la. Dia la jugak yg dok tanya pasal cincin tunang aku nih. Dan gf dia la jugak pompuan yg aku dok suka perati, yg berada dlm opis ini jugak.

Tapi sori la beb... w/pun aku still pepandang pompuan lagi.. I don't do dating anymore lah!

Monogamy isn't just hypothetical. Some people actually do practice it.




Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.