Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Friday, January 14th, 2005

Subject:Aku insan yang lemah. Cair bila dengar org merengek
Time:11:11 am.
Mood:lam alip pa wau ro.
Huargh... ngantuk. Almaklumler, hari jumaat... esok nak cuti, mood keja pun kok kiok la jugak. ehehe. Semalam aku takleh nak memblog. Takde la... bukannya sbb opis aku takde letrik, aku tgk w/pun building lain semua bergelap, kat kwsn opis aku ni je yg terang. Chefdiva pun takleh meneruskan urusannya dan sudah selamat melahu kat umah pukul 3 ptg tu. Akuuuu jugak kena keja cam besa. uik? apa melalut pasal letrik nih? heh, gasak la.

Ni hari ni aku nak cerita sket pasal salah satu kelemahan diri yang dah lama melekat dalam diri aku ni. hmmm... tak tau la aku pernah tulis ke tidak, tapi mmg la aku sungguh lomah kalau dengar sore org yg ala2 manjer dan sweet2 gitu dalam tipon. Mmg la lemah sampai ke tahap ketaq lutut dan lembik tulang. Ni kisahnya semalam la, ada sorang awek ni tipon kat opis, kengkononnya nak la cakap dgn sorang mamat kat opis ni. Lepas tu mamat ni plak takde. Sebab suara dia sungguh la mencengkam kalbuku, aku lak cam terpanggil utk melayan dia. Siap cam nak borak2 macam dah kenal lama la plak. Tapi belum sempat hati dan perasaan aku mengambil alih kepala hotak aku, seorang opismate aku menjeling ke arah aku, dan terus memutuskan hubungan hati dan otak yang dah terjalin, seterusnya aku pun cakap babai dan letak tipon. (huh, ayat tah pape tah...)

Ish, itu la masalah aku. Mmg aku cepat sgt cair bila dengar sore pompuan yg lemah lembut kat tipon. Ataupun dgn kata lainnya, aku mmg suka bergayut dgn sesapa yg bersuara er... best. Kengkadang kalau tak tau nak cakap apa pun, aku akan buat2 cerita supaya perbualan tu boleh berlarutan. Tapi perangai gayut lelebih ni dah lama aku kuburkan, sbb ia boleh mengoyakkan poket suar aku.

Sebenarnya dengan mendengar suara tu, bagi aku la, dah boleh meng imaginasi kan muka org yg kita tgh bercakap tu. W/pun kengkadang imaginasi tu tak selalu betul, tapi rasanya takpe la. At least kita boleh tersenyum sendiri dan membayangkan seseorang ikut sukati kita, disesuaikan dgn suara yg didengar. Aku mmg selalu bias dalam membayangkan muka berdasarkan suara. Sbb alkisah mmg ada satu suara yg pernah bermain2 di telinga, bermain2 difikiran dan dibenak aku sehinggakan sesiapa yang bersuara sebegitu aku bayangkan dgn wajah yang sama. Uh... ntahla, aku dah bengong agaknya.

Tapi walau apa pun, ada suara2 yg bila aku dengar je, hati aku leh jadik sejuk dan tenang, walaupun suara itu takde la manjer terlebih, tapi ada mitokondria yang boleh memberikan tenaga kepada diri yang lesu, ada adrenalin yang boleh menyebabkan rasa euforia, dan ada eno yang boleh melegakan perut. Itu la dia suara mak aku dan gf aku.

Kesimpulannya, ada suara2 yang boleh membuatkan lutut lemah dan cair, ada jugak suara yang boleh memberi impak kepada kehidupan. Terpulang kepada kita lah suara mana yang kita mahukan sepanjang hidup...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.