Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Wednesday, January 12th, 2005 |
|
||||||
|
Rasanya dulu aku pernah jugak la bercerita pasal cita2 kat blog aku ni. Dan aku pernah jugak (sebenonya selalu) bercerita pasal cerita2 realiti kat tv. Kan kan...? Korang setuju tak dgn aku? eheheh.. Kalau tak setuju takpe, pi belek balik entry aku yg lelama dgn cara mengklik pada perkataan 'Calendar' dan baca la entry lelama aku yg hampeh tu. Sekian timacih. Wassalam... Eh, belum habis lagi le.. meh baca lagi meh. Ha.. apa plak kaitannya cita2 dgn reality TV? Sungguh ketara kaitannya.. la ni, ramai org yg mencapai cita2 dgn bantuan reality TV. Terutamanya siri2 yang mengekslpoitasi bakat peserta2nya. Cam sesapa yg bercita2 nak jadik penyanyi boleh la pi join Idola Malaysiana, sesiapa yang bercita2 nak jadik a big coffee drinker boleh la join nescafe kick start.. erk, cam tak sesuai la plak. Ok la, apa2pun, aku secara tak malunya mmg la ada cita2 nak jadik glamer. Ini di kompomkan sendiri oleh gelpren aku. Korang nak mengata aku gile glamer pun kata la, aku tak kisah, mmg aku sado diri ini dan pasrah. muahaha.. Abeh tu, bila aku dok berbincang2 dgn chefdiva pasal memilih satu kerjaya yg glamer, dia pun ada la bagi aku beberapa cadangan. Antaranya ialah jadik DJ radio. Huh, tapi terus terang aku cakap yg aku cam kureng boleh la jadik DJ radio. Pasal suara aku ni ala2 budak lelaki belum akil baligh. Sesapa tak caya, meh sini tipon aku. Dengo dan kutuk la suara aku. At least kalau cam budak lelaki yg dah akil baligh tu kira macho la jugak kan. huhuhu... Satu lagi, kalau jadik DJ, aku kena membebel, aku ni mana la reti membebel, buat lawak bodo tau la. Pastu kalau jadik DJ kena la plak nyanyi lagu Bahu ke Bahu.. laaagi la haru! Selepas aku menolak kerjaya sebagai DJ (huh, tulis cam senangg je leh dapat keja tu.. poyo punya aku!), dia dok cadangkan aku jadik 'stand-up comedian' atau dalam bahasa melayunya pelawak berdiri. Ntah kenapa aku cam suka la plak dgn cadangan dia tu. Tapi sebelum tu kena la meningkatkan keberkesanan lawak aku sehingga ke tahap mencecah kayangan, baru la leh jadik camtu. Kalau laaaa ada pertandingan2 kat tv yg boleh terima org2 melawak ni cam Sinaran Passpot Kegemilangan, ataupun Bakat TV (yg ditayangkan di zaman aku belum lahir dulu), agaknya aku kena try jugak la kot. Mana la tau kot2 ada rezeki boleh la aku jadik pelawak berdiri kat malaysia nih. Eh, tapi ada lagi ke pertandingan2 camtu? Skrg ni balik2 menyanyi dgn dok posing jadik model ala2 gitu2. Kenapa agaknya takde lagi bebenda camni ek? chefdiva kata sbb lawak diorg tu bodo dan terjerit2. Macam la kalau aku buat lawak sambil berdiri nnt tak terjerit2 dan nampak bodo? yo yo la gf aku tu pun. Lepas buat lawak berdiri, ada can buat sitcom sendirik. Cam Seinfeld, Ray Romano dan jugak Ellen Degeneres. heheh.. menarik sungguh berangan2 di ptg hari ni. Tapi kalau di pikir2 balik, kan best kalau ada la di antara kengkawan baik aku yg membolehkan aku masuk showbiz, sure aku akan pikirkan sampai pecah2 kepala satu sitcom yang berkisar pasal org2 pompuan dan menyelitkan tanda2 pelangi di mana2 patut. Buat la mmg vague giler supaya pihak penapisan sitkom boleh terkabur bijik mata... Sebagai permulaannya, boleh kita buat satu siri mengenai dua org perempuan yang tinggal serumah, dan ada kengkawan lain pelbagai warna dan kerenah yang selalu dtg menempel ke umah mereka.... huahuahua... menarik utk dijadikan cerita tu... Amacam? Ada sesapa nak joinventure dgn aku. huhuhu... er.. kalau korang rasa entry aku ni cam terlebih2 berangan.. ampunkan je la ye. hehe, tak lama lagi nak raya, kena ceria selalu gituu! Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||