Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, January 11th, 2005

Subject:Meninggalkan tanda2 pelangi di sepanjang jalan. Moga ada yang mengenali
Time:3:44 pm.
Mood:gatal mata.
Berapa ramaikah sebenarnya perempuan yang cintakan perempuan kat Malaysia tercinta ni? hehehe...
Ntah, jawapan yang tepat tak dapat diberikan la kot. Tapi kalau jawapan seperti 'ramai la jugak' tu rasanya valid. Kengkadang aku suka wonder bila berjalan2 kat sekeliling kelumpo ni, agaknya sapa laaaa yang boleh dibuat 'geng' untuk berkongsi kisah2 cinta terlarang. Ada tu mmg dah sah-sah la menunjukkan gaya dan lagak seperti seorang perempuan yg berkapel dgn makwenya. Ada jugak yang kemain canggih lagi pegang tangan tapi dedua tu nampak cam bespren je, pasal dedua feminin. Ada jugak yg jalan berdua cam org lain tapi sebenarnya berkapel tak hengat.

Lagi satu, istilah perempuan yang sukakan perempuan ni sebenarnya meluas. Ada tu suka perempuan dan jugak lelaki. Kira cam "I look for the same qualities in a man, as i am in a woman" la kot. Dan ada satu buku yg pernah aku terjeling, sebenarnya ramai perempuan yang pernah terjebak dalam kes 'bersama' dgn perempuan lain, tapi hanya segelintir sahaja yang eksklusif mencintai perempuan. Hmmm... sebahagian besar lagi pi mana? Tu rasanya adalah golongan yang mengalami pengalaman 'bersama' yang hanya tinggal pengalaman... Bila dah makin dewasa, masing2 tau memilih apa yang dikehendaki dalam hidup. Ada jugak yang nyorok dan tak mengaku. Samada tak mengaku dgn cara menipu diri sendiri, maupun tak mengaku dan menipu org yg buat kajiselidik tu. huhu.. tak kisah la.

Mmg dalam ramai2 pun golongan yang taknak mengaku, ramai jugak yang dying untuk meletakkan tanda2 pelangi di mana2 mereka pergi, dengan harapan ada lah sesapa yang boleh paham. Cara meletakkan tanda2 pelangi ni ada banyak cara. Satu cara ialah dengan memakai baju kaler pelangi. er, boleh ke acamtu. Tak kisah la..

Muahaha.. kat atas tu hanyalah sekadar intro tah pape tah yang kengkononnya nak kasik link kepada objektif sebenar pemblogan harini. (Tapi cam tak jadik la plak...) ok la.. sebenarnya objektif utama aku menulis harini ialah untuk melihat satu benda yang menimbulkan mentol kaler pelangi kat kepala aku. Meh kita tgk ni. Kat bawah ni aku tampal semula sebahagian daripada satu sisipan yang aku terbaca kat sokkabo. Benda ni sebenarnya adalah review album yang baru keluar kat pasaran... meh kita tgk sesama.

....Memuatkan 20 buah lagu kesemuanya, album ini menampilkan lagu daripada penyanyi popular seperti Naughty Girl (Beyonce), So Yesterday (Hillary Duff), Something Beautiful (Robbie Williams), Everytime (Britney Spears), Beautiful (Christina Aguilera) dan I'm Glad (J Lo).
Selain itu turut memeriahkan album ini ialah duo berkumpulan T.A.T.U dengan lagu mereka Not Gonna Get Us. Selepas mencatatkan kejayaan yang membanggakan dengan single All The Things She Said, kumpulan duo itu tampil dengan single kedua yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Not Gonna Get Us. Jika All the Things She Said mengisahkan tentang kisah cinta, Not Gonna Get Us turut menceritakan kisah cerita luhur dan bagaimana mereka memencilkan diri dari dunia di sekeliling mereka.
Selain lagi tersebut lagu-lagu popular seperti Like I Love You (Justin Timberlake), Shut Up (The Black Eyed Peas), Slow (Kylie Minogue) dan Miss Independent nyanyian juara Americam Idol yang pertama, Kelly Clarkson turut dimuatkan dalam album ini.....


Tak tau la apa pendapat korang baca bendalah ni, tapi personally aku cam rasa 'aik??' la jugak bila membaca tentang SATU artis berkumpulan yg menerima komen berlebih2 adanya... 'cinta luhur' lagi tu.. chewah!! Tabik sama ini worang... toing toing!


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.