Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, January 10th, 2005 |
|
||||||
|
Mmg sebenonya dah lama aku tak merayau2 keliling kelumpo dan selangor time cuti hujung minggu. Tapi hujung minggu ni boleh la dikatakan aku lenguh2 bijik mata la jugak membaca papan tanda. Meh la aku cerita sket, hujung minggu ni aku dan chefdiva pi la jenjalan sampai je arah cyberjaya nun. Entah apa yg kitorg cari, aku pun tak tau. Cuma yang pentingnya, kami meluaskan pandangan dan membelit2kan tangan dok memutar stering keta. Selepas dapat tgk serba sedikit tempat yg dikatakan IT city tu, kitorg pun pergi la ke satu kompleks membeli blah yang baru dibuka kat Putrajaya iaitu Alamanda. Ntah ler, sbb pegi tu time bajet utk berjoli betul2 tgh takde, aku main pusing2 je tgk pameran komputer, tgk kedai2 dan masuk ke dlm kafu. Secara keseluruhannya tpt tu cam best la jugak sbb tersusun kemas (pasal belum byk kedai), surau yg boleh tahan beso dan parking free. Selain drpd tu, semuanya sama cam tetempat lain jugak. Dan baru la aku tau, ramai jugak rupanya org yg dok kat Putrajaya ni ek? Lepas tu sbb dah petang baru balik dan tak sempat nak lunch, kitorg pun sesama la balik dan masak kat umah. Dgn bakat memasak yang sungguh terhad, keja aku tolong potong2 je la. Tu cerita hari Sabtu, hari Ahad plak, kengkononnya taknak la pi memana. Nak dok umah dan pulun tgk tv je. Tapi sementelah kami menonton DVD cerita senget, tetiba rasa tergerak la plak nak pi mencari cerita2 yg lebih best bagi menambah koleksi cerita senget kami. Jadi kitorg pun dengan tak sabarnya terus la pi menerkam ke pusat DVD termurah (yg aku tau la) yang ada menyediakan cerita2 camtu (kalau pandai cari). Kat mana tpt tu? Mana lagi kalau bukan shopping kompleks yg terbesar dan ala2 baru dibukak dan ada tpt dok main lola-tosta. Sesampai kat sana aku tgk dvd diorg jual 3 keping RM10. Biar betul!!? Tapi pencarian kami ala2 hampeh sbb byk cerita yg ada tu aku dah ada. Masa ni la jugak baru nak nampak dgn terpampangnya cerita If These Walls Could Talk 2, yg aku dah ada dua tahun lepas. Tapi selepas mencari dan mencari dan membelek lagi dan lagi, hampeh. Takde pun cerita yg ala2 menyengat. Lepas pi ke tpt DVD haven tuh, kami berdua pun seperti biasa nak pi carik makan. Dgn ketererran chefdiva merayau di KL/Selangor, sampai la kitorg ke taman maluri dan beli la apa2 yg patut utk dimasak kat umah. haha... bajet tgh ciput ni kena la selalu dok mkn kat umah je. Mkn luar hari2 boleh bengkrap jadinya. Nasib baik laaaa, aku ada gelpren yg pandai memasak, dan aku pun dah tau masak. Malam tu pulak, satu lagi kejadian hampeh berlaku. Aku dgn dia pi la meronda2 carik buku2 cerita kat Pay Less Bookstore. Ni semua gara2 haritu dapat beli buku fiction hardcover yg ala2 sedikit menarik perhatian dgn harga 3 buah buku RM10. Ni kengkonon nak cari lagi la nih. Tapi nampaknya semua tu tinggal la baki2 sahaja. Kitorg pun membelek la longgokan buku yang berikutnya. Yg ni plak paperback fiction jaman dedolu yg dijual dgn harga RM15 utk tiga buah buku. Dgn bangganya aku menggo-through lebih kurang 12 deret buku yg disusun. Dan dgn bangang dan sakit hatinya aku terjumpa dua buah buku yg aku pernah beli pada harga RM50++ sebijik. Dua bijik buku hampeh tu ialah Curious Wine dgn Daughters of the Coral Dawn, hasil tulisan Katherine V Forrest. Dan ada jugak sebijik buku lagi ya aku rasa classic gitu iaitu, Desert of the Heart. Nak beli sebijik buku je takbleh la plak. Nak tambah lagi dua buku lain, cam takde yg menarik la plak. Jadik sebelum hati menjadi lebih sakit, aku pun berambush keluar dr kedai tu. Ha.. sesapa yg nak beli tetiga bijik buku tu, boleh la pi kat Pay Less Bookstore, Ampang Point. Pepandai la cari. Cerita curious wine tu mmg giler giler best... kiranya leh sampai tahap sambil membaca sambil berangan la.. ehehehe... Setakat itu sahaja liputan buku dan dvd senget utk hari ini. Sesapa yg ada bajet tu, pi beli cepat sebelum kehabisanullazi.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||