Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Thursday, January 6th, 2005

Subject:Bagitau kalau nak buat apa2. Perlu ke?
Time:5:38 pm.
Mood:kenyang.
Huiyoh, semalam tak update blog gituu. eheheh. Sebenonya semalam lesen internet aku mati, hari ni baru leh renew. Menyampah betul, ada ke kena renew sebulan sekali.. Pinsan den.

Hah, harini aku sesaja nak cerita pasal org yg berchenta2 nih. Ramai la jugak pasangan yang berchenta ni selalu laaa nak main mintak2 izin dan mintak2 lain2 dgn pasangan masing2. Contoh permintaan2 yang boleh la dikatakan biasa didengar adalah seperti berikut:

  • Yaaaangggg, i nak kaler rambut leh tak? Kaler burgundy chantekk yang..
  • Seluar ni dah longgar la, i pakai dah tak seksi. Jom pi beli seluar baru. MNG tgh sale nih
  • Harini i nak kuar dgn opismate pi main bowling boleh ye? I janji tak gatal.
  • i ni kan... cam mengidam charkueytiau kg baru la.
  • Lepas contact lens ni expired, i nak tuko yg kaler ijau plak eh. Sama cam kaler keta u.
  • U ni outstation lama sangat la. So, hari ni i nak kuar dgn kengkawan i pi cucuk langit tau..
  • I nak pierce kat telinga lagi tiga, kat pusat satu, dgn kat idung lagi satu. Boleh kan? U leh tolong belikan i subang
  • Hari ni kawan saya dr kg datang. Saya nak kuar dgn dia, awak tunggu rumah. Boleh kan?
  • Kitorg ada racing rerempit kat jalan Ampang harini. U tido je la kat umah. Tunggu I balik.
  • Mlm ni saya ada kelas marketing kat Melaka. Tau?!


Itu antara contoh2 yang ada la. Sebenarnya ada banyak lagi. Dan tak termasuk kes yang mintak izin selepas satu perkara tu dibuat. Contohnya cam... "Yang, tadi i jumpa awek yang haritu kita terserempak kat KLCC tu. U izinkan kan?" haha... ini namanya takut nak berterus terang sbb takut kena marah, sampai berani berbohong. Er... bukan bohong la, lambat bgtau je. hehehe. Aku ni bukannya nak mengata org, mengata diri sendiri sebenarnya tu.

Tgk balik, kenapa la plak nak mintak izin dgn pasangan masing2 ni? Suka2 nak merepot ke? Ataupun ada pasangan yg selalu berlagak macam polis? Mungkin bukan izin yang dipinta. Sbb kengkadang kalau tak izinkan pun, kalau dah mmg nak jugak buat, bukannya boleh dilarang. Tapi bebenda ni hanyalah sekadar pemberitahuan ataupun memo kepada pasangan masing2. So nnt kalau jumpa tetiba rambut dah kaler burgundy, takde la terkujat beruk mat yeh plak. Dan bab2 memberitahu ni menunjukkan ada la kerjasama dalam mencapai satu keputusan, takde la nak main boh je. Blkg, pasangan kita pun sakit hati, naik angin, sampai mentsunamikan perhubungan (eh, tsunami mana la ada angin.. ish ish). Lagi satu bila kita nak pi mana2, kena la bgtau kan. Karang kalau jadik apa2, at least org yg kononnya tersayang tu leh la tau di mana kita berada, dan mencari kita.. (kalau dia nak cari la..).

Ada jugak jenis yg tak suka bgtau mana nak pi, dan apa bebenda yg nak dibuat dgn alasan.... takkan la semua benda yg dibuat perlu diberitahu. Kalau camtu buang air besar pun nak bgtau jugak ke? hmmm.. mmg ada org macam ni, dan pasangannya kena la paham jugak kan. Percaya je la yg pasangan kita tu sebenarnya pandai jaga diri dan perlukan privacy. Tapi percaya lelebih pun kengkadang memakan diri.. arghhh kompius kompius. Nak caya ke... tak caya? Nak jeles, atau tak jeles? Nak tinggalkan, atau nak bertahan sambil memakan hati dan peparu? Uik.. cam lari topik nih. Baik la aku berenti sebelum topik berlari. Boleh gitu?

Apa2pun, bottom line, tolonglah hormati pasangan anda. Tak kira la samada dia lebih muda, lebih bijak, lebih berpengalaman, ataupun sebaliknya.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.