Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Tuesday, January 4th, 2005 |
|
||||||
|
Aku ni kiranya baru la berumur muda2 jagung lagi dalam dunia blog memblog nih. Baru berapa sen sgt la pengalaman aku kalau nak dihargakan. Tapi setelah dok seronok terlibat dalam bab tulis menulis nih, aku jadik ala2 ketagih dan cam takleh nak berenti. Selain dr menulis blog, satu lagi ketagihan aku ialah membaca blog org lain. Kengkadang sampai bertalu2 aku bukak blog org lain dalam masa satu hari semata2 sbb org tu lambat update. Kenapa boleh jadik camni? Rasanya semuanya adalah disebabkan keseronokan memasuki kehidupan org lain. Atau bahasa kasarnya, menjaga tepi kain org. Tapi takde la maksud aku kalau aku jadik pembaca blog aku nak masuk dan menggeledah kehidupan si penulis tu. Cukup sekadar nak tau dan senyum sesama. Tapi kalau nak kata aku suka baca sbb suka nak tau rahsia org, itu sudah tipu. Sbb apa yg tertulis kat blog sebenarnya bukan rahsia lagi. Ada jugak bloggers yang suka membuat ulasan dan review pasal kesemua apa2 berita panas yang berlaku di tempat diorg. Dari tsunami saaaaaampai la ke banjir dlm longkang blkg umah. Dari artis Akademi Fantasia sehinggalah ke anak sedara diorg yg bercita2 nak jadik pengkritik AF. Sebenarnya apa jugak pun cerita yang disampaikan dari blog, kriteria utama yg aku pilih utk blog feveret aku ialah style penulisan. Aku suka org yg boleh membuatkan aku tersengih2 depan PC. Kira cam style penulisan yang mencuit hati gitu. Tapi tu aku la... preference aku, org lain mungkin suka yg sedih2 dan jiwang2. Sukati korang la kan OK, itu kenapa aku suka baca blog. Kenapa aku suka tulis blog? Sebab yang utama ialah nak ada tempat utk melontarkan apa yg dirasakan tak larat utk disimpan di dalam kepala dan hati. Benda yg tak larat disimpan tu adalah seperti nak mengumpat opismate, satu lawak baru, gossip2 liar, resipi makanan yg best dan macam2 lagi lah. Di samping itu melalui blog ni jugak la aku boleh berkenal2an dgn para pembaca blog aku. Ini je la caranya aku nak bersosial, sbb aku ni jenis org yg tak reti berbual dgn org asing (stranger). hmmm... Tapi ada la jugak insiden2 dalam hidup aku yg membuatkan aku tertanya sendiri... Adakah aku terlalu mendedahkan apa yg berlaku dalam hidup aku melalui blog ni? Aku tak takut ke kalau kehidupan aku boleh di interrogate oleh org luar? Argh... itu jawapannya, kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai (huh, ombak2 ni sensitip nih), kalau takut org tau, baik takyah tulis blog. Ala.. penulis blog ni pun pandai jugak, ada gak bebenda yg dirahsiakan, yg taknak org interrogate, takde la ditulis, kan? Sama la cam aku, kalau gf aku kata, jgn ler tulis... aku akan akur. Agaknya kalau lah takde lembaga penapisan blog cam dia, harus pelbagai cerita yg dah terbukak. hehe.. sabo je la Ish, apa aku melalut nih.. Kesimpulan ceritanya, aku takkan berenti tulis blog utk tahun ni. Belum lagi. Tapi takde la sampai blog ni jadik darah daging aku. Darah aku merah, daging aku otot. Selamat memblog. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||