Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Wednesday, December 29th, 2004 |
|
||||||
|
Cuaca di kelumpo hari ni tidak begitu cerah. Jam henpon aku berbunyik kol 6.30 pagi waktu malaysia. Seperti biasa aku akan 'snooze' dia sampai la aku bersedia utk kuar dr gebo (selimut). Hari ni puas aku snooze jam tu berkali2, tapi hari masih kelihatan gelap. Di dalam keadaan mamai2 tu, biasa la, kalau hari gelap, otak kata.. boleh tido lagi. Last2 aku bangun la jugak kol 7.15 pagi tu dlm keadaan kepelikan sbb hari masih lagi ala2 gelap. Sampai kat opis pun, parking byk lagi yg kosong. Sah la ramai yg mengalami masalah disorientation yg sama cam aku. Ingatkan nak ujan, tapi sampai la ni keadaan masih mendung, tak ujan2 lagi. Ok la, abis la pasal cuaca hari ni yg aku tak reti nak ramal, mari kita bercerita pasal.. er.. aku. ehehe. Ntah kenapa skrg ni makin ramai la bebudak opis ni yg sibuk nak tahu status perkahwinan aku. Nak tahu hal peribadi aku. Rimas pun ada jugak. Tapi rasa seronok mengenakan diorg pun ada jugak. ehehe.. Semalam kena lagi sekali. Designer jantina lelaki: sekapal... sebenonya kau ni dah kawin ke belum? *tanya dgn muka serius* aku: hah?! Kenapa kau ckp camtu? *muka cuak giler takut rahsia pecah* Designer jantina lelaki: ntah, kau macam org dah kawin la. aku: manala aku ada suami..*muka masih cuak* Designer jantina lelaki: abis tu cincin yang kau pakai tu. Cam cincin kawin je aku: laaa... cincin ni ke? kau ni pun.. manala tau kot2 nenek aku bagi ke cincin nih *legaaaaa* Designer jantina lelaki: Iye ke nenek kau bagi? *masih tak puas hati* Designer jantina pompuan: ala, biasa la org pompuan pakai cincin. Aksesori la.. *yeay, ada org backing aku* aku: yea.. yea... betul. *blah takut kena interrogate lagi* Setakat ni mmg dah beberapa org yg dok tanya pasal cincin aku. Tapi masih berjuta2 org yg tak tanya, so.. no biggie la. Blasah la.. Mungkin agaknya cincin ni ada bawak aura kawin2 kot. Maka boleh menjemput org utk bertanya. Huish.. cincin ada aura?! Takut la plak! Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||