Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, December 24th, 2004 |
|
||||||
|
Harini hari jumaat. Esok sabtu. Yeay! Cuti. Boleh bangun lewat. Huhu.. sebenonya harini pun aku bangun lewat. Tapi takde la lewat sampai jatuh katil. Yg jatuh katil tu kes lewat banget tu. Lagipun bila tido sensorang, badan lebih mengempit ke bhgn luar katil. Kalau tido berdua, dia akan mengempit ke bahagian yang bertentangan. ehehe.. hai la.. bila la aku leh dapat tido berdua semula. Rasanya cam senget sebelah dah katil aku tu. Dah lah aku ni budak ngumuk. Nasib ko le katil.... Hah, disamping esok hari sabtu yang cuti, esok juga merupakan hari kurissumassu atau omputeh kata hari natal. Ler.. patut la jalan tak jem. Rupanya org dah balik kampung. cheh org malaysia, sungguh banyak cuti. Aku nak balik kg.. mak aku balik kg mak dia. Nak balik kg gelpren aku plak... takbleh. eheh, sebenonya aku yg byk keroje nih. Semua benda nak disiapkan sebelum tahun baru. Wargh... letih. Tapi dalam pada tu sempat jugak berYM sepagi2 tadi. eheheh... apo la nak jadik kat aku nih. Hah, alang2 esok cuti, apa projek korang semua? Sebenonya dlm bbnyk raya, raya krismas la yg aku paling suka sekali. Bukan sebab aku selebret lerr... tapi ada la sebab2 seperti berikut 1. CUTI!!! boleh bangun lewat 2. Rancangan TV besh2 3. Takyah pi beraya, so boleh tgk tv 4. Takyah pi keja, boleh tgk tv 5. Takde sapa dtg beraya, boleh kunci pintu Tapi tu adalah apabila dok sensorang kat umah. Cuba kalau ada gelpren, plan cuti hari natal bleh bertukar seperti berikut: 1. Bgn pagi nak pi sarapan lontong kat Kg Baru 2. Pi paso coket beli brg utk masak 3. Balik umah masak2 dan mkn tghari 4. Pi kuar dating sambil mengushar aweks kat KLCC 5. Balik dating, masuk bilik, tido Hmmm.. tgk2 balik aku ni hanya akan tgk tv bila gelpren aku takde je la kot. HUish... ada ke cenggitu. Iyo la, dah gelpren den kureng gemo tgk tv, tak syiok jugak melahu sensorang dpn tv tu. Tapi seriously aku tulis la, kalau gelpren aku ada, boleh kata seluruh masa aku akan dicurahkan ke dia. Aku jadik tak pandai membaca, tak pandai menulis, dan tak reti mengomen... Hmmm, membosankan jugak camtu. OK la.. azam tahun baru 2005, aku nak menulis, membaca dan mengomen walaupun dgn kehadiran dia. hehehe.. nampak sgt aku ni manjer kededek bebeno dgn dia. Ini aku nak berpesan, manja2 sesangat dgn gelpren tu tak baik jugak. Kena ada sedikit life sendiri. At least kalau terjatuh takde la bedebuk kuat sgt. Sikit2 tu, masih boleh tahan lagi. ^_^ Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||