Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Thursday, December 23rd, 2004

Subject:Cerita opis lagi? Ko biar betul sekapal?!
Time:4:46 pm.
Mood:brrr brrtttt.
huhuhu... sure korang bengkek dok menengok tajuk blog aku harini. Agaknya aku ni mmg dah giler obses dgn opis dan opismate aku la. Sampai tiga hari berturut2 blog aku cerita pasal opis. Buatnya ada di antara korang yg leh detect opis aku, naya. hahaha..Hah, ini aku mau cerita la pasal opismate lagi. Bukan shj di opis yg ini malahan juga di opis yg itu. huh? Maksud aku opis yg lelain yg aku pernah join la.

Aku peratikan kengkadang diorg ni dgn selamber je buat2 lawak pasal gay dan lesbian macamlah bebenda tu jarang2 sekali berlaku dekat Malaysia nih. Baru sat2 ni aku dok ternampak la yg dua org mamat ni yg mmg sepandangan mata aku macam stret, tgh dok berbincang. Pastu dtg la plak sorang lagi budak pompuan siap bgtau kat aku.."ha.. kau jgn tak tau, diorg berdua ni gay."
Aku hanya leh gelak je la dgn kata2 budak tu. Pastu bebudak lelaki yg dikata ni pun cam malas2 nak layan dan siap melebih2 lagi adanya. huhu... Tu satu cerita la, ada lagi berkali2 gak diorg ala2 dlm gurau mengaku/mengata org lain dgn menggunakan perkataan gay dan lesbian.

Pernah jugak dulu masa aku dok keja ala2 part time kat sebuah sepital yg dikelilingi oleh bebudak pompuan, pun lebih kurang sama jugak. Bebudak ni kengkadang dgn bangganya dok mengata yg masing2 adalah lesbian. Tapi kita tau la dr gaya percakapan diorg yg sebenonya mereka ni adalah stret. Mana la ada lesbian2 ni.

Semua tu berlaku depan mata aku. Dan aku yg dok dalam almari ni cuma mampu gelak je la kat lawak2 diorg tu. Selalu jugak la aku sentap bila mendengar ayat2 tu diucapkan. Mana taknya, diorg sesenang gurau2 pasal being lesbian. Kengkadang aku rasa diorg ni terlalu naive dlm kes2 homoseksual. Rasanya diorg sure ingat lesbian/gay tu mestilah macam transgender yang hanya ada beberapa kerat je kat Malaysia nih. Diorg ni mmg dah lupa (ataupun tak tau langsung) dengan kewujudan manusia yg tidak menyerupai jantina lain, tetapi menyintai jantina sendiri. (huh.. ayat aku berbelit..)

Cubalah bayangkan kalau dalam diorg gurau2 tu, aku dengan selambanya mengaku bahawa aku ni mmg lesbian pun dan tinggal serumah dgn seorang perempuan yg aku gelarkan kekasih dan pasangan hidup. Mungkin ada yg ternganga kejap. Mungkin jugak ada yg langsung terus takut dgn aku. Mungkin jugak ada yg lebih mesra dgn aku. heheh...Raasanya la, kalau diorg tau berapa ramainya org yg nampak stret tetapi senget, mesti diorg tak berani nak wat main2 sgt dgn pktn gay/lesbian tu sbb takut boleh membuatkan the real gay/lesbian terasa. Agaknya la.

Tapi kengkadang aku terpikir gak yang mungkin aku pun ada prasangka terhadap org stret. Sebenarnya betul ke diorg takleh terima org senget cam aku? Betul ke diorg akan takut? Setakat ni aku ada ramai jugak kengkawan stret yg boleh terima dgn mudah, tak adilkah aku kalau dok pikir begini terhadap diorg? Adakah sebenarnya diorg yg takleh terima aku, atau aku yg takleh terima diorg? huaaa... main soal2 ni boleh jadik kompius dibuatnya. Satu cara utk mengelakkan kekompiusan ini ialah dengan berterus terang. Cuma keberanian nak berterus terang tu ada payah sket nak keluar la.

Apa2pun, dunia akan jadi lebih bahagia kalau semua manusia boleh terima manusia lain seadanya... World Peace! (huhuhu... acam calon Miss USA la plak..)


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.