Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, December 20th, 2004 |
|
||||||
|
Huh... Kemain letih lagi aku hujung minggu ni. Majlis pertunangan adik chefdiva alhamdulillah berjalan dgn lancar la. Ye la, takde la plak kes gaduh2 atau bunuh membunuh dlm majlis tu, kira lancar la tu kan.. heheheh. Aku pun boleh la ala2 buat2 sibuk dan menyebuk dalam majlis tu. Gelpren aku plak mmg la bz tak hengat. Tapi sempat la jugak dia melayan aku berborak sikit2. Jadi lah kot. Penat sbb majlis tu satu hal la, satu hal lagi aku penat memandu sokran diri berulang alik KL-Melaka-BP. Haiyohhh... letih gilos. Pastu rasa diri cam bengong2 je sbb takleh bercakap. Bercakap sensorang boleh la. Tapi karang terasa diri psiko la plak. Ish, kompius, kompius... Tapi kes bercakap sensorang tu mmg la aku buat, contohnya seperti dok marah kat keta depan, marah kat lori, mengutuk segala mala kenderaan sana sini. Kengkadang nak gak rasa kuar dr keta dan dok marah depan2, tapi tu keja bengong la, membazirkan masa aku je nnt. Dahtu kepala aku menerawang jugak, nak jugak carik jalan camna nak menyampaikan isi hati kepada pemandu lain yg membengkekkan hati. Maka aku pun terpikir la satu cara, iaitu, menggunakan sepanduk. Er.. korang ni tau ke amende sepanduk tu? Alahai, sesapa yg tak tau, sepanduk tu acam ala2 poster yg org dok lekat kat kayu dan selalu digunakan semasa time tunjuk perasaan. Ni sepanduk dlm keta pun kiranya utk tunjuk perasaan la jugak. Setelah memerah otak sepanjang jalan tu, ini lah beberapa sepanduk yg aku rasa patut ada dalam keta aku dan boleh ditayangkan untuk aku berinteraksi dgn mana2 keta/lori/motosikal yg terpilih.
Gitu la sedikit sebanyak yg aku terpikir masa memandu. rasanya byk lagi, tapi malas nak tulis kat sini. Boss aku pun dah masuk. Aku ciao dulu lah ye... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||