Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, December 14th, 2004

Subject:Huh, poyo!
Time:8:34 am.
Mood:kompiused.
Pagi ni macam takde benda yg menarik yg aku nak ceritakan. Gelpren aku sampai ke KL tgh malam semalam, kat Puduraya. Amik dia, balik, tido... krohh krohhh. Mlm ni aku kena hantar dia ke Puduraya semula. Dia bergegas nak balik ke kg semula. Apa yg ada kat sana sampai dia sanggup berkejar cecepat. Yg pastinya bukan aku. ehehe.

Aiseh, mood aku bebetul blurr harini. Tampal lagu je la ek?


Di kala kau mencari cinta
Aku memberi... tetapi ku tak merasakan
Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu
Mengapa kau jauh dariku

Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata kau cinta padaku
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Tak perlu kuucap apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Setelah semuanya berlalu.... hatiku sepi
Akan kusimpan cintaku ini
Di kala engkau pergi dari ku
Aku tersendiri.... mengapa engkau begitu
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata 'Baby I love you'
Tiada cinta getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Baby I love you

Adam AF - Haruskah



Bila kengerian menjadi kenyataan,
Kenyataan yg terlalu mengerikan,
Haruskah aku menanti cinta darimu..?




Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Huh poyo! Part II
Time:3:34 pm.
Mood:pecah.
Hari ni mood aku mmg ada sedikit bengkak sket la. Tak tau nak buat apa. Nak gelak cam tak patut. Nak nangis lagi la tak patut kat dalam opis nih. Haru biru blues bebeh! ehehe... Rasanya cam ada benda terbuku kat dada tapi tak reti nak keluar dgn saluran yg betul. huhu.. penerangan poyo tuh.

Ni la aku saje je nak cerita. Hujung minggu ni aku akan balik ke umah chefdiva sbb adik dia nak tunang. So, aku pun seperti biasa dijemput la hadir. Cuma masalah aku sekarang ni ialah, aku mmg tak pandai nak mengambik hati mak ayah dia. Mmg fail. Sejak dari dulu hingga la sakarang rasanya takde satu pun benda yg ada pada aku yg boleh menambat hati diorg. Aku tak reti berborak bbaik, aku tak pandai nak masakkan apa2 kat anak diorg, aku tak pernah nak offer tolong diorg buat apa2 kat umah. Mmg padan la pun dgn muka aku.

Tapi tu apa yg mak ayah dia nampak. Dia pun mesti nampak bebenda yg banyak kurang pada aku. Bgn tido lambat, masak tak reti, tak pandai mengambik hati, perangai cam bebudak, comot, gumuk, pemalas tak hengat, hantu TV, gatal kuat mengorat... huhuhu, kesimpulannya aku ni macam-macam benda negatif ada.

Hari ni aku terpikir... dengan byknya keburukan aku, boleh ke chefdiva tahan dgn aku? Tidakkah dia rasa cam tertekan duduk dgn aku? Adakah aku byk mengongkong dia? Sanggupke dia susah senang dan jaga aku sampai tua? Puas hati ke dia dgn layanan aku selama ni?
Hmmm... mmg la, semua tu aku takde jawapan. Sbb aku bukan dia, dan tak tau macamana rupa masa depan kami berdua. Mungkin kitorg kekal senget sampai ketua. Mungkin jugak kitorg akan berpisah, takpun mungkin kami ada external affair sbb tak puas hati dgn masing2 tapi nak menyorok masalah tu. Mungkin jugak dia akan jumpa dgn org lain yg sah2 la boleh jaga dia dgn lebih baik drpd aku. Kalaupun aku rasa dia lah 'The One' utk aku, dia rasa aku the One jugak ke, atau ada the Two, Three.. the lapan puluh lapan... Aku pun sama jugak la, mungkin ada 'the other one'. huhuhu.. makin kompius den.

Tu la, lagi byk pikir, lagi la tak senang duduk. Lagi la tak sanggup nak memulakan perhubungan. Cuma satu je la pesan aku kat sesapa yg berchenta2 nih... Dalam hal komitmen ni byk cabarannya. Itu terpulang la pada masing2 setakat mana nak bertahan atau bersabar. Yg lebih sabarnya, byk la dugaannya kot. Dugaan tinggal sensorang, dugaan berjumpa dgn org yg rasanya cam lebih sesuai, dan byk lagi. Jadi, untuk mengekalkan hubungan yg baik, cubala jadik baik... jgn ikut perangai buruk cam aku yg sekarang ni cam baru terantuk dan nak cuba jadik baik... Huh... cemacam la plak halnya aku nih...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.