Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, December 13th, 2004

Subject:Bergayutan dalam talian. Ada seninya jugak.. hahaha
Time:12:30 pm.
Mood:highh.
Hari ni hari Isnin. Hair pertama utk minggu yg baru nih. Hari ni jugak la hari yg aku seperti biasa sungguh malas nak bangun dr tido. Rasanya opismate aku yg lain pun sama jugak. Sbb mencecah pukul 8.35 pagi, baru ada lebih kurang 8 org je yg masuk opis. Termasuk la aku. ececehhh...

Hari Sabtu yg baru lepas ni aku lebih bangga buat keja2 tak berpekdah kat umah. Lepas balik dr merayau2, aku terus tidooo dan tidooo sampai kol 5 lebih baru aku tersedo. Mamainya Tuhan je yg tau. Oleh itu hari semalam, aku pun mengkontek sesapa yg aku rasakan free utk ajak jenjalan+memakan sesama. Dan dgn bangganya aku berjaya membzkan diri sampai ke malam. huhuhu.. pueh hati den!

Dah la, sudah2 cerita pasal diri sendiri. Ni aku tetiba terpanggil plak nak bertanya kat korang2 semua nih. Acamna caranya korang memulakan dan menghabihkan panggilan tipon? heheh... rasanya jawapan kepada soklan in ialah, tgk la dgn sapa kita bercakap kat tipon tu. Iye la, cakap dgn kekasih hati sure la tak sama dgn perbualan dgn parents. Ye tak?

Biasanya kalau perbualan yg ala2 formal mustilah dimulakan dgn berkata 'Hello' ataupun yg sewaktu dgnnya. Contohnya Assalamualaikum, Sawaddeekappp, Namaste, Aloha, Moshi moshi, Mashimaro.. eheh
Pastu perbualan tu biasanya diakhiri dgn kata2 seperti babai, Assalamualaikum, tata, titi, tutu.. dan apa2 la lagi ikut sukati korang.

Tapi yg formal tu tak best. Yg aku suka nak mengata ni kalau berborak dgn kekasih hati ataupun rakan gayut tetap. Yg ni la boleh jumpa pelbagai variasi... Permulaan perbualan yg aku pernah guna dan tau adalah lebih kurang cenggini..
Time mood baik:
- Hi sayang
- Hey, i miss u la.
- haiiiiii (kasi pepanjang sket kat ujung tu)
- Boleh saya bercakap dgn buahati saya?
- hello, itu buahati saya ke..?

Time mood kureng baik plak:
- Saya call asyik masuk voicemail je?
- Awak pi mana tadi?
- Apsal tak reply sms i?
- Awak nak saya tunggu sampai berjanggut ke kat sini?
- Ey, pegi la beli bateri henpon baru!
- .... (taknak cakap) <-- ngengada nih


huhuu.. OK la, tu time nak start. Time nak memperabih perbualan plak boleh kuar la bunyik2 cenggini...

Time mood baik
- G'night sayang, I love u
- Mlm ni tido mimpi I tau
- U jaga sayang i bebaik ye.
- Sayang awak, rindu awak. (huhu, cam iklan hotlink la plak..)
- mmmmmuahhhh
- er... I, I.. eheh.. bye (ni biasanya digunakan oleh org yg baru2 masuk line nak ngorat, masih malu2 lagi ler)

Time mood tak baik
- Dah la, nnt saya call lagi
- Hmmm, bye
- Malas nak borak ah, saya nak tido
- .... (taknak cakap, terus letak tipon)
- *krohhhh krohhh*

heish, haha.. cam merapu lak entry blog aku harini. Tak kisah la. Aku sure korang dan kengkawan korang musti ada ayat2 power yg digunakan utk memulakan dan menghabiskan perbualan tipon. Kalau ada ayat2 yg power2 tu share la dgn aku eh?


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.