Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, December 8th, 2004

Subject:Objektif dalam hubungan pasangan senget. Ada ke?
Time:12:14 pm.
Mood:sakit kepala.
Huh, hari ni kesemua boss2 kat opis aku tarak. Diorg semua pi meeting. So, parking lot yg spesel utk diorg tu semuanya kosong belaka. Aku yg kat opis ni pun tgh pening2 lalat sambil malas nak wat keja. hehe. Kengkadang kesian jugak kat boss2 tu. Bila masa diorg takde je, kemain laju lagi budak2 ni malas nak keja. Termasuk la aku. Ala, aku bukannya apa, dah bebudak yg kena tolong aku buat keja takleh tolong. Byk beno la plak keja lain diorg tu. Argh tensen...

Hmmm.. apa nak cerita nih. Ha, ni aku nak cerita sesikit pasal harap-harapan nih. Kita biasa dengar cerita pasal ramai pasangan yg dok sakan bercinta sampai nak pinsan, tapi last2 dok pi kawin dgn org lain. Yg lagi best tu, bercinta sampai makan berpuluh2 tahun, tapi last2 kawin dgn org yg baru kenal 2 bulan. Mmg ada jugak la org yg rapat dgn aku yg mengalami keadaan yg sama.

Kalau dipikir2 balik, kenapa agaknya diorg ni berpisah? Dan kenapa plak sanggup terima org lain yg baru kenal? Pada aku, salah satu sebabnya ialah kehadiran harapan palsu. Cheh ayat aku pun. Amende lak harapan palsu nih. hehe, cenggini la... Kita semua tau biasanya ultimatum org bercinta ialah utk hidup bersama. Tapi kalau dah bercinta kemain lama lagi, tapi ada manusia yg dok bertangguh2 nak kawin, tu yg jadik masalah tu. Kalau dedua nak bertangguh takpe. Problem jadik kalau sorang nak kawin cepat, sorang lagi nak bertangguh. Macam2 alasan la penangguhan tu, nak beli helikopter dulu la, nak ada duit simpan 8 juta, nak beli rumah atas pokok, nak lepaskan adik masuk Universiti, dan macam2 lagi. Last2 yg nak kawin cepat pun fed-up, dan dok la menerawang berkawan dgn org lain. Tup2 org lain tu ajak kawin... dah, selamat kawin. Yg kena tinggal, terkulat2 la makan nasik minyak.

OK la, tu konteks normal yg biasa kita leh tgk dalam masyarakat yg tegak2. Heh, aku mesti nak relate kat diri sendiri jugak lah! Ni utk org2 yg senget-benget cam aku nih. Harapan palsu laaagi la senang nak ada. Cuma kengkadang harapan tu jadik palsu sebab org2 cam aku ni hakikatnya takde harapan pun utk bersama2 dgn kekasih hati. Pasal apa takde harapan? Pasal takde tok kadi yg sanggup nak nikahkan kitorg. ehehe.

Tapi ada la jugak dan mungkin ramai jugak pasangan lesbian/gay yg malas nak layan apa yg berlaku kat dunia luar, dan meneruskan jugak cita2 utk hidup bersama (termasuklah aku...). Bahasa kureng best yg ommelayu dok guna ialah bersekedudukan. Iyo lah, dah takleh nikah. Kalau boleh la, duit biasiswa masa belajar dulu aku simpan buat belanja kawin dgn chefdiva. Senang cerita. Takyah dok risau2 macam sekarang nih. Asyik la, kena menjawab soklan bila nak kawin. Hmm.. patutnya aku jawab kalau ada sesapa yg nak kawinkan aku dgn chefdiva, kompom aku kawin, minggu ni jugak!
Still, kalau dapat dok sama pun... sampai bila? Harapan palsu? Mungkin tidak...

Tu pasangan yg berani la. Ada jugak yg mengalami banyak masalah dan tekanan dari keluarga. Dan juga banyak la lagi prinsip2 diri yg menghalang dari hidup bersama dgn pasangan lesbian/gay. Org macamni biasanya kalau ada kapel pun tak boleh hidup sesama. So, persoalannya sekarang, kalau utk mereka ni, apakah objektif dan kesudahan hubungan diorg? Mungkin objektifnya ialah untuk bercinta dan memiliki seseorang yg boleh disayangi. Kesudahan? hehe.. ntah la. Sudahnya tetap akan berpisah jugak kot.
Macamana plak kalau sorg mau, dan sorg lagi tak mau dok sesama? Harapan palsu? Iye la tu.

Sbb tu la kalau memilih pasangan, kena masing2 setuju dgn objektif dan hala tuju hubungan tu. Kalau rasa2 tak sesuai dan tak searah, aku nasihatkan baik la reconsider hubungan tu dan bersedia untuk berpisah di waktu awal2 hubungan. Lagi lama, lukanya lagi parah.. hehehe.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.