Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, November 29th, 2004 |
|
||||||
|
huh, rasa cam dah lama je aku tak update blog nih. Heh, kengkononnya bz la. Sebenarnya hari khamis lepas aku bercuti. MC la yg benonya. Pasal nak mengambik mak aku yg mai dr kampung. Dan hari Jumaat plak kena attend treneng tah pape tah yg bukan kat opis nih. So jumaat tu aku sampaikan tak berkesempatan nak menghidu bau mouse ni, apatah lagi memblog. Hah, time raya2 ni biasanya ujung minggu mmg penuh dgn open house. Aku pun tgh sendat2 perut pasal sabtu dan ahad dok merewang dgn parents aku ke umah pakcik makcik aku yg ada kat area selangor nih. Ni angin kuskus dalam perut pun masih banyak lagi nih. Dan rasanya esok baru mak aku balik ke kg semula. Uwaaaa... makan nasik bungkuih balik le gamaknya aku. Cecakap pasal mak bapak ni, aku terpikir la plak yg bahawasanya mak bapak juga memainkan peranan dalam proses mengurat bagi mendapatkan pasangan utk anak. Maksud aku kat sini bukan la mak bapak tu yg pi dok tetepi shopping kompleks dan memfewitt mana2 anak dara. Ataupun mak bapak yg dok masuk chatroom dan mengurat kat dlm IRC. Takde la acamtu. Tu leh menyebabkan perkara lain tuh. Maksud aku mengurat ni ialah mak bapak kena menunjukkan best behaviour la apabila berdepan dgn seseorang yg berpotensi menjadi menantu. Sbb sebenarnya skrg ni byk gak cerita yg aku dengar org pi meminang sbb berkenan dgn mak bapak. Janji anak makcik dgn pakcik tu, boleh je la jalan.. kawen teruss.. Ada jugak kes sorg budak yg hanya ala2 suka gitu2 je la dekat so-called bui/gelpren. Tapi setelah jumpa mak bapak dia yg sungguh baik dan melayan dengan penuh penghargaan... dah jadik cair la plak. Drpd suka gitu2 je, terus jadik suka sangat dan sanggup jadik pasangan hidup. Tu kalau mak bapak baik. Kalau tak baik? Ha.. yg sebaliknya la boleh jadi. Cam kalau satu kapel tu dah gila2 bercinta sakan, tapi bila jumpa mak bapak, diorg buat dek je dgn pasangan anak diorg. Kalau sekali dua takpe, ni pantang jumpa, ada je perkara yg menyakitkan hati. Sapa boleh tahan, tahan. Sapa yg tak tahan, bole blah. Kengkadang aku kesian gak kat kapel acamni, sbb mak bapak, masing2 berpisah. Tapi, kalau hati dah gila2 sayang, takleh nak berpisah. Tahan je la kan. Bukannya nak kawin dgn mak dia pun. Jadi, kalau sesapa yg rasa nak mengorat, tapi susahnyaaaa nak dapat. Bawak la awek tu berjumpa dgn mak bapak korang. Kemudian, mintak mak bapak korang layan pompuan tu bbaik. Kompom lepas tu nak mengurat pun leh jadik lebih mudah. ehehe. Hah.. ada sesapa yg teringin nak aku 'urat' atau nak mengurat aku? Jemput la mai umah dan jumpa dgn mak abah aku. teeheheheeee Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||