Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Tuesday, November 23rd, 2004 |
|
||||||
|
Huarghhhh..ngantuk, ngantuk. Tetiba byk beno jadiknya keja aku. Nasib baik la hari ni aku taknak makan lunch. Ada la jugak masa utk mengulau kat opis ni sambil menaip blog. Skrg ni aku semakin rindu kat KLCC la. Sbb makin jauh dari mata. Kalau dulu tetiap hari aku leh pi berdating kat sana, la ni.. sesapa nak dating dgn aku, jom le pi Endah Parade. Huh, macam ada yg nak dating dgn aku. Lagi2 plak KLCC ni skrg dah ada Tower Record. Dan yg paling besh sekali, kat TR tu ada manyak pilihan VCD anime. Aku sampai jadik rambang bijik mata menengoknya. Tapi biasala, pelaburan aku mesti la pada anime2 yg senget benget (w/pun aku tau sebenarnya byk anime yg rebah2 kat Jepun nun, tapi tak masuk Mesia). Kat TR jugak la aku sempat memperabih dua tiga posen beli anime Utena dan yg terbaru, Vandread. Kalau korang regular dan dah lama dok baca blog aku, mesti pernah terbaca pasal buku "Daughters of a Coral Dawn" yg aku pernah cerita. So, sebenarnya anime vandread ni lebey kurang acamtu jugak la. Cuma lesbian/gay bukan tema utama anime ni. Tapi still seronok jugak la menengok bebenda tersirat2. eheh Anime ni mengisahkan org2 bumi melarikan diri ke planet lain. Semua org lelaki pi satu planet, yg pompuan pi planet yg lain. Dan dedua planet ni jadik acam musuh tradisi la. Makanya bila lelaki dan pompuan di kira sebagai musuh tradisi, kehidupan heterosexual di anggap sebagai tidak normal. muahahah.. syiok tuh. Tapi bila dah ada bbrp org lelaki masuk dlm komuniti pompuan dan bekerjasama menentang musih manusia, baru la masing2 paham yg mereka semua saling memerlukan. OK la tu... Satu perkara yg menarik perhatian aku ialah teknik pembiakan diorg ni. Iye la, kalau dah semuanya satu jantina, mesti la teknik pembiakan mereka berbeza dgn kita manusia biasa ni. Kisahnya ada la sorang ala2 penjaga kaunter kat kapal angkasa tu yg pregnant, bila di tanya acamna dia boleh mengandung, dia pun bercerita la. Di planet semua pompuan, anak boleh dihasilkan oleh dua org pompuan. Sorang utk mendermakan ovum utk persenyawaan. Si penderma ni digelar "Homme". Sorang pompuan lagi bertanggungjawab utk mengandungkan anak hasil persenyawaan tu di dalam uterusnya. Si pengandung ni digelar "Femme". Homme dan femme ni mestilah saling chenta2 kan? Kalau tak takkan la sampai boleh tergerak nak buat anak. eheh, syoknya kalau leh wat acamtu kan? hehhehe.. nak mampus agaknya aku nih. Ala, anime ni pun sci-fi, so bebenda ni semua hasil kecanggihan teknologi la. Sesapa yg homofobik, toksah la nak bising2.. er.. w/pun anime ni tak berkisar pasal lesbian sesangat, masih ada la jugak watak yg seronok utk di buat tersengih sensorang. Aku suka watak Jura dgn Barnette, dua org pilot yg ala2 ada apa2 dan diorg berdua bukan main seksi lagi... fuhh!! @_@ Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||