Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, November 22nd, 2004

Subject:Aku dan raya tahun nih. Tahun paling sakan aku pi beraya.
Time:9:56 am.
Mood:habuk raya.
Eheh.. lama giler rasanya aku tak menaip. Ni masih lagi rasa terkial2 nak mengetik kibod. Almaklumlah, selamat seminggu nih jari jemari aku digunakan utk bersalam2an, mengira duit raya dan jugak makan nasik impit dgn sambal kacang. Raya beb! Dah la org Malaysia ni beraya sebulan.. Aku sebenarnya banyak benda nak tulis. Cuma harap2 cukup la masa aku harini utk memblog lebih drpd satu entry.

Oleh sebab kerana aku masih di mood raya, aku nak le bercerita ttg raya aku tahun ni. Sehari sblm raya aku dah sampai ke umah atok kat area Johor jugak la. Tahun ni kira raya kureng sket la sbb ini tahun pertama kitorg beraya tanpa atok ayah aku. Tapi bab menjalankan tradisi kitorg tetiap pagi raya masih diteruskan.

Makcik pakcik dan sepupu sepapat aku mmg la ramai. Bayang kan je la, adik badik mak aku ada 15 org. Semua dah kawin dan dah ada anak. Mmg kalau semua balik kg ala2 roboh umah. Dan setiap pagi raya pertama, kitorg beramai2 akan pi beraya sakan ke umah atok2 sedara aku yg letaknya di keliling umah atok aku jugak. Naik umah org, marhaban, pastu makan kuih raya, kutip duit raya... pi umah org lain plak. Dan tahun ni la aku beraya paling sakan jika dibandingkan dgn tahun2 lain. Mana taknya pukul 6 petang baru aku tercongok balik ke umah atok aku. Ntah sampai ke mana2 mak aku mengangkut kitorg semua pi beraya. Sedara mara yg aku tak pernah tgk punnnnn ada jugak. Raya kedua plak atok aku buat kenduri arwah. Sekali lagi aku dapat tgk manusia2 yg ada bau2 kicap dgn aku.

Selepas pengalama beraya sakan tahun ni, baru la aku tahu yg sebenonya aku ni ada ramai sedara mara aweks2 yg comel lote, yg masing2 kira pangkat dua-tiga-pat pupu la dgn aku. Time beraya tu boleh jadik terkesima la jugak masa bersalam dgn bebudak tuh. Tapi sbb aku berbaju kurung ala-sempoi, takleh la nak mengeluarkan radar tinggi2. Karang silap target, sesia je hidup aku. heh heh heh.

Aku dok kat kg atok sampai raya keempat.
Ptg raya keempat tu kitorg satu family dah selamat sampai ke umah mak aku (kat Johor jugak).
Raya kelima beraya plak ke umah sedara mara abah aku yg tah berapa kerat je.

Raya keenam, aku balik ke kelumpo utk menjadik warga KL semula.
Sebelum sampai ke KL, singgah sebentar ke rumah gelpren, kengkononnya rindu la. Tapi sampai2 je kat umah dia, makcik tu takde kat umah. Dia masih lagi dalam perjalanan pulang dr membuat amal jariah tah pape tah. Hangin jugak sebadan time raya2 tu. Dah la aku dgn parents dia kureng ngam. Lepas 15 minit tunggu kat tepi keta, baru la dia sampai. Dgn hati panas tu aku pun bedal je la apa yg dia hidangkan. Plan nak stay selama beberapa jam, aku pendekkan jadik 15 minit je. Sbb lagi lama aku kat sana, lagi la muka aku jadik acam hampeh di petang raya. Dah sampai KL, rindu la pulak kat dia. Rasa cam tak patut je aku buat acamtu kat dia. huhuhu.. padan muka aku.

Raya ketujuh aku pi beraya kat KLCC sambil memperabih duit raya yg jenuh aku kutip masa beraya sakan haritu.
Raya Kelapan, aku masih lagi beraya kat KLCC.

Harini, raya kesembilan, aku dah start keja. Apa nih?! Kata raya sebulan, apsal aku takleh cuti sebulan?
OK la, kepada sesapa yg ada tinggal pose haritu samada sengaja atau tidak atau tipu2 ponteng, boleh la mula mengganti dlm bulan Syawal nih. huhuhu...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Aku yg jiwang poyo. Ada ke dok kesian kat diri sendiri.
Time:2:08 pm.
Mood:maleh nak layan.
heheh.. aku menulis lagi. Dan entry ni ala2 melepaskan rasa kepedihan di hati nih. Kalau ada yg tak larat nak membaca aku merapu hal perasaan hampeh, takyah la baca.. isk isk iskk

Sebenarnya lepas aku balik KL setelah abih aku kerjakan cuti raya, aku sungguh la berada dalam keadaan poyo, sbb terlalu rindukan gf aku. Sejak raya haritu sampai hari ni ada la agaknya beberapa menit je dapat menengok muka dia. Mmg aku tau, kalau org yg ada long-distance relationship lagi la lama tak tgk muka, tapi aku ni kira cam berdepan dgn masalah gelpren yg sungguh mobile mengalahkan lalat. Kengkadang ada rasa cam kitorg sekarang ni sudah tak duduk bersama acam dulu lagi. Tu la, aku pun dulu kekecik dah gian nak dok sama, skrg ni, bila masing2 mula mengejar cita2 sendiri, mula la masalah takleh dok sesama nih...

Tapi sebenarnya, adakah perkara ini akan berlaku kalau satu pasangan tu dah mengikat ikatan perkahwinan secara sah? Sah tu maksud aku acam yg org normal buat la... Mmg ada pasangan stret yg dah berkahwin tapi tak dok sesama disebabkan oleh kerja. Tapi aku rasa la, sejauh mana pun terpisah, pasangan berkahwin tetap ada satu alamat yg boleh dipanggil rumah. Omputeh kata, a place to call home.

Kalau pasangan acam aku? Mmg pada kami berdua ada satu tempat yg boleh kami gelar rumah kitorg bersama. Tapi parents akan sentiasa expect anak yg berada dalam keadaan mobile utk balik ke umah diorg sebagai umah utama. Cuba kalau dah kawin. Mobile ke, terbang ke, parents takkan kisah, sbb diorg tau yg anak mereka tu akan tetap kembali ke pangkuan pasangan masing2.
Huhuhu.. acam berbelit je ayat2 aku. Blasah la, tu ayat berkek-lapis-betawi namanya.

Tu la, dlm keadaan cenggini, aku teringat kata2 sokrang opismate aku kat opis dedolu aku.. Dia kata.."I pity gay people". Tapi takde la plak minah tu elaborate ayat dia.
Memula dengo dia cakap cenggitu, aku terus interprete yg dia ni macam nak mengata org2 cam aku la. Berdesup gak telinga kejap. Tapi bila lama2 aku pikir, betul jugak kata dia.

Kenapa nak kesian? Pada aku, yg paling aku pity kat diri aku sendiri ialah takde hak ke atas pasangan aku. Bukan la hak tu macam nak mengontrol dia bebila masa, ataupun boleh pergunakan dia sesuka hati. Tak, bukan acamtu. Bagi aku, hak ni ialah hak untuk melaksanakan tanggungjawab ke atas org yg aku sayang. Utk jaga dia kalau dia tak sihat, utk sentiasa bersama, dan menyokong dia dalam apa keadaan sekali pun.

Adakah aku dapat hak tu? Semuanya kena mengikut keadaan. Ada je campurtangan org lain, hak tu sesenang boleh ditarik balik. Kenapa? Sbb hak tu hanya diiktiraf oleh kami berdua sahaja, serta mereka yg memahami. Org lain plak bukannya tak paham, tapi tak diberitahu pasal rasa sayang yg mendalam tu. Alahai, kesiannya kat diri sendiri.

Kengkadang kita sayang dia macam nak gila, sanggup berkorban apa saja utk dia, dan jaga dia mungkin melebihi drpd apa yg org lain pernah buat...
Tapi di kalangan keluarga dia siapakah kita? Hanya seorang kawan yang boleh datang dan pergi tanpa diduga.
Dan katalah ada ahli keluarga dia yg stret, bawak balik gelpren/buipren dtg beraya ke rumah, kemungkinan besar kapel sang stret tu akan mendapat layanan yg lebih baik berbanding aku yg 'hanya kawan'.
Walaupun hakikatnya sapa yg lebih banyak susah senang sesama menjaga anak diorang???!! Meh sini kita kira!!
Ini tak adil labu!!

Then again... sapa suruh jadik senget. huhuhu...
So, pepandai la ejas.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.