Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, November 1st, 2004

Subject:8 femmes. Cerita yg dah berkurun lama aku nak cari. Baru jumpa
Time:12:55 pm.
Mood:masih bz.
huhuhu... lamo gilo den tak updet. Ala, kalau aku tak updet pun ada ke di antara korang yg rindu? ececehhh.. blasah la

Sebenonya dua tiga hari ni almaklum bz terlebih la plak. Dan ditambah plak hari Sabtu Ahad aku tak keroje. Maka proses pengupdetan menjadi bertambah terlajak. Anyway, hari2 Isnin ni aku nak cerita la pasal apa yg aku dok buat bersempena hujung minggu haritu. Hari sabtu tu aku terbgn lewat. Mem beso dah kemain sihat buat keja kat meja dia. Dia baik hati bulan2 pose ni, takde la membebel, cuma aku je la yg terkujat sbb dah terlewat nak pi bank. Padan muka aku. Last2 kena pi bank dan beratur pepanjang.

Lepas pi bank tu, dia telah berjaya mengajak aku pi menemankan dia ke Jln Masjid India.. ye.. kawasan yg sangat2 aku cuba hindari terutamanya time bulan pose nih. Sesak giler dgn manusia yg nak menyambut raya dan deepavali. Kitorg pi sana sbb nak survey barang2 untuk hantaran bertunang. Haah.. setelah sekian lama, akhirnya aku mengambil keputusan untuk bertunang dgn chefdiva. Hantarannya lima dulang berbalas lima dulang. huhuhu.. Kalau ler boleh buat acamtu, kan ke bahagia idop aku... Takde le, sebenonya dia yg nak survey barang2 raya. Aku mengikut saja, dgn syarat dia temankan aku pi Sungei Wang, pasal aku nak beli DVD. Bukan la... bukan DVD buffy, aku beli satu cerita yg dah berkurun lama aku cari..

Tajuk DVD yg aku beli tu '8 femmes' ataupun dlm bahasa omputehnya '8 women'.. (ommelayu kata, 8 pompuan). Cerita tu sebenonya cerita Perancis, dan bahasanya pun bahasa diorg jugak. So, sapa yg tak reti cakap Perancis, sori la ye... takleh la tgk cerita tu.. (huhu, macam le aku tau skiping prancis). Ha.. kenapa aku gila2 cari cerita tu? Alahai.. takkan tak tau kot. Sbb ada scene2 ketidaktegakan la.. apa lagi.

Overall jalan cerita tu menarik jugak. Kisahnya cenggini... Semasa cuti Krismas, anggota family tu berkumpul la sesama utk menyambut krismas la. Sekali tu bila pepagi buta je, dijumpai sang bapa telah ditikam dr belakang semasa dia masih tido. Line tipon diorg dipotong dan gate beso umah tu dikunci dgn bayek punya sehingga takde sapa boleh keluar dr situ. Maka 8 org pompuan yg ada dlm umah tu semuanya menjadi suspek untuk kes pembunuhan tersebut. Jadi cerita tu berkisar di sekitar 8 org pompuan tu, yg mana semuanya ada motif utk membunuh sang bapa. Sapa bunuh? Korang tgk je la... Dalam cerita ni ada beberapa watak pompuan yg sukakan pompuan. Yg sorang tu mmg mengaku lesbian. Ada tu yg pernah menjadi lesbian dan ada jugak watak biseksual. Tapi dah ujung2 cerita la baru benda2 tu keluar. Scene kissing ada jugak la, tapi sungguh la kelakonya scene itu. Yg aku paling suka sekali pasal filem tu ialah apabila setiap watak pompuan tu menyanyikan satu lagu sorang... hehe.. besh!

Ada satu perkara yg mendetakkan kepala hotak aku masa tgk tu. Dlm cerita tu cinta diletakkan sebagai satu perkara yg sungguh sempoi dan boleh timbul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Kita boleh jatuh cinta, dan kalau ditakdirkan org itu ialah pompuan, so be it. Kalau org tu kebetulan lelaki... maka lelaki la. Senangnyaaa kalau cenggitu kan? Ha, iye la, sekarang kata senang. Tapi pikir2 balik, acamna laaa cikgu kat sekolah asrama nak membahagi2kan bilik. Kalau dah jantina sama pun ada kebarangkalian jatuh chenta, sah2 la takleh sebilik dgn org yg sama jantina. Berapa byk bilik plak nak disediakan? Hancuss...
heheheh..


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.