Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, October 25th, 2004 |
|
||||||
|
Grief is a powerful thing, ataupun dlm bahasa ommelayunya..kesedihan adalah satu perkara yg sungguh berkuasa. huh, blasah la trenslesen aku. Janji korang semua paham apa yg aku maksudkan. Tapi bab setuju atau tidak dgn ayat tu, aku tak tau la plak. Kalau aku la.. aku mmg sungguh setuju dgn pernyataan tu. Cuma skrg ni, kesedihan macamana yg boleh mengeluarkan kuasa? Dan apakah kuasa yg boleh dikeluarkan oleh kesedihan tu? Huhuhu... macam nak start perbincangan ilmiah la plak. takde la, sebenarnya aku nak start perbincangan pasal Willow/Tara. hehehe, sapa yg tak larat nak baca rapuan aku pasal diorg, anda boleh la berhenti membaca di sini. Tapi kepada sesapa yg minat W/T ataupun yg gemar membaca, sila teruskan. eheh. OK, aku (dan sebahagian drpd korang) tau yg penjahat ultimatum yg boleh membawa kepada kemusnahan dunia utk Buffy Season 5 ialah Hell-God yg ala2 bitchy dan sungguhhhh terrer, bernama Glory. Setakat Buffy tu kena kentut je la. Dan manusia pertama yg berjaya memberikan kesakitan pada Glory ni ialah tak lain dan tak bukan akak Willow kita yg terrer-de-merrer tuh. Apa yg Willow buat pada dia? Ala korang ni, dah akak kita tu witch, musti la dia buat spell. Sat, aku cerita dr mula. Alkisah...Glory yg kebengangan telah menyedut otak (brainsuck) Tara, sehingga menyebabkan Tara jadik ala2 hilang akal. Tak boleh berpikir, cakap bebenda merapu tah pape tah, tak kenal sesapa..kiranya perkara2 yg kita taknak berlaku kat gelpren kita la. Sbb tu la Willow jadik giler sedih. Kegileran kesedihan tu menyebabkan hati jadik panasss! Dia pun dgn bangganya pergi menggeledah buku Darkest Magick utk cari spell2 yg boleh digunakan utk membalas dendam. Huh, aku minat giler dgn spell yg dia guna tu.."I OWE YOU PAIN!!" muahahahhaa Meraung gak la si Glory sekejap. Kejap je la, sbb lepas tu dia berjaya menyebabkan akak Willow kita blah. Kenapa Willow sanggup merisikokan diri dan menyerang Glory w/pun dia tau tindakan tu adalah seperti membunuh diri sendiri? Ni semua sbb dia sayang giler kat Tara dan sanggup melakukan apa sahaja demi kekasihnya. ecewahhh ayattt. Huh, ini baru Tara hilang akal. Kalau Tara mati???? Apa kuasa yg keluar dr Willow?? Boleh bayangkan tak? Haaaa.. tu kena baca entry kat belah atas nun. Ala, kasik can la aku buat entry bersambung. ...To be continued... Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
eheheh... saja je buat bersambung, kalau satu entry panjang sangat nnt korang bosan plak. Mmg selama ni org bayar aku utk memotong2 karangan panjang berjela menjadi beberapa jela.. huhuhu. OK, meh sambung. Rasanya korang tau yg dlm Buffy Season 6 Tara mati. Tapi sblm tu meh aku recap (tutup-semula???) amende yg berlaku sebelum Tara mati. Mula2 Season 6 start, kita leh tgk yg power Willow makin bertambah. Dah semua benda dibuat magic, ikut sukati dia je, sehingga menyusahkan org lain dan mengganggu natural order of things (aku tak tahu nak trenslet ke bahasa melayu dgn tepat daaa). Ini menyebabkan Tara jadik marah, dan diorg berpisah. Berpisah ni kira cam diorg tak tinggal sesama lagi la, tak tido sama, tak makan sesama... Uhh..Sedih giler episod pisah2 nih. Lepas mengalami beberapa episod trauma akibat magic yg memakan diri sendiri, Willow jadik ala2 insaf dan berpuasa dr buat magic lagi. Bila Tara tau pasal hal ni, member pun cairrrrrrrrrr... maka diorg pun kembali bersama. Pergh.. bab kembali bersama ni yg membuatkan aku punya mata jadik pusing2. @_@. Gamaknya la, bila tiba time making-up nih, mmg tak tido mlm la kot diorg tu. Bukan sahaja malam, malahan membawa ke pagi... tghari... dan petang. Tgk je la dialog diorg nih... Willow: Huh.. clothes. Tara: Don't get too used to them. Willow: Hmmmm... Yes maam' Tapi sayangnya, saat2 indah itu tak sampai ke malam kedua pun. Sbb ptg tu Tara di tembak dek peluru sesat yg tepat menembusi jantungnya. Kat situ jugak idola aku ni mati. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ini part paling sedih dan paling meruntun jiwa ragaku. Argh! cipan cipan cipan (x 8juta). Akak Willow yg kebengangan terus menyedut segala skrip dr berpuluh2 buku ilmu hitam sampai rambut dia jadik itam, muka timbul urat2 dan kilat sabung menyabung keluar dr jari jemari dia (seksi akak Willow kita masa nih). Lepas membunuh mamat yg dok tembak Tara, Willow terus menambah powernya untuk memusnahkan dunia once and for all bebeh! Nasib baik la Xander dapat pujuk Willow utk kembali menjadi aweks berambut merah. Kalau tidak, mmg hancus laa. Kiranya, dlm season 6, Willow adalah watak ultimatum yang boleh membawa kepada kemusnahan dunia. Giler babas akak kita ni nak memusnahkan dunia. Dia lupa ke yg dia akan mengorbankan lebih banyak nyawa org lain? Tapi rasanya itu semua tak penting kot. Apabila org yg kita sgt sayang pergi, apa lagi yg tinggal utk kita? Masih adakah lagi sesiapa yg mampu membuatkan kita tersenyum? Maka, apa salahnya memusnahkan dunia. Janji puas hati! Agaknya inilah yg org skrg dok kata..."Sayang nak mampus". Agaknya la. Cuba bayangkan, baru je lepas ala2 honeymoony, sekali gelpren kita kena tembak sampai mati. Sapa tak sakit hati?!! Tu la, rasa sedih yg terlampau mampu mendorong kita utk melakukan sesuatu yg kita sendiri tak pernah terpikir logik utk dilakukan. Adakah sampai ke tahap itu kita sanggup bersedih utk seseorang? Dan sejauh mana anda sanggup berkorban, terkorban atau mengorbankan, demi org yg tersayang? Given the right person, we all will. huhuhu, cakap omputeh gituuu. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||