Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Friday, October 22nd, 2004

Subject:Aku suka tgk kaki Paris Hilton
Time:1:16 pm.
Mood:rabunn.
Aku ngantuk aaahhh.. Rasa cam nak tido sahaja sekarang nih. Nasib baik la ada bebudak kat opis ni dok bukak TV. Ada la sedikit hiburan depan bijik mata aku nih. Kat TV tu tgh tayangkan majalah 3. Pastu dok cerita pasal reality TV show yg mencari penyanyi. Ini termasuk la AF dan Malaysia Idol. Eh, bukan mmg dua tu je? huhuhu...
Rasanya kalau ada lagi realiti tv cenggitu, maka habis la duit sms penduduk Malaysia. Takde ke sesapa yg nak taja SMS 5 sen ke.. 3 sen ke.. utk mengundi bebudak tu? Ini sekali limosen, habih ler duit.

Huh, cakap2 pasal realiti tv nih, teringat aku malam semalam. Sbb BUffy dah abis, slot tu digantikan dek satu rancangan lain. Aku ni pun ala2 curious la nak menengok apakah rancangan yg menggantikan Buffy.. Sekali tu baru la aku tau, Buffy digantikan dgn cerita The Simple Life.

Ini ala2 realiti TV la jugak. Pasal anak org kaya dok kat kampung tanpa duit dan kredit kad. Ala.. aku rasa ramai yg tahu pasal cerita ni, tapi mungkin tak berkesempatan nak tgk. Ha... sesapa ada asuturo tu, tgk la kat cenel 70 setiap hari khamis, mlm jumaat kol 9. Anak org kaya yg jugak kata tu ialah Paris Hilton (anak tokei hotel Hilton tu lerrr) dan Nicole Richie (anak lionel ritchie).

Heh, maka selain drpd konsep berunsurkan realiti yg mmg menjadi kesukaan aku, satu lagi penarik kat siri tu ialah Paris Hilton. Mmg rasanya semua org setuju kot kalau dikatakan yg Paris ni ada ala2geds sket. Aku pun kata acamtu jugak. Tapi smlm kiranya pestaim la aku tgk dia bebetul kat dlm tv. Selama ni dok tgk gambo je. Boleh tahan jugak minah ni rupanya ek. Kira cam best jugak la kalau dapat aweks yg ada muka ala2 manjer2 cenggitu. Tapi wat awek la, nak buat org rumah.... heheheh, kena pikir bbnyk tuh. Lagi satu kalau korang perasan kaki minah ni perghhh!! Panjangnyaaaa.. Pakai plak skirt pependek tuh. Aiseh! Hancus
Aku ni mmg pantang betul tgk org tetinggi kekaki panjang nih. Agaknya aku jeles kot. Iye la, kaki aku pendek...

Heh, setakat tu je la blog aku hari ni. Saja gatal nak cakap aku suka tgk kaki Paris.. tu je.. huhuhu




Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.