Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, October 21st, 2004 |
|
||||||
|
Hari ni aku sebenonya tak tau nak tulih apa. Tapi takpe ah, aku nak tulis jugak. huhuhu.. Takkk... aku takkan tulis pasal Buffy kot. hehe.. w/pun gf dan adik aku dengan selambanya mengata bahawa aku akan demam kalau tak tgk buffy.. takk.. hari ni aku taknak tulis pasal buffy. huh Maka hari ni, mari la kita bercerita pasal kusi (kerusi/chair/tpt duduk). Amende sebenarnya kusi dalam kehidupan korang. Satu barang? Barang berharga? Tpt berehat? Tpt bermalas2? Tpt duduk? Tpt memanjat utk sidai kain? hehehe... Kita boleh beli sebijik kerusi dr yg berharga limosen... sehinggalah yg berharga setaraf limosin-al-kerusi. Ada kusi yg pendek lebih pendek dr aku. Ada jugak yg tingginya lebih tinggi dr gf aku. Sebenarnya samada sedar atau tidak kerusi adalah satu barang yg sangat berharga yg kadangkala boleh membuatkan manusia sanggup berebut/bergaduh/berpura2/masuk sepital demi kerusi. Apa? Tak caya ke kusi leh wat acamtu? Ada ke patut. Meh aku bagi beberapa senario.. SENARIO 1 Anda tgh tunggu bas. Punya la lama bas tak sampai2 lagi. Sekali tu berenti la sebijik bas yg lalu kat umah anda. Dr luar anda leh nampak ada dua seat kosong. Chantekk ah tu. Maka anda pun meluru dan berebut2 utk naik ke atas bas dgn menolak segala mamat2/minah2 yg beratur... semata2 kerana nak duduk kat kerusi dalam bas tersebut... SENARIO 2 Anda tgh dok dalam tren. Biasa la, bila balik dr opis/kelas je mmg tetiap hari anda naik tren. Sbb anda naik kat stesen yg hulu, kompom anda akan dapat duduk. Sekali tu, bila tren dah penuh, ada la sorang pakcik ni masuk dlm tren. Pakcik ni mmg dah tua la. Tapi masih larat lagi berjalan ala2 manjer. Bila anda nampak je pakcik ni masuk dan menuju ke arah anda, anda pun berpura2 la tido, sbb taknak bagi kusi tpt yg anda duduk tu kat dia. SENARIO 3 Kat opis anda mmg ada kusi anda yg khas. Kononnya kusi ni best, dah lembut, dan ergonomik dgn diri anda. Anda pun tanda la kusi tu dgn liquid paper. So that anda sentiasa akan leh cam kusi kesayangan tu. Sekali tu satu hari anda dtg opis, sorang opismate anda dgn sedapnya mengambik kusi tu ke workspace dia dan duduk dengan nyenyak atas kusi tu. Anda pun hangin la!! Maka sesia je pagi2 buta tu dok bergaduh dgn opismate anda, semata2 sbb dia pakai kusi tu.. SENARIO 4 Anda pegi ke umah kawan anda sbb dia buat majelis makan2. Sbb suka makan, anda pun pegi la dgn penuh semangat. Lepas borak2, member ni pun hidangkan la mknn. Punya la sedap bau mknn tu sampai anda pun tetiba merembes air liur dgn banyak. Bila dipelawa makan je, anda terus duduk dgn ganas. Sekali tu 'GEDEGANG!!' anda menyembam ke lantai dan patha batang hidung (khas utk org yg hidung mancung shj...). Rupanya kusi tu dah ala2 nak patah, bila anda duduk dgn ganas, maka patahlah ia. Ha kan tak pasal2 anda masuk sepital akibat kerusi.. huhuhu... Aku plak skrg ni tgh dok gaduh dgn kusi aku kat opis ni sbb telebih beso, terkurang selesa dan tak henti berbunyi keriak.. keriut..keriek.. Panasss panasss.. Moral of the storidemori... sayangilah kerusi. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||