Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, October 20th, 2004

Subject:Apabila berjumpa skoolmate lama. Apa mau cerita?
Time:7:33 am.
Mood:ngantuk tak abih2.
Huarghhhh.. ngantuknya. Pagi ni gelpren aku dan Cik M akan balik ke melaka. Sure aku giler buhsan dok umah. Lepas ni tak tau la bila lagi dia nak balik kelumpo.Silap2 raya nnt baru leh jumpa. Arghhh... boleh pengsan cenggini.

Hmmm... acamna perasaan korang bila terjumpa dgn kengkawan sekolah dedolu yg dah berkurun lamanya tak jumpa. Excited? Gumbira? Bengkek?Terasa tua? Malu? heh.. tapi aku rasa perasaan tu akan dipengaruhi oleh org yg korang jumpa tu. Kalau yg korang jumpa tu cam geng yg best/gerek, mungkin korang akan rasa seronok la. Kalau ex-schoolmate korang tu perangai cam selipar, baik la takyah jumpa. Tak gitu?

Selama aku dok kat kl ni, selalu la jugak aku jumpa kengkawan sekolah lama aku. Terutama sekali bebudak yg sesama sekolah dgn aku masa Tgktn 4 dan 5. Personally, aku akan rasa cam 'aisehmen...' bila terjumpa bebudak yg aku kenal tu. Bukannya apa karang time aku tgh syok2 berdating dgn gelpren2 aku, terpaksa la pulak menghabiskan masa beberapa minit utk sesi ala2 bertanya khabar gitu. Sedangkan masa dua tiga minit tu adalah amat berharga time dating2 nih.

Lagi satu aku lagi bengkek bila terjumpa dgn mereka2 yg dah beranak pinak. Alahaiiii... Sungguh pedih rasanya bila mengaku yg aku masih single dan belum berpunya. Walhal... huh, sejak besar anak ayam lagi aku dah berpunya.

Cuma kengkadang aku bernasib baik sbb diorg takleh cam aku. Agaknya muka aku dulu dgn skrg lain kot. Dulu bulat, skrg ni empat segi.. agaknya la. Tapi aku tetap akan cam diorg. Especially yg pompuan la. Sbb masa kat sekolah dulu aku tau nama kesemua bebudak pompuan batch aku dan lokasi bilik masing2. huhuhu... punya la aku suka memperhati budak pompuan masa zaman gatal itu, sampai kat mana diorg tido pun aku tau. Cuma aku tak pernah la pecah masuk bilik diorg utk mengintai diorg tido. Nak watpe!! Lain la kalau diorg seksi tahap gaban cam Angelina Jolie. Itu berbaloi la jugak.

Kat opis skrg ni, ada sorang budak yg satu sekolah dgn aku dulu. Tapi dia tak cam aku. Huhuhu... Aku ingat dia siap dgn binti sekali. Gelpren aku pun dia tak leh ingat, walaupun setelah menengok gambo minah tu yg tertonggok atas meja nih. Tapi selepas beberapa konversasi (conversation...) aku berjaya mengingatkan dia kepada gelpren aku...


xskoolmate aku yg dah beranak dua:
eh, chefdiva ni yg mana satu ek? yg putih2 ke, yg tinggi?

aku:
dia tinggi, tapi tak pernah lak putih

xskoolmate aku yg dah beranak dua:
ohh.. ingatkan yg putih2 tu. Ala, yg kapel dgn mamat Isketambola tu.

aku:
eh bukan.. itu chefwanita. Chefdiva ni yg dulu berkapel dgn mamat Isketambatu.

xskoolmate aku yg dah beranak dua:
oooooh... skrg ni dia dgn mamat tu lagi ke?

aku:
tak dah...

xskoolmate aku yg dah beranak dua:
abeh tu, dah ada org baru eh?

aku:
err... ada kot. Tu kena tanya dgn dia la. hehehehe *dlm hati: "aku la kapel dia skrg..."*




Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.