Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, October 19th, 2004

Subject:Aku yg macam budak sekolah. Kena tido awal dan bangun awal.
Time:7:37 am.
Smlm sehari suntuk aku tak sempat nak menelek blog nih. Alkisah smlm aku padat dgn kena pi meeting meetong, sbb dua org drpd budak dept. ni nak pi ke obersi utk cari bebenda berkaitan bisnes. Jadi aku pun sibuk la memberi kursus belajar bahasa asing kat diorg.. huhuhu..

Bersempena bulan pose ni, kebanyakan kompeni akan memberikan staff mereka balik awal. Paling komon sekali sejam awal la. Ada kompeni bagi kelonggaran tu atas alasan org pose tak kuar lunch. Tapi ada jugak kompeni yg kundukus dan tak bagi balik awal. Kalau nak balik awal, kena dtg awal.

Kat kompeni aku plak, kitorg diberi dua pilihan. Kalau masuk kol 8, balik kol 5. Tapi kalau ada sesapa sanggup masuk opis kol 7.30, boleh balik kol 4.30. Aku ni mmg sah2 la korang tau tak suka balik lewat. Dgn jayanya aku pun mengkompom dgn boss utk balik kol 4.30. Tang balik awal tu mmg syiok. Tapi bab nak keluar umah kol 6 lebey tu mendatangkan sedikittss kemalasan utk aku. Tapi takpe la, balik awal punya pasal, kol 6.45 aku dah bergerak. Kiranya lepas sahur tu tak dapek la nak tido semula.. uwaaaaaaarghhh.. ngantuk!

Maka disebabkan oleh kerana aku masuk keja kol 7.30, adik dan gelpren aku sewenang2nya menggelarkan aku budak sekolah. Dan aku jugak dipaksa masuk tido sblm pukul 11. Ada ke patut acamtu. Blasah la, janji aku berjaya sampai rumah sblm kol 5.30 dan tak payah menempuh jem-jemaman di sepanjang jalan belum-raya kat KL nih.

Sebab gelpren aku ada kat umah, sesama dgn Cik M sekali, kehidupan berbuka pose dan bersahur aku agak teratur la sket. Balik umah dah ada org masak. Pastu seawal kol 4.30 dah ketung-ketang gelpren aku kat dapur bangun masak sahur. Dah dia bangun tu aku kena la bangun jugak. Takkan la nak biarkan dia terconggeng2 kat dapo tu sensorang. Lain la kalau aku boleh upah Marjina/Tumirah utk tolong kat dapor. heh. Ish, rasanya kalau takde dia la.. mau haru gak kehidupan aku. Tapi maybe esok atau lusa dia akan balik semula ke kg. Habis le akuuu. Sure pengsan kerinduan.. huhuhu

OK ler, nnt kalau ada masa la pepetang nnt aku tulis lagi. Dah makin ramai org kat opis nih. Kena la wat2 rajin. Kepada sesapa yg nak kad raya drpd aku, sila e mail kan alamat umah anda atau mak abah anda kepada aku... Nanti aku kirim kad raya dan jugak borang claim.. hehhehe


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.